"Park Jimin, keluar" polis bernama Jungkook itu memanggil Jimin agar keluar dari sel persendirian itu.
Kenapa sel persendirian? Kenapa tidak duduk sekali dengan banduan lain? Ini semua kerana dia telah membunuh seorang banduan bernama Lee Felix.
Sebab? Hanya kes terlanggar namun Jimin mengambil serius lalu membelasah lelaki muda itu dengan teruk hingga menyebabkan dia mati.
Sebagai balasan, dia harus tinggal dalam sel persendirian supaya kejadian sama tidak berulang.
"Harini kau akan dibicarakan di mahkamah kerana kes pembunuhan Kim Dahyun dua bulan lepas. Dah bersedia?"
Jimin tersenyum sinis.
"Mati pon aku bersedia. Apatah lagi perbiacaraan bodoh ni. Dan aku pasti, aku akan menang kes ni. Just wait and see" katanya sambil tangannya digari oleh pegawai polis yang bersama Jungkook.
"Jangan berlagak Jimin. Keadilan sentiasa menang" pesan Jungkook sebelum membawa lelaki itu ke mahkamah untuk sesi perbiacaraan.
🍃
Setelah menyarungkan short dress bewarna hitam, meja solek dituju. Set makeup keluaran Juvia menjadi pilihannya pada hari ini. Dia berkira - kira untuk bersolek secara nipis memandangkan hari ni dia dan Yoongi akan pergi ke perbiacaraan Jimin di mahkamah.
"Dah siap?" soal Yoongi separuh dingin sambil melipat lengan kemeja hitamnya hingga paras siku.
Bagai angin berlalu, Ryujin mengabaikan pertanyaan lelaki itu. Sakit hatinya masih bersisa walaupun sudah dua hari kejadian itu berlalu.
Maskara diambil dan dikenakan pada buku matanya agar kelihatan melentik.
Dengusan geram meluncur keluar dari bibir Yoongi. Lalu kaki diarahkan merapati Ryujin. Berdiri di belakang gadis muda itu. Tangan kiri dan kanan diletakkan di atas meja solek itu. Mengurung tubuh Ryujin. Dilihat gadis itu dari rambut hingga kakinya.
Hendak marah tidak jadi apabila hidungnya terbau haruman rambut Ryujin. Wangi dan menenangkan. Wajahnya dirapatkan menghidu bau rambut Ryujin.
Ryujin yang tersedar dengan kelakuan Yoongi cepat - cepat memijak kaki lelaki itu.
"Auch" berdecit sakit Yoongi dibuatnya.
"Cepatla. Aku dah siap" jelingan diberi kepada lelaki bermata sepet itu. Lalu beg tangan diambil meninggalkan Yoongi.
🍃
BMW hitamnya diparkir setelah kawasan mahkamah dimasuki. Briefcase di belakang dicapai dengan tangan panjangnya sebelum keluar dari keretanya.
Sempat tali leher dan rambutnya diperkemaskan. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Huening Kai keluar dari keretanya.
Butang hujung lengannya dibutangkan apabila sedar tidak terbutang sambil berjalan.
"Auch" adu satu suara itu apabila Huening Kai tanpa sengaja terlanggar 'dia'.
"I am sorry miss-
-Ryujin"
Ryujin yang sedang menggosok kepalanya akibat terhantuk benda 'keras' mendonggakkan kepalanya apabila namanya disebut.
Lidahnya kelu. Keras lidahnya untuk berkata walaupun untuk menyebut nama lelaki yang pernah dicintai semasa zaman persekolahan mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/204167581-288-k339341.jpg)
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...