18

208 15 9
                                    

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Ryujin mencapai purse hitamnya sebelum  keluar dari bilik itu. Sebelum itu, boot tinggi berwarna putih diambil dari rak kasut bagi dipandankan dengan dress of shoulder nya yang turut berwarna putih. Dress itu tersarung cantik di tubuhnya ditambah lagi dengan tali pinggang halus berwarna hitam. Perfect.

Langkah dibawa menuruni tangga. Yoongi yang sedang menghisap rokok di atas sofa, dihampiri. Kelihatan lelaki itu juga sedang bercakap melalui telefon. Ryujin berdiri sebelahnya.

Yoongi yang perasan dengan kehadirannya segera berdiri. Tangan kirinya memegang tangan Ryujin lalu ditarik lembut tangan itu. Telefonnya masih kekal di telinganya. Dan malam itu, mereka berdua berpakaian sedondon, serba putih. Garaj dituju. Ferrari merah dituju sebelum mereka memboloskan diri masuk ke dalam.

Talian dimatikan setelah selesai bercakap. Enjin dihidupkan lalu meninggalkan kediaman mewahnya.

Suasana sepi antara mereka. Sesekali mata Yoongi melirik memandang Ryujin. Rambut yang diwarnakan light pink disanggul tinggi. Bibir dioleskan gincu merah. Manakala kukunya ditukar dari warna putih kepada hitam. Cantik. Getus hatinya.

Setelah memandu kira - kira 15 minit, akhirnya mereka sampai di Ocean Palace Hotel. Kereta diparking.

"Ryujin" panggil Yoongi apabila Ryujin mahu keluar dari kereta. Lengan Ryujin juga dipegang sekaligus menyebabkan langkah gadis muda itu terbantut.

"Sorry" ucapnya.

Ryujin menarik nafas sebelum menghembuskannya secara kasar.

"Takpa. Dah biasa. Cepatlah. Majlis dah mula" kata Ryujin lalu keluar dari kereta. Begitu juga Yoongi.

Pinggang Ryujin dirangkul dan Ryujin meletakkan tangannya di atas dada Yoongi.

"Hello my friend" sapa seorang lelaki sambil tersenyum mesra.

Jung Hoseok.

Seorang pengedar senjata api haram. Licik seperti Yoongi. Awas, jangan tertipu dengan senyumannya kerana sudah ramai perempuan menjadi mangsanya. Kerana dia bukan sahaja mengedar senjata api, malah menjalankan perdagangan manusia iaitu pelacur. Mangsanya selalu dijual pada customer dari negara Barat seperti America.

Yoongi tersenyum dengan sapaan rakannya itu. Hoseok juga yang mengadakan majlis ini, iaitu party menyambut hari lahir teman wanitanya, Choi Seulna serta meraikan kejayaan kegiatan haramnya.

"Tahniah bro. Untung banyak kau ye" bahu Hoseok, Yoongi tepuk. Tumpang gembira dengan kejayaan rakannya.

"Thanks bro. Malam ni kau enjoy la puas - puas. Jangan fikir pasal kerja. Kalau nak 'main' pon, cakap nama aku. Aku belanja" kata Hoseok sambil tersenyum. Minuman di tangannya diteguk sedikit.

Yoongi tersengih suka dengan kata - kata Hoseok. Ryujin pula menjeling Hoseok dengan kata - katanya. Menyampah. Bukannya dia tidak tahu apa yang dimaksudkan 'main' oleh lelaki itu.

Ryujin beredar ke tandas setelah diberitahu pada Yoongi.

Sedang dia berjalan untuk ke tandas, tiba - tiba tangannya ditarik kasar sebelum tubuhnya dihempas ke dinding. Sempat dia menahan kepalanya agar tidak terhantuk pada dinding. Matanya dipejam menahan sakit dihempas.

Matanya dibuka melihat gerangan yang berbuat begitu pada dirinya. Dan jelaslah wajah kacak Huening Kai di matanya. Wajahnya juga jelas terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Sedangkan majlis ini hanya untuk ketua kongsi gelap, ketua gangster, mafia dan seangkatannya.

"Kenapa? Terkejut aku ada kat sini sedangkan aku bukan gangster? Herm" tangan kirinya diletakkan di sisi Ryujin  mengurung tubuh gadis itu. Wajah Ryujin yang semakin cantik diusap lembut.

Manakala Ryujin pula kedu serta terdiam. Kini, jantungnya berdebar hebat. Perasaan yang sama ketika mereka masih bersama pada zaman sekolah dulu. Perasaan ni tak pernah berubah. Kepala ditunduk memandang lantai mahal hotel ini.

Entah mengapa dia berasa sebak tiba - tiba. Perlahan - lahan mutiara jernihnya menuruni keluar dari tubir matanya. Semakin lama semakin lebat tangisannya. Tangan naik menekup wajah. Lemahnya dia jika bersama lelaki di hadapannya ini.

Huening Kai yang melihat tangisan Ryujin seperti tiada tanda - tanda berhenti, terus memeluknya. Belakang Ryujin diusap. Ubun gadis itu juga dicium lembut. Dan Ryujin membalas pelukannya.

"Kau sayang aku kan? Tapi kenapa kau tipu? Kenapa kau cakap kau dah tak sayang, tak cinta aku lagi? Tahu tak hancur hati aku bila kau cakap macam tu" katanya dan itu menyebabkan tangisan Ryujin semakin lebat.

"A ak aku minta maaf. Ye a aku sayang kau lagi. Aku tak pernah berhenti cintakan kau. Tolong bawa aku pergi dari hidup dia" kata Ryujin sambil sedaya upaya menahan tangisannya. Perlukan Huening Kai dieratkan lagi.

"Ta tapi, aku dah tak suci. Aku kotor. Aku jijik" kepala didongakkan memandang Huening Kai memandangkan dia lebih pendek dari lelaki itu.

Huening Kai tersenyum mendengar kata Ryujin. Kepala Ryujin diusap.

"It's ok. It's not your fault. Semuanya sebab Yoongi. Kau hanya mangsa sayang"

Ryujin terus memeluk erat tubuhnya sebaik mendengar kata - kata Huening Kai.

Jujur, nama lelaki ini tak pernah terpadam dari hatinya. Nama Huening Kai sentiasa mekar bak bunga dalam hatinya.


724 words weh! Hope enjoy🎉





INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now