Kelopak mataku terbuka bila terasa tapak tangan menepuk-nepuk pipi.
"Risya, dah pagi. Bangun,"
Dalam mamai, aku memerhatikan sekeliling. Aku terbaring di atas sofa di sudut bilik. Siapa yang alihkan aku ke sofa? Amie ke?
"Kau tertidur semalam. Baliklah dulu. Sekejap lagi mama aku datang. Tentu dia mengamuk bila nampak kau ada kat sini. Mama kau pulak akan sampai tengah hari nanti. Nanti aku call,"
Tanpa menjawab, aku bangun dan ke bilik air mengemaskan rambut dan mencuci muka. Aku ke katil Arie, mencium tangan dan pipinya. "Arie, I balik dulu. Malam nanti I datang lagi. I love you."
Sewaktu aku buka pintu, Amie mengekoriku. "Aku hantar kau balik."
"Tak payah. Aku boleh balik naik teksi."
"Kenapa? Kau takut aku rogol kau lagi? Setakat perempuan macam kau ni, berlambak aku boleh dapatlah,"
"Kau tolong jangan sakitkan hati aku lagi, boleh tak?"
"Shyhhhh!" jururawat di kaunter menaikkan jari di bibirnya memberi amaran kerana tona suaraku agak keterlaluan.
"Maaf!" aku bergegas ke lobi tapi Amie masih mengejar dan lenganku ditarik lagi sama seperti malam tadi tapi kali ini lebih kasar seperti ingin memaksaku.
"Aku kata aku hantar, susah sangat ke kau nak ikut cakap aku?"
"Lepaslah! Sakit, tau tak?" 2-3 orang pelawat memandang kami semacam. Amie segera meleraikan pautan di lenganku. Sewaktu keluar dari pintu utama, aku tak sempat melarikan diri bila tanganku digenggam kemas dan Amie mengheret aku ke keretanya. Hendak tak hendak, aku terpaksa mengikut langkah kakinya yang besar hingga aku terpaksa berlari-lari anak.
"Masuk," Amie tolak badanku ke dalam kereta dan tergesa-gesa menutup pintu.
Aku mendengus marah. "Apa lagi kau nak dari aku, Amie? Yang dah lepas tu, lepaslah! Aku dah tak nak ingat lagi tentang apa yang kau pernah buat sebelum ni."
"Peduli apa aku? Kalau ikutkan hati, aku nak sangat Arie tak sedar, sampai bila-bila. Biar aku dapat kau."
"Kau memang gila la, Amie. Abang kandung sendiri pun kau sanggup doakan macam tu?"
"Sebab dia bodoh! Ada perempuan secantik dan sehebat kau tapi tak reti nak jaga. Kalau aku dapat kau, aku jaga kau elok-elok. Ini kau bebas keluar sana sini dengan jantan lain. Heyyy, semua pasal kau ada dalam kocek akulah."
"Kau lagi teruk! Kakak ipar sendiri pun kau sapu. Arie tak pasti baby tu dari benih dia. Entah-entah kau yang punya."
"Well, prinsip aku satu je. Aku tak akan tinggalkan benih aku pada mana-mana perempuan. Anak hanya menyusahkan, aku nak hidup bebas selagi aku boleh."
Aku terkedu dengan kenyataan Amie. Maknanya, anak yang lahir itu anak Arie?'
"Kau tinggal kat sini, betul tak?" Kereta Amie berhenti di depan pagar batu Villa Ria Condo. Hampir dengan pondok pengawal.
Aku pandang muka Wan Huzaimi serius. Macam mana dia boleh tahu?
"Kenapa pandang aku? Kau ingat aku tak tahu ke abang aku simpan kau kat sini?"
"Turunkan aku kat sini. Aku boleh naik sendiri."
"Kau jangan sombong sangatlah Risya. Aku akan pastikan, satu hari nanti kau akan datang melutut kat kaki aku."
Aku hempaskan pintu keretanya dengan kuat. Sakit hati bukan kepalang dengan ugutannya.
%%%%%%%%%%%%%%
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN