Kami berdua ke kaunter dan aku menanyakan bilik yang ditempah sebelum sampai ke sini lagi.
Fadly hantar aku hingga ke pintu bilik. "Kita turun lunch sekejap lagi, ok" aku mengangguk dan memerhatikan langkahnya ke lif semula.
Malas menukar baju kerana sudah selesa dengan jeans Levis dan baby t-shirt Nike ditubuh, rambut yang sedikit kusut aku rapikan menggunakan sikat yang diambil dari beg kecil.
Sedang kami menjamu selera, seorang gadis anggun memeluk leher Fadly dari belakang. Aku juga terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba entah dari mana.
"Fadly honey, there you are. Puas I cari you, tak sangka pulak you ada kat sini."
"Eh Tina? Er, bila you sampai?"
"Baru sekejap. I tukar my schedule last minute. Since ada FA yang cuti sakit, then I offer diri sebab I tahu you pun transit kat sini. I miss you honey,"
Aku perhatikan drama sebabak dengan perasaan sebu. Serta-merta seleraku mati.
'Honey?' - patutlah Fadly suka sangat panggil aku darling?
"Sorry, you mesti FA baru, kan? I tak pernah nampak pun you sebelum ni?"
Lega rasanya bila sebentar tadi aku tolak pelawaan Fadly untuk duduk di sebelahnya. Duduk di kerusi berhadapan dengan Fadly tidaklah menampakkan keintiman kami. Lagak seperti kawan sekerja saja adanya.
"Risya." Aku bersalaman dengan Tina, berlakon sebaik yang mungkin.
"Sila duduk Tina. Err, I rasa dah kenyang sangat. You boleh temankan Kapten makan, kan? I nak naik bilik."
"Ok, see you Risya. I nak ambil makanan." Mujurlah Tina berlalu ke meja buffet dan aku cepat-cepat aku minta diri.
"I nak naik bilik."
"I'm sorry. Truly deeply, I want to spent time with you."
"I paham. Lagi pun, memang I datang sini seorang diri. Nak release stress atas pernikahan Arie."
***************
Pabila malam menjelma, aku membayangkan Fadly dan Tina sedang memadu asmara di bilik mereka Dan aku tertidur dalam juraian air mata kerana aku begitu rindukan Arie, rindukan belaiannya dan rindukan saat tubuh kami bersatu dalam nafsu yang menggunung.
Agak bernasib baik kerana aku tidak terikat dengan mana-mana agensi untuk membawa aku melancong di Jakarta ini. Jadi, aku bebas untuk ke mana sahaja yang difikirkan. Aku bersarapan sendirian. Di depanku beberapa orang dalam satu kumpulan sedang bergelak ketawa sambil menikmati sarapan pagi. Memandang ke arah mereka, aku ingat lagi, salah seorang dari mereka adalah pramugari yang hulurkan jus oren untukku semasa dalam penerbangan semalam. Sudah pasti mereka anak-anak kapal dari KL bersama Fadly. Tapi, Fadly dan Tina tidak kelihatan.
Hurmmm, tentu mereka terlalu letih untuk bangun awal. Kerja kuat malam tadi barangkali. Aku senyum sendirian. Tidak ku duga, senyuman itu menarik perhatian salah seorang dari mereka.
"Hai Cik Risya. Ingat I lagi? I yang hantar jus oren dari kapten Fadly semalam."
Aku senyum lebar pada gadis cantik di depanku. "I ingat. Panggil I Risya aje. Jemput minum?"
"Ermm, mana kapten Fadly? I nampak dia dengan you naik teksi yang sama semalam."
"Er, girlfriend dia muncul petang semalam. Actually, I terserempak je dengan dia masa di KLIA. Tak pernah janji apa-apa dengan dia and here I am. Lone ranger," aku bercanda.
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN