22

204 15 21
                                        

Yoongi dan Jimin turun dari pesawat peribadinya. Kesemua anak buahnya berdiri tegak dan berbaris panjang. Wajah Yoongi jelas marah serta bengis.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta yang telah disediakan.

"Argh" jerit Yoongi sambil menumbuk - numbuk pintu kereta itu. Jimin di sebelahnya diam memerhati tingkah Yoongi. Sudah masak jika lelaki itu dalam keadaan marah. Namun kali ini, bukan marah biasa.

Pertama, marah kerana kilang pemprosesan dadah di China telah diserbu oleh polis serta anak buahnya ramai ditangkap.

Kedua, yang membuatkan dia bertambah marah ialah perempuan miliknya, Ryujin ditangkap dan disentuh sesuka hati. Dan yang membuat onar dengannya ialah, Jackson Wang.

Lelaki ini pernah mengajaknya untuk bergabung agar lebih berkuasa tetapi Yoongi menolak kerana tahu akan taktik kotornya. Dan sejak itu, Jackson berdendam dengannya. Tapi dia tidak terlalu kisah dengan itu, yang membuatnya kisah serta marah apabila Jackson menghantar video padanya.

Dalam video itu, Ryujin disentuh secara kasar. Malah lebih kasar darinya. Namanya juga disebut berkali - kali oleh Ryujin. Dia boleh rasa bagaimana terseksanya Ryujin dengan Jackson.

"Sial kau Jackson. Argh" rambutnya pula diserabutkan. Kusut. Sudahlah dia mengalami kerugian besar di China. Ryujin pula dalam genggaman Jackson.

"Yoongi, sabar-

Kata - kata Jimin pantas Yoongi potong dengan wajah bengisnya. Kolar kemeja Jimin ditarik kasar.

"Sabar apanya kalau dah jadi macam ni. Pasal business aku boleh fikir cara lain, tapi kalau Ryujin tak. Kau tahukan Ryujin penting bagi aku. Aku sayang dia. Aku cinta dia. Cuba kau letak diri kau kat tempat aku. Kau bayangkan Mia yang kena macam Ryujin. Apa kau rasa? Seronok? Suka? Hah!" kata Yoongi. Nama Mia, kekasih Jimin, Yoongi sebut supaya lelaki itu sedar bahawa tiada kesabaran dalam hal ini jika melibatkan Ryujin.

Dia kesal kerana meninggalkan Ryujin malam tu. Sepatutnya dia bawa Ryujin malam tu ke China.

🍃

Ryujin bangun perlahan - lahan sambil menarik selimut tebal itu menutupi tubuhnya lalu duduk di atas lantai. Tidak sanggup duduk sekatil dengan lelaki durjana itu.

Air mata menjadi kawan baik dia sejak semalam. Air mata ini juga 'bekas' kawan baiknya setelah tidak keluar sejak beberapa tahun lepas.

Sakit, perit, marah, benci, kecewa semuanya datang serentak. Jackson yang masih lena dipandang dengan penuh benci. Dia berasa benar - benar jijik dan kotor dengan dirinya sekarang. Cukup Yoongi sahaja yang menyentuhnya sesuka hati bukan Jackson.

Jackson terlalu kasar. Pipinya juga masih sakit kerana ditumbuk Jackson semalam ketika dia melawan. Akibatnya, Jackson marah, lalu bertindak menumbuknya.

Wajahnya ditekup dengan kedua - dua belah tangan. Lalu tangisan dihamburkan. Jujur, dia rasa mahu saja membunuh diri sekarang ni. Tidak sanggup lagi hidup di dunia kejam ini.

"Erm wei sini la. Napa duduk atas lantai. Duduk atas katil kan best. Lembut, selesa" kata Jackson apabila sedar yang Ryujin tiada di sisinya dan duduk di atas lantai. Kemudian dia tergelak seakan - akan tiada apa yang berlaku semalam. Huh dasar lelaki syaitan.

"Sial kau Jackson. Aku benci kau. Kau takda hak nak sentuh aku. Kau memang binatang. Kau lagi teruk dari Yoongi. Aku akan pastikan kau mati" jerit Ryujin. Air matanya mengalir seperti hujan lebat. Sumpah, dia akan bunuh lelaki ni.

Jackson bengang lalu bangun dan menarik kasar Ryujin. Rambut Ryujin direntap membuatkan gadis itu terdongak. Meringis sakit Ryujin dibuatnya.

"Bodoh kau ni. Aku layan kau baik - baik, kau nak kasar. Takpe aku boleh buat. Nak tahu tak, aku memang pakar buat perempuan menderita. Kau cakap apa tadi? Aku lagi teruk dari Yoongi? Ok jom kita mulakan. Ingat, kau yang minta"

🍃

"Boss, Soobin dah jumpa location Jackson. Dalam sejam dari sini" kata Taehyun sambil memberi tab yang menunjukkan lokasi Jackson dan Ryujin.

"Kita pergi sekarang. Taehyun, kau pergi panggil yang lain" Taehyun akur lalu pergi memanggil yang lain. Bersedia untuk membawa Ryujin pulang.







Thanks pada hyobtsmongz yyuu_taa

SuhailahR @4nisfr ChoiMyra sebab sudi

comment and vote huhuhu❤️

Saya baca komen, semua ramai nak Ryujin x Huening Kai. Kalau nak Ryujin x Yoongi, nanti ada masa, insyaallah saya buat season 2 pulak. Jujur, saya dah plan nak buat season 2 yang pasti akan buat korang menangis meraung 44 malam. Heheheheheh. Btw thanks sangat2 for your vote, comment. Saya hargai sangat2😀

@hyobtsmongz semangat betul awak comment. Terhibur saya😂😂😂

Btw, this is Jung Mia, Kekasih hati Jimin.

INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang