1

428 26 22
                                    

Suasana di dalam kelas 4 Winter riuh rendah dengan gelak tawa pelajar. Menjadi kebiasaan pelajar berbuat bising semasa ketiadaan guru di dalam kelas.

"Woi diam la. Korang tahu tak sampai ke library suara korang saja yang dengar. Memekak je" Choi Yena selaku ketua kelas 4 Winter memarahi rakan sekelasnya yang bising sambil kedua - kedua belah tangannya memegang sebuah kotak bersaiz sederhana.

"La bising ke? Ops sorry ketua kelas yang tak berwibawa. Hahahahahaha" Felix selaku pelajar nakal di kelas itu mengejek Yena dan diikuti dengan tawa rakannya yang lain.

"Heh dasar takde adab. Dengar ni. Mrs. Wendy takda kat sekolah selama 3 hari sebab gi khursus menanda so dalam kotak ni dia ada tinggalkan homework. 3 set seorang. Nah amik. Buat jangan tak buat pulak" kata Yena sambil membuka kotak itu dan mengambil 3 set untuknya. Yang lain ambil sendiri.

"Ala bosan la. Aku dah bengong bab English ni. Pastu dia bagi 3 set sorang lak tu. Fikir aku rajin ke?" Yuna merungut sebelum melentokkan kepalanya ke kepala Yeji.

"Haish kau ni. Dah tau bengong, buat la. Manatau soalan latihan yang dia bagi ni ada keluar exam. Boleh la markah kau lepas pagar kali ni. Sapa yang untung? Kau juga" kata Lia selepas menyekeh kepala Yuna. Yuna berdecit sakit sambil menggosok kepalanya.

"Weii ni dah kol 8. Mana Ryujin ni? Takkan tak datang kut. Semalam dia dah janji nak bagi aku tiru latihan sejarah" Chaeryoung bersuara setelah menyedari kelibat Ryujin belum ada dalam kelas 4 Winter.

🍃

"Omma, Ryu gi dulu ye. Bye" jerit Ryujin sambil menyarungkan kasut sekolahnya. Tepat 7 pagi gadis cantik itu bangun akibat tertido semula selepas mematikan alarm pada pukul 6. Itulah akibatnya tertido semula. Sekarang dah pukul 8:03 pagi. Memang lambat la hari ni.

"Sekejap sayang. Ambil bekal ni. Nanti lapar, dah la tak makan bangun lambat pulak tu" Kata Puan Shin sambil menyerahkan bekal makan kepada anak perempuannya itu. Ryujin tersengih - sengih mendengar kata - kata Puan Shin.

"Ya omma. Terima kasih. Bye" wajah tua itu dicium sebelum beredar ke sekolah.

🍃

Tepat pukul 8:20 pagi Ryujin sampai ke sekolahnya. Dilihat Beomgyu selaku pengawas sedang berdiri di pintu pagar dengan buku nota dan sebatang pensel di tangannya. Tak lain tak bukan untuk mencatat nama pelajar yang hadir lambat.

"Haish macam mana ni? Dah la Beomgyu yang jaga. Kalau Rose unnie yang jaga, boleh lagi aku bodek - bodek dia. Haishhh" Ryujin berdiri di sebalik pokok tanpa menyedari kehadiran seseorang di belakangnya.

"Bah"

"Arghhhhh hmm hmm" jeritannya terhenti apabila sepasang tangan menutup mulutnya.

"Huening Kai. Hish terkejut aku. Kalau aku ada sakit jantung, kau melawat aku la aku kat kubur. Haish" marah Ryujin sebelum memukul - mukul tangan lelaki kacukan itu.

"Hihihi sorry la. Btw lambat eh?" teka Huening Kai sambil menjongketkan keningnya. Ryujin tersengih mendengar tekanan Huening Kai yang sememangnya betul.

"Takpa kau tunggu sini jap. Biar Kekasih kau yang handsome lagi kan budiman ni tolong kau" kata Huening Kai sebelum berlalu pergi meninggalkan Ryujin disitu dan menuju ke Beomgyu. Sempat dia angkat bakul. Ryujin pula menggulingkan matanya ke atas.

🍃

Pintu kelas dibuka dan masuk ke dalam. Kehadirannya tidak disedari kerana pelajar lain sibuk dengan urusan sendiri. Ada yang bersembang, tidur, makan dan pelbagai lagi ragam pelajar 4 Winter itu. Langkah dibawa ke rakan - rakannya iaitu Yeji, Yuna, Lia dan Chaeryoung. Kerusi ditarik sebelum meletakkan beg galasnya.

"Awal sampai sis" perli Chaeryoung sambil menaik - naikkan keningnya. Ryujin mengecilkan matanya saat mendengar perlian gadis itu.

"Kau buat sendiri latihan sejarah. Bluwerk" lidah dijelirkan kepada Chaeryoung. Air muka Chaeryoung terus berubah mendengar kata - kata Ryujin.

"Ala Ryu aku gurau je. Kau tahukan kawan kau yang cantik ni selalu skip kelas sejarah"

"Yuna, jom gi rooftop" Ajak Lia sambil berdiri dari duduknya

"Buat apa?"

"Nak bunuh diri sebab ada orang tu perasan cantik" kata Lia

"Hoi perli aku depan - depan" marah Chaeryoung. A arah Chaeryoung disambut dengan gelak tawa Ryujin dan Yuna manakala Yeji dan Lia ber - high five seronok mengenakan rakannya yang sorang tu.

"Ergh Kau sendiri pun tahu 'mayat hidup' tu serious je mengajar. And disebabkan tu la aku selalu skip kelas dia. hehehehhe .Boleh la. Nak tengok"

"Ha nah nah ambil ni. Memekak je" lantas latihan sejarah yang diberi oleh Mr. Yoongi dikeluarkan lalu diserahkan kepada Chaeryoung. Tersenyum suka gadis itu.

First chapter. How??

INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now