Bunga ros putih Huening Kai letak di atas pusara itu. Matanya membaca nama yang tertera di situ. Susah untuk dia percaya.
SHIN RYUJIN
17 APRIL 2001 - 2 DISEMBER 2020Huening Kai tersenyum nipis memandang pusara Ryujin.
Hari ini 10 Januari 2021. Bermakna sudah sebulan lebih Ryujin pergi meninggalkan dunia ini.
Sedih? Sudah pasti dia sedih. Mereka sudah berjanji untuk berkahwin sebaik sahaja Ryujin bebas dari penjara. Alih - alih gadis itu pergi tinggalkannya.
"Yoongi culik kau masa kau umur 16 tahun. Kau jadi mangsa Yoongi sampai umur 19. Kau mengandungkan anak dia semasa kau masih lagi dalam tahanan. Dan kau mati lahirkan anak semasa kau umur 19. Usia yang terlalu muda untuk kau hadap semua ni" air mata lelakinya jatuh.
Sakit jiwa raganya apabila gadis yang dicinta pergi buat selama - lamanya.
"Anak kau
Huening Kai menjedakan ayatnya sebentar. Nafas ditarik lalu dihembus.
"dia hidup dan kau mati. Dia punca kau mati. Dia pembawa malang untuk kau. Dia sama macam Yoongi. Tak guna" wajah Huening Kai menjadi marah saat teringatkan wajah bersih seorang bayi yang lahir ke dunia ini.
Bayi itu adalah anak Ryujin dan Yoongi yang lahir sama tarihk dengan tarihk kematian Ryujin iaitu 2 Disember 2020. Huening Kai jatuh benci pada anak itu walaupun bukan salah anak itu.
Dia mengganggap bahawa anak itu pembawa malang pada Ryujin. Anak itu lah punca Ryujin mati.
Disebabkan terlampau benci pada anak itu, Huening Kai bertindak bodoh.
Beberapa jam selepas anak itu lahir, Huening Kai membawa lari anak itu secara senyap - senyap dari hospital dan membuang bayi itu ke dalam semak. Jauh dari bandar besar Seoul.
Sehingga hari ini, masih jelas, senyuman puas Huening Kai. Dia tidak memikirkan hal lain melainkan hatinya. Hatinya perlu dipuaskan dengan cara menghapuskan bayi itu.
"Tolong jaga anak aku"
Pesan Ryujin dia buang jauh sejauhnya. Dia tidak peduli tentang pesanan Ryujin.
Berkali - berkali pesan Ryujin yang satu itu masuk ke fikirannya namun sikit pun dia tidak endahkan.
"Maafkan aku kerana tak amanah Ryujin. Aku tak boleh tengok budak tu. Aku jadi benci dekat dia. Maaf" ucapan maaf tidak pernah putus dari bibirnya setiap kali melawat pusara Ryujin.
Kejam? Ya, dia tahu dia kejam kerana membuang bayi tidak bersalah itu tapi dia tidak peduli asalkan dia puas. Puas melenyapkan anak itu.
"Aku pergi dulu. Ada masa, aku lawat kau lagi" lalu Huening Kai melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu.
The End
Alhamdulillah saya berjaya tamatkan ff ni dalam kesenduan. Maafkan saya jika ada yang kurang, tak best ke especially ending dia😂
Saya tahu ada yang nak Ryujin x Huening Kai, dan ada yg nk Ryujin x Yoongi tapi saya x buat pun. Senang citer, dua dua tak dpt Ryujin.
Dan ending dia, saya tahu, ending dia penuh kesenduan dan tersangat hambar. Sekali lagi maafkan saya.
Utk S2, insyaallah mlm ni atau esok atau lusa saya publish. Cover, Sinopsis n prologue dh siap utk S2. Sekali lagi saya minta maaf pasal ending dia 🤣🤣. Saya sendiri yg baca pun, rasa nk campak je fon ni sbb hambar😁.
Last, maaf sbb ending hambar🤣🤣. Saya tak tahu nk buat ending macam mana sbb agak rumit hehe.
Dan terima kasih utk korang punya support vote n comment. Ada jgk yg letk dlm reading list korang. Ya allah terharu rasanya❤️
S2
Saya akan edit blik cover dia. Nampak hambar disitu😁
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
Roman d'amourPada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...