Minggu berikutnya, aku mula bertugas di bawah seliaan Encik Marzuki. Kini, barulah aku tahu betapa sibuknya syarikat kecil ini mengelolakan segala event yang dipinta dari syarikat besar yang memerlukan khidmat kami. Patutlah kebanyakan staf di sini sama jawatannya denganku. Hanya tiga orang sahaja kerani dan juga seorang lagi menjaga kewangan syarikat. Untuk tidak membebankan kerani, kami melakukan segala urusan event yang kami handle dengan kudrat sendiri. Kerjasama amat penting untuk melancarkan segala program yang bakal dilaksanakan.
Aku semakin rapat dengan salah seorang senior staf, Azah namanya. Mujurlah dia dengan senang hati menunjuk-ajar tentang segala kerja di sini. Walaupun semua staf sedia maklum tentang hubunganku dengan bos besar mereka, tapi di pejabat seboleh-bolehnya aku hindarkan kemesraan kami di depan semua orang. Kalau dalam pejabat Arie yang berkunci pintu, lainlah!
Suatu hari Azah mendekatiku bilamana Arie dan Encik Marzuki tiada di pejabat.
"Risya, kau dengan Encik Wan tu, dah lama ke ada ehem-ehem?"
"Apa maksud 'ehem-ehem' tu?" sengaja aku bertanya walhal, aku tahu dia dapat mengagak sejauh mana 'keintiman' kami.
"Eleh... Buat-buat tanya pulak! Macamlah aku tak pernah nampak kau keluar dari bilik Arie dengan lipstik comot hari tu."
Opps!!! Aiseyh, kantoi pulak! Lupalah tu aku mahu mengelapnya. "Tak adalah lama mana. Tak sampai setahun pun lagi."
"Encik Wan beritahu kami, kau bakal isteri dia. Aku hairan sungguh. Bertahun-tahun aku kerja dengan MW Event. Sejak dia bercerai, tak pernah pun dia tunjuk minat pada mana-mana perempuan. Sejak dia ada kau, aku tengok dia ceria selalu. Bukan senang tau nak dapat lelaki macam dia. Atas meja Encik Wan, ada gambar kau. Cantik gila. Tengok depan-depan ni pun, kau lagi cantik dari dalam gambar. Kau Pan Asian, ke?"
"Ha-ah. Ayah aku, Canadian. Tapi, muka aku ni, iras mak aku yang keturunan Siam. Kulit je, ikut ayah."
"Patutlah, tapi kau warganegara Malaysia, kan?"
"Eh! Mestilah aku anak Malaysia. Mak aku lahir kat sini. Arwah datuk aku, Melayu tulen." "Oh... macam tu." Azah anggukkan kepala beberapa kali.
Dengan dada berdebar-debar campur seronok, aku memulakan tugas pertamaku yang bakal berlangsung di Pulau Langkawi. Berhadapan dengan karenah staf dari syarikat lain memang bukan menjadi masalah kepadaku. Tapi untuk memastikan program berjalan lancar tu, aku agak gerun sedikit. Bimbang kalau-kalau ianya agak sukar memandangkan banyak aktiviti luar seperti membeli-belah, menaiki kereta kabel, lawatan ke kilang batik dan sebagainya. Malam terakhir pula ada annual dinner. Mujurlah temanya 'Santai'. Tak perlu aku membawa pakaian yang berlebihan sepertimana setiap kali Rizal membawa aku ke majlis tahunan syarikatnya dulu.
"Kenapa diam je?"
Tercantas lamunanku tentang Rizal bila Arie yang sedang memandu tiba-tiba menegur. "I risau. Bimbang kalau I tak dapat handle my first job dengan baik."
"I trust you, sayang. Kalau tengok you kerja masa di Resort Cahaya, I think, I can depend on you. Satu lagi, I lupa nak beritahu. Kalau ada masalah apa-apa, mintak tolong dengan Azah atau Marzuki. I tak boleh campur tangan dalam job you."
"Kenapa tak boleh?"
"Sebab kali ni, we managed one of my dad's company. I juga salah seorang pemegang saham. So, I sepatutnya duduk di tempat tetamu, faham?"
"I see..." Kepala, aku angguk beberapa kali. Maka, aku yang bakal sibuk ke sana ke mari sedangkan Arie akan bersenang-lenang bersama keluarganya.
"Nanti I kenalkan you pada papa dan adik I."
Aku semakin kecut perut dengan jawapan Arie. BMW Arie sudahpun memasuki laybay lobi KLIA2. Dia turunkan aku sebentar dan kemudian keretanya bergerak ke bahagian tempat letak kereta. 2 buah bas persiaran sedang menurunkan penumpang-penumpang dari Hamzah Teguh Sdn Bhd.
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN