Letak gambar kak Dahyun lak!! Takpe kan🤓😁
"Kalau dah tak da apa - apa, kami pergi dulu" kata Taehyun lalu berura - ura untuk keluar dari pejabat Namjoon. Namun, kata - kata Namjoon mematikan langkah Taehyun dan Ryujin.
"Nanti. Korang kena ikut pintu belakang" kata - kata Namjoon menaikkan kerutan serta rasa hairan pada mereka berdua.
"Kenapa" laju Ryujin menyoal.
"Jackson dan geng dia ada kat depan. Mereka mahukan kau. Perempuan tadi beritahu aku. Kau tahukan jalan nak ke pintu belakang, Taehyun?" Taehyun menganggukkan kepalanya lalu menarik tangan Ryujin agar mengikuti langkahnya setelah mengucapkan terima kasih pada lelaki itu.
🍃
Lautan manusia itu mereka redah dengan cepat agar gerak - geri mereka tidak diperasan oleh Jackson dan gengnya.
Selak kunci pintu besi yang sudah berkarat itu Taehyun buka manakala Ryujin menyandang beg berisi duit hasil jualan dadah itu. Setelah itu, mereka keluar dari situ. Namun nasib kurang baik apabila 4 orang lelaki yang semestinya dari kumpulan Jackson menunggu kehadiran mereka berdua.
"Nak ke mana bro?" soal salah seorang lelaki itu.
"Bukan urusan korang untuk tahu mana aku pergi" balas Taehyun sambil memegang erat lengan Ryujin yang berlapikkan jaket jeans itu. Kata - kata Taehyun dibalas dengan tawa mengejek dari mereka berempat.
"Ok macam ni. Kami malas nak gaduh so kami akan minta dengan cara baik. Serahkan perempuan tu and kau bla. Itu je"
"Jangan harap aku nak ser..." kata - kata Taehyun mati apabila ada suara lain yang menjawab.
"Apa ni berebut perempuan. Hak orang pula tu. Dan korang, pergi cakap kat boss korang tu, semua perempuan kat dunia ada pussy, bukan dia sorang je. So, suruh boss korang tu cari lain. Fikir aku tak tahu, nafsu dia setinggi gunung"
Ryujin POV
"Apa ni berebut perempuan. Hak orang pula tu. Dan korang, pergi cakap kat boss korang tu, semua perempuan kat dunia ada pussy, bukan dia sorang je. So, suruh boss korang tu cari lain. Fikir aku tak tahu, nafsu dia setinggi gunung"
Bodoh. Bangang. Dasar pervert. Mulut tu asyik nak cakap kotor je. Dari semalam lagi. Bodoh Jimin. Aku benci kau. Jimin bodoh. Eiii. Tolong la aku ni perempuan. Malu la aku bila kau cakap macam tu. Ergh.
End Ryujin POV
Empat lelaki suruhan Jackson berlalu pergi setelah gagal untuk mendapatkan gadis bernama Ryujin buat boss mereka.
"So, macam mana first time kau Ryujin? Ok?" soal Jimin sambil tersenyum manis pada Ryujin. Kacak. Tidak dapat dinafikan yang Jimin memang seorang yang kacak ditambah lagi dengan senyuman manisnya.
Lain pula kalau Yoongi. Dingin dan beku. Serupa ais sahaja lelaki itu. Melihat wajah taman itu, hampir sahaja Ryujin terjatuh hati melihat senyuman lelaki itu.
Senyuman nipis sambil kepala dianggukkan sebagai balasan soalan Jimin.
🍃
Senyuman Yoongi me lebar saat tubuh Ryujin dan Taehyun masuk ke dalam officenya."How Ryujin? Best buat kerja ni?" soalnya. Senyuman nipis dia ukirkan apabila Ryujin pulang semula serta gadis itu setuju untuk bekerja dengannya.
"Herm" hanya gumaman Ryujin balas pada lelaki itu. Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya menghadap lelaki itu. Beg berisi sejumlah wang hasil jualan dadah diletakkan dihadapan Yoongi.
Zip beg itu Yoongi buka dan dilihat isinya. Senyumannya bertambah lebar apabila wang yang diperolehnya cukup seperti yang dijanjikan dengan pelanggannya, Namjoon.
"10K untuk kau dan 10K lagi untuk kau" terkebil - kebil Ryujin apabila lelaki itu menyerahkan sejumlah wang yang banyak padanya. Manakala Taehyun pula selamba mengambil wang yang diberikan Yoongi. Lagaknya, seperti sudah biasa dengan penerimaan wang haram dari Yoongi.
"Ap..."
"Taehyun keluar. Aku nak bercakap dengan Ryujin" Taehyun akur dengan arahan Yoongi selaku bossnya. Pintu pejabat dituju dan keluar.
"Mulai hari ni, kau akan bekerja dengan aku sebagai ganti hutang bapak kau. Ingat jangan nak lari dari aku. Sekali kau lari, selama - lamanya kau takkan lari sebab aku akan terus hantar kau masuk kubur" amaran berbaur ugutan Yoongi lontarkan pada gadis muda itu.
Ryujin mendengus geram mendengar kata - kata lelaki itu. Gila.
🍃
IPhonenya yang bergetar menandakan mesej masuk dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka lalu mesej dari Beomgyu dibaca.
Beomgyu
Tolong belikan bubur. Aku demam ah wei. Tak larat nak bangun. Omma appa aku tak balik lagi.Nak tergelak pon ada bila baca mesej dari kawannya yang sorang tu. Mengada bila demam gini.
Huening Kai
Malas. Aku lumpuh tak boleh jalan.
Button send ditekan. Hoodie berwarna kuning dicapai lalu disarungkan ke tubuhnya. Mulut cakap malas, tapi hati tak. Lagi pon niatnya hanya untuk bergurau.Drt... Drt
Telefonnya dicapai lalu mesej dari Beomgyu dibaca.
Beomgyu
Gampang. Belikan la. Aku dah la demam pastu tinggal sorang lak. Belikan la wei.
Mesej Beomgyu dibiarkan bluetick. Tidak dibalas. Malas mahu dilayan.Miss me???
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...