V1-HYT (BAB 18)

299 8 0
                                    


Tiba-tiba sebuah Mazda MX5 berhenti di depanku. Aku meminggir ke tepi dan terkejut bila namaku diseru.

"Risya?" takdir apakah ini lagi? Dari cermin kereta yang ternganga, kelihatan seorang lelaki yang baru kukenali beberapa hari lepas.

"Fadly?"

"You nak ke mana Risya? And what are you doing here?" mata Fadly terarah pada Wan Huzaimi yang seakan mengejarku.

"Tolong I, bawak I keluar dari sini. Please?" aku buka pintu kereta dan membolosi diri ke dalam. Fadly yang masih terpinga-pinga hanya menurut dan mengundurkan kereta keluar ke jalan raya semula.

"Terima kasih."

"You look horrible. Apa dah jadi dan apa you buat kat rumah my uncle?"

"Tan Sri Hamzah pak cik you?"

"Oh gosh! Don't tell me, you dengan Amie. Yang you cerita masa kita jumpa hari tu,"

"Not Amie tapi Arie. Wan Huzairi."

"What?? Tapi tadi Amie yang kejar you."

"Panjang ceritanya. I peninglah Fadly. Otak I penat sangat. Hari tu masa I terlanggar you, I nampak my sister berkepit dengan Arie. Then Amie pun tak habis-habis kacau I. Tadi Puan Sri Rubiah tak sudi terima I. Dan sekarang, you pulak datang mengaku sepupu Arie. I tak tahu lepas ni kejutan apa lagi yang bakal I terima." Aku menekup muka, memicit pangkal hidung beberapa kali.

"Suratan dan kebetulan. Hurmm, kita nak pergi mana sekarang?"

"Ke mana saja asalkan I tak balik rumah."

"Kenapa?"

"Sebabnya, tu rumah Arie dan adik I tinggal sekali dengan I. I dah tak sanggup nak berhadapan dengan dorang."

"Lama-kelamaan you kena jumpa mereka jugak. You kena selesaikan elok-elok."

"Itu kemudianlah. Apa yang I fikir, I nak berehat. Nak ambil cuti seminggu dua."

"You nak tidur dekat mana malam nanti?"

"Hotel, maybe. Sebelum tu, boleh tolong drop I kat mana shopping mall. I nak beli sedikit pakaian."

"I temankan you."

"It's ok. You tumpangkan I ni dah cukup baik. Kesian kat you. baru sampai rumah your uncle, kemudian I susahkan you pulak."

"I'm insist. Tadi tu I saja je nak ziarah my aunty."

Kami singgah di One Utama. Aku membeli beberapa pasang pakaian, baju tidur dan juga pakaian dalam. Tak lupa jugak sedikit barangan penjagaan diri dan sebuah beg kecil. Kali ini aku membantah bila Fadly ingin membayar. Sebelum itu aku sempat mengemaskan diri di bilik air. Rambut kusut masai. Memang teruk mukaku, sembab dan make-up sudah sememeh.

Hari sudah lewat petang. Fadly ajak aku makan malam dulu. Memandangkan aku belum lagi menjamah apa-apa makanan sejak tengahari tadi, aku terima pelawaannya. Selepas makan malam barulah kami keluar dari bangunan shopping complex yang besar itu.

"Fadly, your girlfrend tak marah ke kalau nampak kita berdua macam ni?"

"Tak pe, dia tak ada kat sini. Dia tengah fly." Fadly tunjukan isyarat kapal terbang di udara.

"Hurmmm stewardess. Mesti cantik,"

"You lagi cantik, Risya."

Aku menggeleng. "You tak habis-habis memuji, dari hari tu lagi."

"I cakap benda betul. Takkanlah I nak tipu?"

"Yalah tu. You pulak, kerja apa?"

"Fly jugak. Yang lainnya I drebar."

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now