3 years later...
Cahaya mentari yang masuk ke dalam biliknya sedikit pon tidak mengganggu lenanya. Malah, selimut tebalnya ditarik hingga menutup wajahnya.
Namun, saat ingin berasa bahagia, pasti ada saja yang mengganggunya. Telefonnya berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk.
Dengan rasa malas, telefonnya dicapai dan menjawab panggilan tanpa melihat nama di skrin.
"Herm"
"Baru bangun?"
"Nak apa?"
Soal gadis itu dengan kantuk yang masih menguasai dirinya. Namun, kekehan yang diterima dari pemanggilnya.
Telefon dijarakkan dari telinga.
Taehyun
Matanya digulingkan ke atas. Ternyata lelaki itu yang menelefonnya. Berwajah kacak namun bermulut puaka.
"Kau nak apa?" soalnya sambil bangun dari katil. Rambutnya yang semakin panjang dirapikan dengan tangan kanannya.
Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak berjenama Raison.
Langkah kaki dibawa keluar dari biliknya sambil menadah telinganya mendengar suara sumbang milik Taehyun.
"Yoongi suruh kau balik sini. Hari ni. Dah seminggu kau tak balik sini. Jangan sampai Yoongi sekat kebebasan kau, Shin Ryujin. Ingat, jangan sampai Yoongi gunakan kekerasan"
Fresh orange yang telah dituang ke dalam gelas tinggi diminum sebelum menjawab perbualan lelaki itu.
"so?"
Kedengaran Taehyun berdecit geram dengan kedegilan gadis itu.
"Ryujin, dia call, kau tak pick up. Dia mesej, kau tak reply. Apa masalah kau? Dan setahu aku, Yoongi suruh kau hantar barang pada Jeon's je, bukan suruh kau merayau entah ke mana. Ni bukan 1 2 hri kau tak balik. Tapi seminggu. Kau nak aku jadi mayat ke apa baru nak balik. Tol"
Tit.
Panggilan dimatikan. Mulut dicebik tanda menyampah. Pagi - pagi dah buat dia hilang mood.
Ya. Memang sudah seminggu dia tidak pulang ke 'syurga' Yoongi. Dan selama seminggu juga, dia tidak ada berhubung dengan sesiapa pon kecuali Taehyun.
Sebab? Dia hanya mahu berehat. Kerja dengan Yoongi memang memenatkan. Lagi - lagi apabila lelaki itu mula 'menikmati' dirinya sejak setahun lepas.
Bila mengenangkan nasibnya, mahu gila dibuatnya. Dan jika boleh, mahu saja dia melarikan diri. Tapi dia terikat dengan bicara Yoongi yang sering beralun di telinganya.
"Your parents will pay for what you have done""Your friends will go and see their creator"
Dia tak sanggup membiarkan ibu bapanya dan kawan - kawannya menggantikan nyawanya.Selagi dia mampu bertahan, dia akan bertahan.
Jika dikatakan mahu menangis, rasanya sudah kering tubir matanya dengan air.
Yang tinggal hanyalah, kegelapan dan kemusnahan.
🍃
Keretanya diparkir di hadapan rumah agam milik Yoongi.
Pintu utama dituju dan ketua maid di rumah itu, mak cik Hann setia menyambut kepulangannya.
"Cik Ryujin nak apa - apa tak? Mak cik buatkn"
Ryujin menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
"Yoongi mana?" soalnya apabila tidak nampak kereta Yoongi diluar semasa dia memarkir keretanya.
"Tuan ada..."
"Aku kat sini"
"Lupa jalan balik?" soalnya dingin. Namun tiada respond dari Ryujin. Manakala Mak cik Hann berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
"Masuk bilik. Sekarang" arahnya.
🍃
Pintu bilik ditutup dan dikunci oleh Yoongi setelah Ryujin masuk ke dalam biliknya. Tubuh belakang Ryujin ditatap.
Manakala gadis itu dengan selambanya membuka jaket kulitnya yang meninggalkan singlet hitam dan jeans di tubuhnya seolah - olah lelaki itu tidak wujud.
"Kau pergi mana seminggu ni? Aku call, text langsung tak jawab. Reti guna phone ke tak?" soalnya dengan nada marah yang cuba dikawal.
"Yang kau nak tahu kenapa? Suka hati aku la nak pergi mana pon. Bukan hal kau"
Panas. Geram.
Itu yang dirasa oleh Yoongi saat mendengar jawapan dari Ryujin.
"Kenapa kau ni degil sangat. Keras kepala. Aku tanya kau sekali lagi, mana kau pergi seminggu ni. Jawab"
Ryujin berdecit rimas dengan soalan Yoongi.
"Aku tak pergi mana - mana pon. Aku dekat penthouse je. Lagipun lepas aku hantar barang kat Jeon's, aku sakit kepala then demam. Aku tak larat then aku drive pergi penthouse. Dah puas hati?!"
"Kalau betul kau pening, demam, takkan la sampai seminggu. Jangan nak perbodohkan aku Min Ryujin"
"Shin Ryujin. Aku jijik guna nama Min. Ingat, I am not yours sebab aku benci kau. I am fucking hate you Min Yoongi" hambur Ryujin
Pang
"Apa kau cakap? Aku tak dengar. Ulang balik" arah Yoongi sambil tangannya menarik kuat rambutnya. Terasa seperti rambutnya mahu tercabut dari kulit kepalanya.
Tangannya memegang tangannya Yoongi.
"Ss sakitlah. Lepas la s**l" rayu Ryujin.
"What?"
Nafas ditarik sebelum bersuara.
"AKU. BENCI. KAU"
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...