27

212 16 6
                                    

Ryujin masuk ke dalam bilik perjumpaan dengan gari di tangannya. Kerusi besi menjadi sasaran punggungnya sambil memandang wajah Mia. Mia tersenyum nipis ke arahnya.

"Awak sihat?" soal Mia lembut. Ryujin hanya menganggukkan kepalanya tanda dia baik - baik saja. Tangan yang bergari, mengusap perut yang terkandung nyawa milik Yoongi. Sudah lima bulan dia disini, dan lelaki itu tidak pernah menjenguknya walau sekali.

"baby macam mana? Sebab seingat saya kelmarin awak check up kan. Saya minta maaf tak teman awak. Saya ada hal" Mia memohon maaf pada Ryujin dan tersenyum nipis.

"Takpa lagipun baby ok. Sihat" balas Ryujin. Agak kekok untuk dia berbual dengan Mia walaupun sudah mengenali antara satu sama lain.

Mia senyum mendengar balasan Ryujin. Dia tahu, Ryujin juga pasti teringatkan Yoongi.

"Saya ada masakkan spaghetti dengan mushroom soup untuk awak. Awak makan ya" tangannya laju mengeluarkan bekas berisi spaghetti dan mushroom soup lalu disuakan pada Ryujin. Tidak lupa juga sudu dan garfu turut diberi pada Ryujin.

"Macam mana saya nak makan dengan tangan bergari" kata Ryujin sambil menunjukkan tangannya yang bergari pada Mia. Mia menepuk dahinya perlahan sebelum tertawa kecil.

"Sorry. Sekejap ya, saya panggil polis minta buka gari awak" lalu Mia bangun keluar dari bilik itu memanggil polis yang bertugas.

Setelah dibuka gari Ryujin, polis itu keluar memberi privasi pada dua orang perempuan itu.

"Mia" nama Mia dipanggil lembut. Mia menggumam sebagai menyahut panggilan Ryujin.

"Takda khabar dari Yoongi atau Jimin ke?" soalnya dengan nada lirih. Sudu dan garfu dimainkan bersama.

Mia tersenyum pahit mendengar soalan Ryujin. Ryujin yang melihat senyuman pahit Mia, menundukkan kepalanya. Sudu dan garfu dilepaskan.

Tidak menunggu masa yang lama, air matanya mengalir keluar dari tubir mata.

"Kenapa? Kenapa? Dia cakap dia cintakan saya tapi kenapa dia takda dekat sini. Kenapa dia tak bawa saya keluar dari sini macam mana dia selamatkan saya dari Jackson dulu" teresak - esak Ryujin menangis. Mia yang melihat merapatkan kerusinya dengan Ryujin. Bahu Ryujin diusap lalu dilentokkan kepala Ryujin di bahunya. Memeluk gadis yang muda setahun darinya.

"Saya pun tak tahu diorang kat mana. Banyak kali saya call Jimin, tapi nombor dia takda dalam servis. Tapi awak jangan risau dan jangan tertekan nanti affect pada baby. Kesian baby" pujuk Mia. Kata - kata semangat juga diberikan pada gadis itu.

🍃

Ryujin duduk bersila di penjuru sel sambil tangan mengusap perut besarnya. Kini, kandungan sudah mencecah sembilan bulan. Bermakna, dia harus bersedia untuk melahirkan anaknya. Bila - bila masa saja air ketubannya akan pecah.

Sekejap sahaja masa berlalu.

Dan dalam masa yang sama, fikirannya jauh melayang.

Kata - kata Huening Kai dua hari lepas masih terngiang - ngiang di telinganya. Dan kata - kata Huening Kai membuatnya bingung dengan perasaannya sendiri. Sejujurnya, sebaik sahaja dia mengandung, dia sentiasa berperang dengan perasaannya. Hatinya boleh dikatakan berbelah bahagia untuk Yoongi dan Huening Kai.

"Aku akan jaga anak kau sampai kau keluar dari sini. Ingat kau ada lagi 4 tahun 3 bulan sebelum kau keluar. Dan aku akan tunggu kau. Pasal anak kau, aku tak kisah yang penting kau dengan aku"

Tangan Ryujin yang bergari, Huening Kai raih. Diusap lembut tangan itu.

Anak.

Itu yang difikirkan olehnya sejak doktor mengesahkan kandungannya. Dia rasa


kosong.


Tidak tahu samada dia patut gembira atau sedih atau marah atau kecewa. Kosong. Itu yang dia rasa.

Dan, Yoongi pula, adakah dia akan gembira dengan rahimnya yang terkandung benihnya.

Dia takut jika dia bebas nanti, Yoongi tak mengaku ini anak dia. Dia takut jika Yoongi tak terima zuriatnya sendiri.

Sedang dia melayan perasaan, satu suara menerpa masuk ke dalam telinganya. Dan dia benci suara serta pemilik suara itu

"Hoi"

Suara itu Ryujin abaikan. Air mata yang tiba - tiba keluar dikesat dengan belakang tangannya. Jujur, dia benci manusia yang ditahan satu sel dengannya.

Ryujin bangun dari duduknya. Namun belum sempat dia bangun, ada satu tangan menolak kasar tubuh dia dan dia sempat memegang dinding mengimbangi dirinya yang hampir saja terjatuh.

Ryujin berdecit geram. Kepala naik dan matanya merenung tajam perempuan di depannya.

Yura serta dua orang rakannya, Kyulyung dan Nancy.

"Korang nak apa?" soalnya dingin. Yura tersenyum mengejek sambil mendekati tubuh Ryujin. Tangannya juga naik untuk menyentuh perut Ryujin namun Ryujin tepis kasar.

"Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau tu"

Yura tersenyum sinis dengan kata - kata pedas Ryujin.

"Kau ni kan, geram je aku tengok. Rasa nak bunuh je. Herm, apa kata aku bunuh kau dengan anak kau haram kau ni sekali? Ok" kata Yura dan kata - katanya mengundang tawa Kyulyung dan Nancy.

"Apa masalah kau sampai nak libatkan budak ni. Ya memang ni anak haram, tapi aku tak pernah terfikir pun untuk bunuh dia. Dan korang, sesuka hati je nak bunuh. Perangai korang ni mengalahkan setan" jerkah Ryujin. Dadanya turun naik melampiaskan marah pada mereka bertiga.

"Wau berani gila pelacur ni tengking kita. Aku pelik macam mana Yoongi boleh amb kau untuk layan dia. Mulut kau serupa longkang wei. Kau tak takut ke anak haram kau tu ikut perangai sundal kau tu" Kata Kyulyung lalu menunjal - nunjal kepala Ryujin. Terdorong ke belakang Ryujin dibuatnya.

Dengan tahap kesabaran yang semakin menipis, wajah Kyulyung ditampar lalu ditolak tubuh Kyulyung hingga jatuh.

"Kyulyung" tubuh Kyulyung sempat Nancy sambut.

"Kau ni makin melampau. Sini kau" rambut Ryujin ditarik oleh Yura membuatkan Ryujin mengerang kesakitan. Wajah Ryujin Yura tumbuk.

Tanpa belas kasihan, perut Ryujin disepak oleh Nancy. Air mata Ryujin mengalir kerana  sakit disepak oleh Nancy.

Kyulyung juga tidak terlepas membelasahnya. Kyulyung bertindak menumbuk tepat hidung Ryujin dan menyebabkan berdarah.

Hendak melawan, kandungannya sedikit sebanyak menjejaskan pergerakannya. Dan Ryujin sedaya upaya melindungi kandungannya apabila dia perasan yang Yura ingin memijak perutnya.

'Anak mama, bertahan ya sayang. Mama takkan biarkan sesiapa pun sakitkan sayang. Mama akan lindungi sayang walaupun papa takda dengan kita"






Huwaaaa thank you so much for 1k readers ♥️♥️♥️ I am so happy😊

Lagi satu chapter, ff ni akan melabuhkan tirai😙 thanks pada yang support, vote n comment.

Dah bersedia ke untuk S2?






INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now