Password rumah ditekan sebelum masuk ke dalam. Kot kelabu yang tersarung di tubuhnya dibuka lalu melabuhkan punggung di atas sofa kuning itu. Senyumannya sejak tadi tidak pudar dari wajahnya. Terbayang wajah Ryujin di matanya. Tangisan gadisnya tadi benar - benar mengusik raga lelakinya.
Tekaannya selama ni betul bahawa Ryujin tidak pernah rela dengan apa yang menimpa dirinya. Dia terseksa dengan lelaki keturunan Min itu. Sakit fizikal dan mentalnya.
Sebagai lelaki, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk memperlakukan seorang perempuan macam tu walaupun musuh. Tak akan. Dia mempunyai adik beradik perempuan, pasti dia akan rasa tempiasnya sekali jika mereka diperlakukan seperti Ryujin.
"Kejam" ucapnya dengan nada berbisik.
Sekarang Taehyun mahu bekerjasama dengannya untuk membawa Ryujin keluar dari tempat tu. Maka senang lah kerjanya. Dia perlu kumpulkan bukti yang kukuh untuk menyumbat Min Yoongi ke dalam penjara.
🍃
Kata - kata Yoongi ibarat kaset rosak yang sentiasa kedengaran di telinganya.
Yoongi dan Ryujin keluar dari bilik itu setelah selesai berborak dengan Hoseok serta teman wanitanya, Seulna.
Butang lif ditekan. Tidak menunggu lama, pintu lif terbuka buat mereka berdua.
Butang 'G' ditekan memandangkan mereka mahu terus balik ke rumah. Kini mereka berada di tingkat 80. Tinggal lagi 79 tingkat untuk sampai ke ground floor.
Dengan kesempatan yang ada, tubuh Ryujin ditolak lembut ke dinding lif. Tanpa amaran, bibir yang dioles gincu merah itu, diterkam kasar oleh Yoongi.
Terkapai - kapai Ryujin dalam ciuman kasar Yoongi. Bahu lelaki itu ditepuk agar dihentikan ciuman itu dan persist anak kecil, Yoongi menghentikan ciuman.
Termengah - mengah mereka berdua mencari nafas.
'J ja jang ngan i ingat aku t tak nampak apa kau buat tadi. Jangan mimpi nak lari dari aku. Kau milik aku selamanya. Ingat tu" Kata Yoongi sambil tangannya menekan bahu Ryujin ke dinding. Tangannya lagi satu memegang leher gadis itu. Mata Ryujin tajam menikam matanya sebelum dihadiahkan jelingan pada Yoongi.
"Jangan buat aku bunuh dia. Aku malas kotorkan tangan aku" ucapnya sebelum keluar dari lif memandangkan sudah tiba di ground floor.
Walaupun sudah dua hari berlalu kejadian itu, dia masih tidak boleh duduk dengan senang. Risau.
Atau lebih tepat lagi, risau dengan Huening Kai. Mulanya dia fikir Yoongi hanya main - main dengan katanya, tapi entah mengapa hatinya tidak tenteram seperti selalu. Seakan - akan ada benda buruk bakal berlaku.
Mahu ditanya tentang Huening Kai pada Yoongi, lelaki itu mematikan telefonnya kerana lelaki itu Kini berada di China menguruskan 'kerja'nya. Sudah dua hari dia ke China. Kusut fikirannya memikirkan hal - hal begini.
Duduknya tidak senang, berdirinya pula seakan berdiri di atas duri membuatkan dia sentiasa mahu bergerak. Tidur pula, mimpi ngeri yang menerpa ke dalam fikirannya. Pendek kata, dia berasa tidak tenang selepas sahaja Yoongi mengutarakan kata - katanya kelmarin ketika mereka berada dalam lif untuk pulang.
Tanpa dapat menahan rasa gelisahnya, kunci kereta pemberian Yoongi, dia capai untuk keluar. Telefon pula ditinggalkan, tidak dibawa. Sebelum itu, pakaiannya ditukar. Rambut pula dibiarkan lepas.
"Mak cik, saya keluar sekejap" tanpa menunggu balasan ketua pembantu rumah itu, mak cik Hann, Ryujin terus keluar dari rumah.
Mak cik Hann menggelengkan kepalanya sebelum telefon dikeluarkan.
"Cik Ryujin keluar"
Talian dimatikan setelah selesai bercakap. Lalu, mak cik Hann menyambung kerjanya yang tergendala.
Hai korang. Sorry, saya gagal bgi triple update semalam. Entah knp saya rasa malas sangat semalam. Btw I am so sorry guys😕.
Kalau nak tengok gambar outfit Ryujin, boleh tgok kat media ye😉
Again, sorry🙏. Enjoy ye.Sebelum tu, cantik x cover baru ni? Gigih saya edit. Nak dekat setengah jam jugak saya buat, alih2 kan terpadam. Panas je hati ni. Fikir nasib puasa. Saya pon dengan hati yg bengkak, buat semula. Nasib tak lama, 10 minit je😂😂 hehehehehehe
Panjangnya saya membebel. Sian korang hahahaha. Btw enjoy. Nah, saya bagi kasih sayang sikit❤️❤️❤️❤️❤️
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...