V1 - HYT (BAB 33)

311 7 0
                                    


"Kau ok tak, ni?" Sunyi sepi di dalam kereta akhirnya pecah bila Amie membuka mulut.

"Buat apa kau tanya? Cuba nak tunjuk baik kat aku? Kau ingat, dengan apa yang dah jadi tadi, aku nak terima kau? Kau jugak yang cakap, aku hanya nak 'sedap' tadi kan?"

Tergeleng kepala Amie. "Sampai bila kita nak bermusuh macam ni?"

"Sebab kau dah sakitkan hati aku dari mula."

"Bila aku sakitkan hati kau?"

"Pertama kali kau rogol aku."

Amie ketawa berdekah-dekah. "Itu namanya rogol ke? Kau pun aku tengok seronok je? Aku betul-betul tak paham kenapa kau gila sangat pada Arie yang dah duda tu padahal aku yang masih bujang ni kau tolak mentah-mentah."

"Aku kenal Arie lebih dulu dari kau. Dan kau... kasar tak sama macam Arie. Aku suka lelaki romantis."

Sinis Amie ketawa. "Kau tahu ke Fadly dah nikah dengan girlfriend dia?"

"Hah!? Bila?"

"Dua hari lepas. Mereka kena tangkap basah. Tina asyik melepak je dekat rumah dia."

"Minggu depan temankan aku ke wedding reception Fadly. Mesti dia bengang tengok aku bawak kau." Aku tarik muka tanda protes. Malas aku!

***********

Arie merenungku dengan tajam. Wajahnya seakan keliru. Walaupun aku teringin sangat untuk memeluknya, tapi terpaksa aku tahankan kerana Puan Sri Rubiah ada juga di situ.

"Arie..." aku cuba menegurnya.

"Fatihah ke? Kan Fatihah dalam pantang? Mana boleh datang sini?"

Aku terpana. Arie tak kenal aku? "Arie, I Risya. You tak ingat I lagi?" dadaku sebak tiba-tiba dan aku teresak kecil.

"Risya? Siapa Risya? Kenapa awak menangis?"

Mama Arie mendapatkan anak lelakinya. "Arie... Risya ni, kakak kembar Fatihah. Kakak ipar Arie," Puan Sri Rubiah tersenyum lebar memandangku. Adakah senyuman yang dihadiahkan ikhlas ataupun ianya tanda kemenangan kerana Arie sudah tidak mengenaliku lagi?

"Kakak Fatihah? Risya janganlah nangis, kan Arie dah sedar ni?" dia pula yang memujukku. Fahamlah aku yang dia tahu sebelum ini dia dalam koma. Tapi kenapa dia tak dapat mengecam aku? Cinta hatinya?

Aku tekup mulut dan menangis semahunya. Lemah segala sendi tubuhku.

'Arie... Kenapa mesti jadi begini? Apa lagi yang tinggal buat Risya, Arie?'

"Arie rehat ya? Mama dengan Risya ada benda nak bincang. Nanti mama datang semula." Puan Sri Rubiah betulkan selimut anaknya dan menepuk bahu anaknya seperti budak kecil. Lama-lama dengkuran halus kedengaran menandakan Arie sudah nyenyak semula.

"Risya, mari ikut Aunty? Amie boleh hantar mama dan Risya ke hotel De Plama?"

***********

Di Rumbia Coffee House Hotel De Plama, aku hanya meminta segelas fresh orange. Dadaku sedikit gusar dengan tujuan Puan Sri Rubiah mengajak aku berbincang. Sangat yakin tentulah pasal Arie. Kalau tak, kenapa dia selembut ini melayaniku?

"Kau tak makan?"

"Er, I dah kenyang Puan Sri. Dah makan kat kampus tadi."

"Study macam mana?"

"So far so good."

"Aku rasa kau mesti tahu pasal apa aku nak jumpa kau, kan?" kasar sungguh bahasanya sekarang. Ber'aku'-'kau' sahaja sekarang. Di wad Arie tadi bukan main lembut lagi gelarkan dirinya 'Aunty'. Pandai sungguhlah berlakon.

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now