Hari terakhir aku di Resort Cahaya, memang amat memilukan. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada staf resort yang rata-ratanya aku kenali. Berlinang air mata menyalami mereka seorang demi seorang. Tengah hari itu juga, Arie memandu sendiri menjemputku ke KL. Azura menghantar ke kereta dengan sayu.
"Arie... Jaga kawan I ni baik-baik."
Aku senyum hambar dengan pesanan Azura. "Yes, I akan jaga buah hati I ni dengan penuh kasih dan sayang. You jangan risaulah."
Aku memeluk Azura bersama linangan air mata yang tak henti-henti sejak turun dari van yang dipandu Abang Mail.
"Kau pun jaga tunang kau baik-baik. Kirim salam kami kat dia."
"Insya-ALLAH!"
Kereta Arie beredar perlahan-lahan meninggalkan Azura dan abang Mail. Aku mengesat air mata yang masih berbaki di pipi.
"Honey... Why so sad?"
"Sedih tinggalkan kawan-kawan."
"I kan, ada?" Arie genggam tanganku erat.
Perjalanan jauh amat menjemukan, lalu aku memejamkan mata kerana aku lihat Arie juga seakan berat untuk berbual-bual. Matanya hanya terarah ke jalan raya. Mungkin dia ingin beri aku ruang untuk melenyapkan kesedihan yang ditinggalkan di Resort Cahaya.
Sedar tak sedar, Arie mengejutkan aku di pinggir jalan di hadapan sebuah restoran.
"Kita kat mana?"
"Dah sampai KL lah sayang. Jom, kita minum petang dulu."
Aku mengangguk dan capai beg tangan. Aku memerhatikan di segenap ruang restoran yang agak ramai pengunjungnya. Beberapa pelanggan memerhatikan kami berdua tak putus-putus hinggakan aku rasa kurang selesa. Orang KL, macam ni ke?
Arie terus tarik tanganku ke hujung restoran berdekatan air terjun buatan. Aku terkesima. Cantik dan amat mendamaikan bila duduk dengan bunyi air terjun yang mengalir. Beberapa ekor ikan Karp dan juga Koi Jepun berwarna-warni sedang berenang-renang di dalam kolam tersebut.
"Selalu ke you datang sini?"
"Selalu jugak, kadang-kadang datang dengan Marzuki bila habis kerja."
"Oh! Er... pakaian I ni, teruk ke?"
"Tanya macam tu, kenapa?"
"Tadi tu, dorang pandang semacam je kat I?"
"Sebab... You cantik. Lelaki-lelaki tu cemburu dengan I."
"Ke situ pulak, entah-entah sebelum ni you selalu bawak girlfriend datang sini kot."
"Ha-ah! Ramai..." Arie gelak agak kuat sambil gelengkan kepala.
Aku mencebir. Mujurlah pelayan restoran datang mengambil pesanan dan sekali lagi aku direnung lama oleh lelaki itu.
"You ni suka fikir yang bukan-bukan. I main-main aje lah. You nak makan apa?"
Aku membelek-belek menu yang ada. "I nak mee bandung. Air... sugar cane."
"Bawa kami macam cik adik ni cakap. Dua mee bandung dn dua air tebu."
Lelaki muda itu mengangguk dan mencatatkan sesuatu di kertas. Mengambil kertas tebal menu yang diberikan pada kami tadi dan berlalu sambil tersenyum ramah.
"Kan I dah cakap, mana you pergi mesti jadi tumpuan. Waiter tu tadi pandang macam nak telan you aje." Usik Arie sambil tersenyum-senyum. "Macam manalah I nak bersabar. Kalau I ada kat sebelah you pun, ramai nak tackle you?"
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN