Kereta diparkir berdekatan sebuah restoran Perancis. Kini, Ryujin di hadapan bangunan guaman tempat Huening Kai kerja.
Untuk sampai ke bangunan tersebut, Ryujin mesti menyeberangi jalan kerana keretanya diparkir di seberang jalan.
Kiri kanan dilihat sebelum melintas. Setelah dipastikan tiada kereta mahupun kenderaan lain, Ryujin melintas jalan. Sedang dia berjalan menyeberangi jalan, tiba - tiba sahaja kedengaran satu bunyi tembakan dan pastinya tembakan itu tepat mengenai bahunya.
Jatuh terduduk dia di atas jalan. Bahunya yang berdarah akibat tembakan itu, dipegangannya. Desisan sakit keluar dari mulutnya.
🍃
Huening Kai yang sedang fokus menyiapkan kerjanya, terlepas pen di tangan apabila terdengar bunyi tembakan. Cepat - cepat dia bangun dan melihat ke tingkap biliknya.
Dilihat seorang perempuan sedang duduk melutut di tengah jalan sambil memegang bahunya.
"Ryujin!" terkejut Huening Kai tatkala si dia mengangkat wajahnya. Jelas di wajah Ryujin, dia sedang menahan sakit.
"Takkanlah dia yang kena tembak?" soalnya pada diri sendiri. Tapi yang peliknya, tiada seorang pun pergi menghulurkan bantuan padanya.
Tanpa membuang masa, Huening Kai turun untuk melihat keadaan Ryujin. Mujur sekarang waktu rehat, tiada sesiapa yang melihatnya berlari seakan lipas kudung.
Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah, nasibnya kurang baik apabila tiga buah SUV hitam tiba dan beberapa lelaki bertubuh sasa keluar lalu mengacukan pistol ke arah orang awam agar tidak mendekati. Seorang lelaki berambut blonde menarik Ryujin dengan kasar lalu tubuh itu ditolak secara paksa agar masuk ke dalam kereta.
Setelah itu, kereta itu beredar sebelum diikuti kereta yang lain.
🍃
Tangannya kelam kabut mengeluarkan kunci kereta. Lock pintu ditekan sebelum memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
Segala kerjanya ditinggalkan begitu sahaja. Ryujin lebih penting sekarang ini.
Entah mana silapnya, tiba - tiba sahaja bahagian belakang keretanya dihentam oleh kereta lain. Dan itu membuatkan kepalanya terhantuk pada stereng kereta.
SOMEONE'S POV
Pintu dibuka lalu dia keluar dan berdiri di situ. Pistolnya dikeluarkan lalu melepaskan beberapa tembakan ke arah Huening Kai.
Setelah memastikan pemandu itu mati, dia beredar meninggalkan kawasan parkir kereta itu.
Senyuman sinis ditarik menghiasi wajahnya sambil tangan mengeluarkan telefon.
Nombor seseorang didail sebelum dilekapkan telefon ke telinga.
"Done. Jangan lupa payment aku"
🍃
W
ajahnya dihiasi senyuman lebar apabila langkah kedua iaitu membunuh Huening Kai berjaya dilakukan.
Rokok yang masih menyala di tangan dimatikan sebelum dibuang ke dalam bekas.
"Jangan risau. Aku sentiasa tepati janji. Malam ni, tempat biasa" talian dimatikan sebelum sempat 'di sana' membalas.
Gelak jahatnya meletus kuat saat impiannya hampir tercapai iaitu ingin memiliki gadis milik Yoongi. Siapa lagi jika bukan Shin Ryujin.
Dalam masa yang sama, dia juga yang menghancurkan 'kerja' lelaki itu di China. Sehinggakan lelaki itu terpaksa pergi ke China setelah beberapa jam pulang dari majlis malam itu.
Ya, dia yang merancang semuanya. Tentang Huening Kai pula, dia saksikan sendiri dengan matanya, gadis itu menangis sambil memeluk erat tubuh Huening Kai.
Dan kini pasti Yoongi sedang mengalami kerugian besar yang memakan berjuta dollar kerana perbuatannya yang melapor pada pihak polis.
"Tch tch tch sian kau Yoongi. Business hancur, perempuan kesayangan kau hilang, polis kejar. Huh kesian"
![](https://img.wattpad.com/cover/204167581-288-k339341.jpg)
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...