Hari ini hari Ahad. Hari minggu. Dan sudah seminggu berlalu sejak kejadian di mahkamah itu. Dan Jimin pula, seperti dia cakap sebelum ni, dia menang kes itu.
Buktinya, Huening Kai tidak mampu berdebat dengan peguamnya, Jung Hoseok. Jung Hoseok seorang peguam yang lebih berpengalaman darinya kira - kira 10 tahun.
Ryujin dan Yoongi pula sudah bertegur seperti biasa. Senang cerita, kembali rapat tapi Ryujin masih tidak mahu mengaku yang dia milik Yoongi.
Setelah mandi dan bersiap, Ryujin keluar dari bilik mereka dan masuk ke dalam pejabat milik Yoongi. Taehyun juga ada di situ. Pasti ada barang yang mahu Yoongi suruh dia hantar.
"Ok. Nanti budak aku hantar pada kau" kata Yoongi lalu mematikan panggilan.
Ryujin melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan Yoongi manakala Taehyun sibuk memasukkan dadah ke dalam bungkusan sederhana besar memandangkan tidak banyak dadah yang dipesan oleh pelanggan mereka.
"Ryujin, listen. Hantar dadah ni pada Bae Irene. Dia pakai full black and blue mask. Ingat jangan salah orang and paling penting, terus balik" perkataan balik ditekan oleh Yoongi meningkatkan gadis itu. Ryujin menggulingkan matanya ke atas tanda menyampah.
"Kau cakap macam aku ni tak pernah hantar benda ni. And suka hati aku la nk terus balik ke apa ke" balasnya dingin. Yoongi ketap gigi bersabar dengan kepala batu Ryujin ini.
"Taehyun, keluar kejap. Aku nak cakap sikit dengan Ryujin" Taehyun menganggukkan kepalanya lalu berlalu keluar dari office lelaki itu.
Yoongi bangun dari duduknya menuju ke arah Ryujin lalu duduk di sebelah gadis itu. Rambut gadis itu yang kini berwarna biru gelap Yoongi usap lembut.
Ryujin menepis perlahan.
"Nak cakap apa?" soalnya sekali lagi dengan nada dingin. Entah apa yang merasuki gadis itu sehingga terlalu dingin hari ini. Datang bulan mungkin.
"Kenapa ni? Asyik bad mood je. Period eh?"
Papp
Dada sebelah kiri Yoongi ditepuk agak kuat. Tangan lelaki itu naik mengusap dadanya.
"Betul la ni period?" soalnya sekali lagi sebelum tawa kecil meletus dari bibirnya.
Ryujin tidak menghiraukan soalan Yoongi lalu terus berdiri. Namun tangannya direntap oleh Yoongi sebelum lelaki itu menyatukan bibir mereka berdua. Lembut tidak kasar seperti sebelum ini.
" Heii bro- ops wrong time" pintu kembali ditutup oleh Jimin apabila melihat drama dua insan itu.
Tautan bibir mereka terus terlepas. Ryujin membetulkan rambutnya sebelum berdiri dan keluar dari pejabat Yoongi.
"Eh eh ada lovebite" kata Jimin sebaik sahaja Ryujin melintasinya. Ryujin yang mendengar, terus menaikkan tangan ke lehernya, diusap.
"Mana ada"
"Mudahnya kau tertipu"
"Akh" kaki Jimin dipijak kuat lalu beredar.
"Kurang ajar"
🍃
Taehyun dan Ryujin keluar dari kereta lalu menuju masuk ke dalam shopping mall besar Seoul. Starbucks dituju.Kelihatan pelanggan mereka, Bae Irene duduk membelakangi mereka. Wanita itu duduk di sudut yang agak tersorok dari pandangan orang ramai.
Tanpa suara Ryujin menghampiri Irene dan terus duduk berhadapan wanita itu. Sampul berisi dadah dihulurkan. Taehyun pula hilang ke mana. Mask diturunkan sedikit apabila Ryujin sampai. Wajahnya agak pucat dengan bibir yang merekah.
Irene memerhati sekelilingnya sebelum mengambil sampul itu.
Tapi belum sempat Irene mahu mencapai sampul itu, Ryujin pantas mengambil semula sampul itu. Berkerut wajah Irene.
"Bagilah"
Kening Ryujin naik. Dan itu menyebabkan Irene berdecit lalu tangannya menyeluk kocek bahagian dalam kot labuhnya. Beberapa keping duit diberi. Ryujin mengambil dan dikiranya.
Manakal Irene memeriksa jumlah dadah di dalam Sampul itu. 10 peket kecil. Cukup. Sempurna.
"Urusan kita selesai" kata Ryujin sebelum bangun meninggalkan wanita itu.
🍃
Segala perbuatan dan tingkah laku Ryujin, Huening Kai perhatikan. Dari awal dia masuk bersama Taehyun hingga Ryujin mengangkat punggung beredar dari situ.
Huening Kai menghampiri Ryujin.
"Ryujin" sapa Huening Kai dan sapaannya membuatkan langkah Ryujin terhenti. Perlahan - lagan Ryujin pusingkan tubuhnya sebelum matanya membuntang melihat gerangan yang berdiri di hadapannya.
Huening Kai.
Kepalanya melihat sekeliling kalau - kalau ada anak buah Yoongi di dalam mall ini. Tiada. Lalu tangan Huening Kai ditarik ke tempat lain iaitu tangga yang menuju ke tempat parking.
"Apa kau buat dekat sini?" soal Ryujin.
"Suka hati aku lah nak buat apa pun kat sini. Bukan urusan kau. Betul tak?" jaraknya dengan jarak Ryujin dihapuskan oleh Huening Kai. Kedudukan mereka sangat rapat hingga Ryujin boleh merasakan nafas lelaki itu.
Perlahan - lahan Ryujin menaikkan tangannya lalu menolak sedikit dada Huening Kai menghasilkan jarak antara mereka.
"Jangan dekat dengan aku macam tu. Aku tak selesa"
Huening Kai tergelak sinis mendengar jawapan Ryujin. Tak masuk akal langsung. Kalau dulu, bukan setakat suka, malah dipeluknya tubuh lelaki bergelar peguam ini.
"Tak selesa? Sorry your answer isn't strong. Boleh kau bagi jawapan yang kukuh tak, Shin Ryujin?" rambut Ryujin di pegang dan diusap. Masih sama seperti dulu. Lembut.
"Huening Kai, enough. Aku dah cakap dengan kau. Jangan cari aku. Kau tak faham ke?"
"Memang. Memang aku tak faham. Cuba kau berterusan terang dengan aku. Kenapa kau tak bagi aku cari kau? And tadi. Aku nampak semuanya. Aku tak sangka kau jadi keldai dadah. Ryujin what's wrong with you? Ryu, kau meng
Jari telunjuk Ryujin naikkan lalu diletakkan di bibir Huening Kai membuatkan lelaki itu berhenti bercakap.
"Ya memang aku keldai dadah. Dan aku dah tak suci. So please pergi dan jangan cari aku lagi. Pasal haritu, aku tipu. Jujur aku masih sayangkan kau. Aku masih cintakan kau. Tapi, kita tak boleh bersama. Aku tak layak. You deserve a better girl than me"
Jari dijatuhkan dan berkira - kira untuk pergi.
"Aku sayangkan kau Shin Ryujin. Tunggu aku. Aku akan pastikan kau milik aku"
Good afternoon guys. Heheheh lamakan saya tak update. Padan muka😂
Enjoy🎊
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...