16

210 13 7
                                    

Suasana sunyi antara mereka bertiga. Sejak 5 minit lepas, masing - masing keras lidah untuk bersuara terutama sekali Beomgyu. Jelas terpacar riak terkejut di wajah doktor muda itu dengan kehadiran Taehyun.

"Kalau korang tak nak bercakap, biar aku cakap" ujar Taehyun setelah suasana sunyi dari tadi.

"Kau nak cakap apa?" soal Huening Kai.

"Aku nak-

"Jap jap. Sebelum tu aku nak tanya, mana kau tahu rumah kitaorang ni?" soal Beomgyu. Lelaki itu juga kelihatan tidak senang duduk.

Taehyun menarik senyuman nipis sebum menjawab soalan kawan lamanya itu.

"Aku nampak korang jogging tadi. Aku pun follow la korang" balas Taehyun. Beomgyu hanya meng'o'kan je.

"Erm kau nak cakap apa tadi?" soal Huening Kai ingin tahu.

Taehyun menarik nafas lalu dibawa badanya bersandar di kerusi itu. Baru dia mahu memulakan percakapannya, telefon milik Beomgyu berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk.

"Aku jawab call jap" lalu Beomgyu bangun dari situ menjawab panggilan.

Setelah memastikan Beomgyu beredar ke balkoni menjawab panggilan, Taehyun mengeluarkan sekeping gambar dari kocek jaketnya lalu diletakkan di depan Huening Kai.

"Yoongi suruh aku siasat pasal kau sebab"

Huening Kai mengerutkan dahinya kerana gambar itu memaparkan wajahnya.

"Yoongi? Boss-

"Ya boss aku. Aku tak sure kau ingat ke tak, tapi Yoongi la yang heret aku masuk dunia dia. Dan aku rasa kau kenal Ryujin. Betul tak Kai?"

Senyap. Tiada jawapan dari Huening Kai. Kepala menunduk memandang lantai apartment nya.

"korang, aku kena pergi hospital. Ada emergency. Taehyun, sorry tak dapat lepak dengan kau" kata Beomgyu. Pakaiannya juga sudah bertukar dari t - shirt kepada pakaian formal.

"it's ok bro. Patient kau lebih penting" balas Taehyun. Senyuman nipis Beomgyu beri pada Taehyun lalu keluar dari apartment itu.

Pandangan dikalihkan memandang Huening Kai setelah kelibat rakannya hilang dari matanya.

"Huening Kai, aku tanya kau ni. Kau kenal-

"Yes aku kenal dia. Sejak sekolah menengah lagi. Dia masuk 6 bulan lepas kau berhenti. She's also my girlfriend at that time"

Taehyun menghela nafas berat.

"Patut la Yoongi suruh aku siasat pasal kau"

"Taehyun" panggil Huening Kai. Taehyun bergumam tanda menyahut panggilannya.

"Macam mana kau boleh kenal dengan Ryujin? Kau ada hubungan dengan dia ke?" soal Huening Kai. Dan soalan Huening Kai berjaya mengundang tawa Taehyun. Ternaik kening Huening Kai apabila Taehyun ketawa. Dia ada buat lawak ke? Takda rasanya.

"Ok sorry. Ok listen bro, aku takda apa - apa hubungan dengan dia. Aku cuma teman dan tolong dia memandangkan Yoongi suruh dia hantar 'barang' pada customer. Macam mana aku kenal dia, semuanya sebab appa dia. Appa dia pinjam duit dengan Yoongi and tak mampu bayar balik. Mulanya, Yoongi nak bunuh appa dia, tapi bila tahu Encik Shin ada anak perempuan iaitu Ryujin whic is your girlfriend, dia buat pertukaran. Dia ambil Ryujin dan lepaskan Encik Shin. Kalau kau nak tahu, masa mula - mula Yoongi tangkap Ryujin, teruk dia kena dera dengan Yoongi sebab Ryujin tu kuat melawan. Yoongi geram, Yoongi kurung dan dera fizikal mental dia" terang Taehyun panjang lebar.

"Dera? Sekarang dia dera lagi tak? Ryujin ok ke?" soal Huening Kai lagi. Risau sungguh pada gadis itu.

"Sekarang dah tak. Lagipun Yoongi dah mula cintakan Ryujin. Bila, dia tahu pasal kau, tu yang dia suruh aku siasat pasal kau. Kalau boleh dia tak nak langsung ada lelaki dekat dengan Ryujin"




Puasa tak tu?


INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now