V1-HYT (BAB 27)

285 5 0
                                    


Lain benar rasanya pagi ini. Selalunya aku bangun awal pagi untuk ke kuliah, Arie juga bangun untuk ke tempat kerja. Dan kebiasaannya kami mandi bersama. Arie akan mengurut dan membelai setiap lekuk ditubuhku dengan showel gel. Bukan sekali-dua Arie melepaskan keinginannya sewaktu di dalam kamar mandi. Sungguh indahnya bila selalu berada di samping lelaki yang aku sayang dan cintai sepenuh hati.

Memang terfikir juga dibenakku, sampai bilakah aku dan Arie mahu hidup bergelumang dosa? Hendak bernikah, Arie terikat dengan Fatihah. Mamanya tidak sekali-kali benarkan Arie ceraikan menantu kesayangannya.

Aku terdengar bunyi bising vakum di luar bilik utama. Aku biarkan sahaja kerana aku tahu, pencuci warga Indon yang diupah Arie yang datang tiga hari sekali ke rumah ini. Pintu bilikku diketuk.

"Mau dicuci biliknya Non?"

"Tak payahlah. Masih bersih lagi."

Dia berlalu meninggalkan aku di muka pintu meneruskan kerjanya di dapur pula. Aku masih lagi dalam jubah mandi. Rambutku yang basah dalam gulungan tuala di kepala. Aku ke meja solek mencari hairdryer.

Handphoneku berdering minta diangkat. Dengan malas aku ke tepi katil dan rebahkan kepala ke bantal.

"Hello?"

"Hello Risya! I Sheila, ingat lagi tak? Kita kenal jumpa dekat Jakarta dulu."

"Sheila! You apa khabar?"

"I'm good! Sekarang I ada dekat KL. Jom keluar? I tengah bosan gila ni."

"You nak ajak I pergi mana?"

"Jalan-jalan, makan, tengok wayang,"

"Now?"

"Yerlah cik kak! Takkanlah esok pulak? You jemput I kat rumah eh?"

"Hamboi? You yang ajak, I pulak kena jadi driver?"

"Ok, ok. I'll fetch you. Rumah you dekat mana?"

"Villa Ria Condo, Ukay Perdana."

"Lah, tak jauh dari rumah sewa I ni."

"Kalau you dah sampai, call I tau."

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Honda City biru metalik kepunyaan Sheila sudah menunggu di visitor parking. Aku segera membuka pintunya dan duduk di kerusi penumpang.

"Wow! You duduk sini? Loadednya?"

"Bukan rumah I lah,"

"Siapa punya? Kapten Fadly?"

"Bukan, sepupu dia yang punya."

"I see. Eh babe, cousin Kapten Fadly? Maksud you, your 'ex' yang kahwin dengan adik you tu?"

"Ha-ah! He married to my sister tapi setiap malam dia balik sini, tidur dengan I."

"Pheww! He really loves you."

"Of course," aku senyum panjang. Bangga dengan diri sendiri.

Pagi yang bosan kini bertukar menjadi ceria. Kami bergelak ketawa di Pavillion. Aksi lincah Sheila dan tubuh montoknya menarik perhatian beberapa orang lelaki. Memang Sheila cantik dan punya aura yang tersendiri.

Semasa kami singgah minum di Secret Recipe, 2 orang lelaki kacak di meja sebelah berbalas senyuman dengan kami. Sepotong cheese cake dan 2 gelas chocolate blended tiba di meja kami. Macam kedekut, kami berkongsi sepotong kek berdua. Sebenarnya dua-dua takut gemuk tapi kerana keenakan cheese cake itu, kami belasah juga.

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now