Huening Kai POV
Aku melangkah masuk ke dalam Mcdonald dan terus ke kaunter. Aku beratur di kaunter kedua memandangkan hanya tiga orang pelanggan yang beratur di kaunter kedua.
Malam ni, agak kurang pelanggan datang ke sini memandangkan bumi Seoul dilanda hujan. Walaupun tak lebat, tapi tetap terasa sejuk. Aku keluar pon kerana Beomgyu yang mengada - mengada nak makan bubur. Demam konon. Demam sikit je tapi, mengada tu kalah budak lima tahun. Haish kawan sapa la.
Kalau tak fikir dia demam tambah lapar dia tu, takdanya aku keluar malam - malam macam ni redah hujan beli bubur untuk dia. Dah la pakai seluar pendek. Nasib baik seluar pendek ni panjangnya sampai lutut kalau tak, memang aku menggigil la jawabnya.
"Hai selamat datang. Nak pesan apa?" soal akak cashier ni sambil senyum. Bila tengok, macam muka Ryujin pon ada. Haish dah masuk tahun 2020 pon, still tak jumpa apa - apa pasal dia.
"Bagi bubur satu. Medium. Double chesee and sundae strawberry"
"Makan ke bungkus?" soalnya sambil jarinya laju menekan skrin komputer itu.
"Makan eh bungkus. Sorry tersasul" Malu. Boleh pulak tersasul.
Kurang 2 minit, bubur yang aku pesan, sudah siap. Aku ambil dan keluar menuju ke rumah Beomgyu untuk menghantar bubur ni pada dia.
Tapi entah macam mana, boleh pulak aku terlanggar someone. Nasib baik bubur ni tak jatuh.
"Maaf. Saya tak sengaja" ucap lelaki itu. Ya lelaki sebab suara garau. Aku mengangkat kepala dan,
"Taehyun?"
🍃
Suasana sunyi antara dua sahabat baik itu sebelum Taehyun memulakan perbualan dengan kawan baiknya itu, Huening Kai."Kau macam mana sekarang? Kerja ke smbung belajar?" soalnya agak kekok. Ya kekok setelah hampir 2 tahun tidak berjumpa kerana lelaki itu berhenti sekolah apabila dia memasuki dunia gelap yang diketuai oleh Yoongi.
Semuanya kerana bapanya yang mencari pasal dengan lelaki dingin itu. Jika bapanya bijak, pasti dia sedang bersenang - lenang meraikan tamatnya zaman persekolahannya bersama kawan - kawannya.
Huening Kai tersenyum nipis sebelum menjawab soalan lelaki itu.
"Tak sure lagi. Depend on my mom" Taehyun mengangguk perlahan kepalanya mendengar jawapan Huening Kai.
Sunyi menjadi teman mereka sekali lagi. Tidak tahu apa patut yang dibualkan memandangkan sudah lama tidak bersua muka.
Drt.. Drt
Huening Kai menyeluk poker short pants nya apabila telefonnya yang di vibrate bergetar.
"Hello"
"woi kau mengorat akak cashier mcd tu ke apa lama sangat. Lapar ni. Cepat ah"
Huening Kai menjarakkan telefonnya dari telinganya apabila suara petir Beomgyu menerpa ke dalam telinganya. Fuh boleh terjadi pendarahan telinga kalau hari - hari macam ni.
"Hish kau ni sabarlah. Hujan ni"
Tutt
Huening Kai terus mematikan talian setelah membohongi Beomgyu. Telefon dimasukkan dalam kocek seluarnya.
"Bro, aku gerak dulu. Nak hantar bubur ni kat Beomgyu"
Taehyun tersenyum nipis lalu menganggukkan kepalanya.
Dengan itu, Huening Kai berjalan untuk beredar dari situ, tapi suara Taehyun mematikan pergerakannya.
"Say hi to Beomgyu"
🍃
"Apa? Say hi kat aku? Ish kau ni biar betol?"
"Ye. Aku terlanggar dia masa keluar dari Mcdonald pastu entah macam mana kami lepak sekejap" double chessenya digigit setelah kekeliruan rakannya dijawab.
"Dia buat apa sekarang?"
"Entah. Aku rasa dia still kerja ngan Snake's Eye. Kau sendiri tahu kalau kerja ngan kongsi gelap macam mana especially secara paksa. Masuk secara dipaksa then nak keluar, boleh tapi dibunuh dulu baru keluar" kata Huening Kai.
Bubur Mcdonald yang di beli oleh Huening Kai diusap ke dalam mulut.
"Kau rasa dia dah maafkan aku belum?"
"Tch soalan kau tak masuk akal. Takkan la sebab kau tumbuk dia dulu, dia nak berendam sampai sekarang. Handsome tapi bodoh"
Pakkk
"Sakitla bangang" adu Huening Kai apabila Beomgyu mengetuk kepalanya dengan remote TV.
"Kau yang sakit bukan aku" bubur Mcdonald terus disuap ke dalam mulutnya.
"Dengar ni, kau sendiri tahu sebab apa aku tumbuk dia dulu kan so sebab tu la aku tanya, agak agak dia dah maafkan aku ke belum. Kau ingatkan bukan setakat tumbuk je, sepak terajang aku buat kat dia"
"Ye aku ingat. Sudahla. Past is past. Yang penting, kita yang hidup ni kena teruskn hidup. Kau doa la semoga 'dia' tenang kat sana"
'Dia'??? Sapa tu?? Watak baru maybe😆 tunggu la next update ye. Bye👋
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...