Setelah 10 minit berlalu, aku mula resah mencari-cari kelibat Azah. Mana dia ni? Janji nak jemput di KLIA. Malam tadi juga aku sudah telefon Azah mengingatkan waktu penerbanganku balik ke KL. Dia terlupa ke?
Letih berdiri, aku ambil tempat di kerusi berdekatan dan duduk termanggu menimbang-nimbang sama ada aku perlu ambil Limo atau tidak untuk pulang ke rumah Azah. Tapi, kalau Azah tiada di rumah, bagaimana? Dahlah aku tak bawa kunci pendua.
"Risya,"
Berderau darahku bila mendengar suara yang cukup aku kenali. Sekejapan itu aku mendongak.
"Welcome home, sayang. Seronok bercuti? You langsung tak bagitau I, kan?"
"Azah mana? Bukan ke dia yang sepatutnya jemput I?" aku terpinga-pinga sebentar.
"Kenapa? Tak suka ke I datang?"
"Bukan tak suka, you kan sibuk dengan isteri you?"Arie tolong menarik bagasi beroda dan aku dengan sebuah beg kecil di tangan hanya mengekori langkahnya di belakang.
"Baru lima hari you ke Jakarta, dah tak suka jalan sebelah I ke?" Arie lantas memaut jari-jemariku dan menarik aku rapat ke sisinya. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, Arie rapatkan kepalanya ke wajahku. Bibirnya menyentuh bibirku.
"I miss you sweetie pie,"
Aku hanya senyum hambar dengan jenakanya yang tak berapa menjadi itu. Sebenarnya, aku masih lagi terkejut dengan kemunculannya.
"Risya, kenapa ni?"
"Azah yang janji nak jemput jemput I. I pelik, macam mana you tahu I ke Jakarta? Atau....you dah rasuah Azah?"
Arie tergelak besar. "Bukan senang nak mintak Azah bukak mulut. Banyak pelaburan yang kena buat."
Kan dah kata? "Berapa dia mintak?" aku mendengus geram.
"iPhone-X and COACH handbag."
"What? Cehhh, mata duitan betul!" omelku lalu bibir aku cemikkan. Tangan kiri Arie meraih jari-jemariku dan membawa ke bibirnya.
"I tak kisah semua tu, asalkan you tak lari jauh dari I. Kalau I tahu you nak bercuti, I boleh temankan. Lagi satu, kenapa berhenti kerja?"
"I takkan sanggup tengok you dan isteri you bermesra depan mata I."
"Cemburu ke?"
"Mestilah cemburu. Sepatutnya I yang ada kat tempat dia sekarang. Tapi nak buat macam mana, kan?"
"Sayang, you buat I sedih je."
Sayang?
Lantas aku teringatkan Fadly yang gemar benar memanggil aku 'darling' ketika di Jakarta. Entah di manakah dia berada kini.
"Arie, kita dah jauh menyimpang ni. Ni bukan jalan ke rumah Azah."
"Siapa kata I nak bawak you balik rumah Azah? Kita balik rumah kitalah."
Keningku bercantum. Pelik, sungguh pelik! Aku mula keliru. "I tak nak balik rumah lama."
"Not that one, sayang. Kita balik rumah lain."
"You jangan nak main-mainkan I,"
"I'm serious. Tunggu dan lihat saja nanti dan tolong buka laci dashboard tu."
Aku patuh arahannya. Kunci Honda Jazzku ada di dalamnya.
"Kenapa tinggalkan kereta yang I belikan untuk you?"
"I rasa tak ada gunanya lagi. Fatihah lebih berhak."
"Kereta tu memang atas nama you, buat apa nak bagi Fatihah? Simpan kunci tu dan jangan tinggalkan kat mana-mana lagi."
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN