V1 - HYT (BAB 30)

328 6 2
                                    


Nombor telefon Akram yang Sheila berikan, aku dail. Mulanya aku minta Sheila temankan aku ke photoshoot, malangnya Sheila ada hal lain pula pada tarikh appointmentku dengan Akram.

Aku sampai di Rizq's Studio tepat pada waktu yang dijanjikan. Akram membuka pintu sebaik sahaja aku menekan loceng. Sebenarnya studio ini terletak di Bayu Kondominium. Penthouse yang begitu lapang sudah diubahsuai menjadi sebuah studio moden.

"Hello darling! Welcome back," dengan senyuman lebar Akram menyambut di pintu. Dia menggeleng bila meneliti tubuhku dari atas ke bawah.

"You ni simple sangatlah! Jeans and baby-T? Huh! You bakal jadi terkenal tau! So mulai hari ni you kena dressing yang vouge-vouge gitu."

"Alah! I kan student lagi? Simple dah cukup."

"Itulah you silap. Student pun kena jaga penampilan."

"Kenny... you tolong dress-up this girl? Ada pulak nak photoshoot, datang macam nak pergi pasar malam je. Nasib baik dalam wardrobe tu banyak baju. Setakat body you yang tinggi lampai macam model cat walk ni, tak jadi masalah langsung. Sheila, walaupun figure bagus tapi dia sedikit rendah dari you. Sebab tu dia selalu pakai baju sendiri. Sheila tu, mana nak baju bekas orang pakai?" panjang lebar Akram membebel. Memang dia suka bercakap berbanding pemilik studio ini.

Mana Rizqin hah? Nak saja aku bertanya pasal foto-foto curi aksiku di sofa tempoh hari.

Kenny menarik tanganku ke bilik make-up. Sewaktu melepasi satu bilik yang pintunya terbuka, kelihatan Rizqin sedang khusyuk dengan laptopnya. Kami berbalas pandang dan dia tunduk semula, seperti tidak ambil tahu dengan kedatanganku.

'Sombong!' - Desis hatiku.

Kenny keluarkan empat helai dress berbagai warna dan juga pattern dari wardrobe. Aku pilih gaun kembang labuh hingga ke buku lali berwarna hitam.

"Ala... Kenapa kembang dan labuh sangat?" Kalau I jatuh, macama mana?"

"Kalau you jatuh pun, bukan ada yang tengok. We all je yang tolong gelakkan you." Kenny ketawa mengekek ala-ala gaya lembutnya.

"Hamboi, melampaulah tu!" Alahai,Kenapalah rata-rata tukang make-up ala-ala sutun jugak? Tak ada ke lelaki sejati? Di kampus aku dah ada Reimy. Sekarang bertambahlah sorang lagi kenalanku dari kaum serupa.

Seperti hari itu, Kenny tekun mengoles wajahku. Walaupun ini kali kedua aku akan bergaya di depan kamera, tapi debaran di dada tidak dapat disembunyikan. Tempoh hari ada Sheila. Dia yang banyak mencorakkan suasana santai kami berdua. Kali ini aku hanya keseorangan. Bimbang pula aku akan bergambar kaku kelak.

%%%%%%%%%%%%%%

Menapak keluar dari bilik persalinan dengan perasaan amat gemuruh. Gaun kembang hitam labuh dengan riben besar di pinggang menyukarkan pergerakanku. Lambat-lambat aku hampiri Akram yang sedang membetulkan kedudukan kameranya.

Terkejut Akram bila aku cuit bahunya. Tergelak kecil aku bila dia berdiri tegak macam patung merenungku.

"Akram... Hellooo!" Aku petik jari di depan matanya dan terus dia tersedar.

"Er... Sorry! I tergamam tengok you. Cantik!"

"I dah biasa dengar tu," ayat favourite, aku sebut.

"Berlagak jugak you ni kan?" Akram ketawa kecil.

"I gurau je lah,"

Seketika kemudian, kelihatan Kenny muncul dari bilik persalinanan bersedia untuk melangkah keluar dari studio.

"Oklah, I chow dulu. Payment nanti bank into my account tau, Risya?"

"I will. Thanks Kenny." Pipinya aku cium. Aku melangkah ke lantai peragaan. Huh! Jantung berdegup laju. Serba tak kena aksiku rasanya.

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now