V1 - HYT (BAB 29)

287 7 0
                                    


Kami keluar dari restoran Seri Melayu dan Arie memandu semula ke Ampang. Aku yang minta dia hantar ke Villa Ria.

"Tak nak singgah dulu?"

Arie menoleh sambil tersenyum penuh makna. "You rindu I?"

Lambat-lambat aku angguk. Tidak perlu aku menipu hati sendiri. Aku angkat kening bila dia membelok ke arah parking lot dan mematikan enjin.

"You tak sibuk ke petang ni?"

"Hurmmm, dah ada dengan you sekarang, malas pulak nak balik opis." Arie kenyitkan mata kirinya.

Aku faham maksudnya. Dia ingin bersamaku. "Tidur dengan I malam ni?"

Arie tarik bahuku dan bawa ke dalam rangkulan. Tidak sedarkah dia yang kami masih berada di dalam kereta?

"Yes, I will."

"Arie, kita kat dalam kereta ni."

Arie lepaskan pelukkannya serta merta. "Jom!"

Kami berpegangan tangan menuju ke lif. Seperti biasa masuk saja ke bilik, aku letakkan beg galas di atas meja kerja Arie. Sejak Arie sudah jarang balik ke sini, aku pula yang selalu gunakan meja itu sama ada untuk menelaah ataupun menyiapkan assignment. Aku mengerling Arie yang sedang membuka butang kemejanya satu persatu.

"Sayang," suara garaunya memampan telinga. Bergetar perasaanku. Cukup lama aku menahan rindu.

"Yesss?"

"Come duduk dekat sini." Arie yang sedang bersandar di kepala divan menggamitku. Dia kelihatan tenang dan rileks.

"Sepuluh minit, I nak mandi." Aku buka pakaian satu persatu di depannya hinggalah tiada sebarang alas menutupi kulit mulusku. Tuala besar aku lilitkan ke badan.

"Sepuluh minit, jangan lama-lama." Arie kenyitkan mata sekali lagi buat aku tertawa.

"Wanna join me?" di balik pintu kamar mandi, aku menjengukkan kepala tapi selepas itu aku lekas-lekas menutupnya.

Tak sampai seminit, pintu terbuka semula. "You tak pernah berubah. So... naughty,"

Aku tergelak tapi hanya sekejap bila bibirnya menindih bibirku. Ciuman rindu dari Arie menggetarkan perasaan. Aku segera memaut tengkuknya.

10 minit yang aku minta tadi, tidak lagi menjadi masa senggang kami untuk memulakan pemanasan. Di kamar mandi itu jugalah kami melepaskan rindu dendam.

%%%%%%%%

Sesudah makan malam di restoran berhampiran Villa Ria, kami terus pulang ke rumah. Bukan senang untuk Arie mendapat perlepasan sebegini. Haruslah kami gunakan masa dengan sebaiknya.

Aku kepenatan dengan kuliah di sebelah pagi dan petangnya menyambung 'private class' bersama Arie pula. Bukan hanya satu kuliah, tapi berkali-kali hingga malam menjelma.

"Penat tak? Nak I urut?"

"Nak sangat. Youlah yang buat I penat siang tadi."

Arie ketawa. "Tapi you jugak yang mintak lebih-lebih."

Aku kulum senyum. "Nak buat bekal sampai you datang lagi lain kali."

"You sabar sikit je lagi. I dah buat keputusan, lepas Fatihah bersalin, I akan ceraikan dia dan balik ke sini terus. Kita akan bersama semula seperti biasa."

"Mama you tak mengamuk ke nanti?"

"Mula-mula memang mama akan marah. I harap, lama-lama nanti, mama akan faham kemahuan I."

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now