V1-HYT (BAB 9)

438 8 2
                                    


Menunggu bulan seterusnya, aku seperti tidak keruan. Mujurlah resort ini senantiasa sibuk dengan pelancong setiap hari. Di waktu siang, aku sibuk dengan kerja seharian. Apabila bersendirian di waktu malam, rindu mula bertandang. Bagai terbayang-bayang aksi kami bergelumang di katilku mahupun di katil executive suite yang didiami Arie.

Oh, jiwaku semakin parah!

Sehari sebelum kedatangan grup MW Event Management seperti yang dijadualkan, aku dikejutkan dengan sejambangan bunga pelbagai warna yang besar.

Azura terjerit kecil. Melihat aku yang tersenyum lebar, dia lantas merampas kad kecil di tangan.

~Happy Birthday my luv. Tunggu Arie datang esok!~

"Waduh, waduh! Patutlah aku tengok kau macam mandi tak basah, makan tak kenyang. Rupa-rupanya kau dengan Wan Huzairi tengah bercinta." Galak Azura menyakat.

"Mana ada? Aku tak macam tulah!" Bantahku. Elok je aku mandi basah, makan pun berselera sahaja.

"Kau jangan nak tipu akulah! Dah lama aku perhatikan kau. Apa yang Wan Huzairi tu dah buat sampai kau angau semacam ni hah?"

Aku mencebik. Buat-buat tak dengar sahaja kutukan kawan baikku.

"Ada dia cium kau?" Tebak Azura lagi.

Pipi mudah saja terasa kebas. Pandai sungguh Azura menyerkap jarang. "Mana boleh bagitahu kau?"

"Jangan nak poyolah! Rahsia konon? Ceh!" Aku tergelak.

"Betul lah tu kan? Tak kisahlah, janji kau bahagia dengan pilihan kau. Handsome giler kau! Bertuahlah badan...."

"Rezeki aku kot!"

"Yalah tu." Bibir Azura mengejek.

Malamnya, aku menerima panggilan daripada Arie. Sungguh bahagia mendengar suara serak-serak basah yang aku tunggu sejak sekian lama.

"Hello sayang! You sihat? Happy birthday sweetie."

"I'm fine. Thanks for the flowers. Cantik!"

"Dengar suara merdu you, berbunga-bunga hati I. Rasa mahu terbang ke Resort Cahaya sekarang."

Aku tergelak manja. "I wish you were here too."

"Period you macam mana? You're not pregnant, right?"

"I'd got my period last week. I pun tak mahu pregnant." Aku dapat mendengar Arie mengeluh lega.

"Next time, I won't let it in. I promise. That's not good for both of us." Janji Arie sungguh-sungguh.

"I know." Aku menjawab perlahan.

"You miss me?"

"Mestilah rindu! Esok you datang, kan?" Aku bertanya dengan teruja. Memang aku mengharapkan kedatangannya lagi. Mahu....

"I akan cuba. Mungkin lambat sikit, tak ikut Marzuki. Papa I kena tahan wad. I kena hadiri mesyuarat penting esok pagi, gantikan papa."

Serta-merta keterujaanku tadi menyusut. "Harap you dapat datang." Lirih permintaanku. Ya... Aku mahukan Arie. Mahu berada dalam pelukan lelaki itu lagi.

"Tengoklah macam mana nanti ya? Dah larut malam. Tidurlah! Mimpikan I, okey? Good night, sayang. Sweet dream!"

"You too." Aku lepaskan nafas berat. Jiwa meronta-meronta ingin bersua dengan dambaan hati. Aku tidak pasti apakah esok Arie benar-benar akan muncul seperti yang dijanjikan.

Sedia maklum tentang kelewatan Arie, sedaya upaya aku melawan gusar di hati. Grup MW Event tiba bersama peserta kem bina semangat seramai 30 orang.

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now