V1-HYT (BAB 17)

339 10 0
                                    

Bagai orang hilang arah saja aku hari ini. Mundar-mandir selama hampir sejam di dalam kedai buku, hanya untuk sebuah novel di tangan. Aku ke rak buku di bahagian pelancongan pula. Satu-persatu nama buku aku teliti tetapi satu pun tak ada yang menarik perhatian. Mata terasa kabur akibat terlalu lama mendongak ke rak yang agak tinggi dari kepala. Perlahan-lahan aku berganjak ke kanan sambil memicit dahi memandangkan kepala mula terasa berat. Dan tiba-tiba....

Dummm!

Aku terlanggar seseorang. Buku di tanganku tercampak ke lantai dan juga beberapa buah lagi buku tebal turut serta jatuh bertimpa-timpa. Agaknya kepunyaan insan yang aku langgar itu.

"Oopss... sorry!" aku cepat-cepat tunduk ke bawah untuk mencapai buku tersebut. "Oucchhh...!" Aku mengaduh perlahan. Lebih malang lagi kepala kami pula terhantuk. Automatik, jari menyentuh sisi dahi yang terasa sengal.

"Sorry miss. I'm so sorry. Is it hurt?" tangan lelaki itu teragak-agak untuk menyentuh kepalaku.

"Tak apa, sikit je." Tangan sebelah lagi aku goyangkan memberitahu aku tak perlukan bantuan.

Lelaki di depan merenung aku lama sekali. Cepat-cepat aku berdiri bila teringat yang aku memakai skirt pendek paras lutut. Risau juga kalau matanya beralih pula pada kain pendek yang ternganga.

Sama-sama berdiri saling berhadapan. Di tangannya ada buku tebal yang dikutipnya dan juga novel kepunyaanku.

"I ingat you bukan Malay."

"I orang Melayu. Maaf, I tak sengaja langgar encik...."

"Fadly, and you?" dia hulurkan tangannya bersama senyuman yang amat manis hingga aku terpegun. Kacaknya! Tapi, tak boleh lawan Arie. Tentulah Arie lebih handsome.

"Farisya. Just call me Risya." Jari-jemariku segera menyambut tangannya. Yalah, aku yang salah melanggarnya tadi.

"Nice meeting you. I nampak you lama sungguh dekat buku-buku pelancongan. You minat melancong ke?"

Geleng kecil dan aku hadiahkan Fadly senyuman penuh bergula. "Bukan! I kerja dengan pelancongan. I mean, like... Tourist guide. Eh silap! Sebenarnya I kerja dengan event management. So sorry, my mind wasn't there just now. I betul-betul mintak maaf. I tak perasan betul you berdiri dekat dengan I."

Fadly ketawa lembut dengan telatahku. Bertambah terpesona aku melihat wajah kacaknya yang sedang ketawa.

"Comel sungguh bila tengok you tak tentu arah macam ni. Apa kata I belanja you minum? Itupun, kalau you tak keberatan. Kita berbual, mungkin boleh kurangkan fikiran you yang kusut?" aku senyum sumbing. Nampak sangat ke aku tengah bercelaru sekarang?

"Oklah, I terima pelawaan you. Tanda maaf dari I. Lagipun, I hanya buang masa datang sini sebab bosan."

"Perempuan cantik macam you, tak ada sesiapa ke yang boleh hilangkan kebosanan you?"

"Siapa maksud you?" aku pura-pura bertanya. Ah! Fadly ni, sengaja nak mencungkil status aku barangkali?

"Suami ke, tunang ke, or at least, boyfriend?"

"Dia tak ada. Outstation."

Sedikit berubah air muka Fadly. "Married?" dia cuba menebak tapi nyata jauh tersasar.

Aku geleng kepala. "Belum. Er, apa kata kita bayar dulu dan borak masa minum nanti?" tak payah nak menunggu kata balasan, aku bergerak ke kaunter tak jauh dari tempat kami berdiri.

Fadly mengekori dan berkeras mahu membayar sekali buku yang aku letakkan di kaunter walaupun puas aku menolak. Cashier pula dengan senang hati menerima kad kredit milik Fadly hingga aku mengeluh.

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now