6

280 19 23
                                    

Di sudut bilik itu, terdapat sekujur tubuh kurus Ryujin yang sedang tidur beralaskan tilam nipis. Tubuh itu menggigil kesejukan kerana angin malam yang menyapa tubuhnya memandangkan Yoongi tidak memberinya selimut.

Taehyun POV

Aku melangkah ke bilik kurungan Ryujin dengan kunci di tangan. Sampai sahaja depan pintunya, aku membuka kunci mangga sebelum masuk ke dalam untuk mengejut gadis itu seperti arahan encik Jimin tadi.

Tubuh kurusnya aku hampiri lalu bahunya aku tepuk mengejutkan dia. Sejuk. Dapat aku rasakan dia kesejukan. Aku rasa kasihan dengan dia tapi apa boleh aku buat. Silap hari bulan, aku yang dibunuh oleh Yoongi kerana cuba membantu gadis malang ini.

Rasa kasihan itu aku tepis jauh - jauh sebelum mengejut dia dengan sedikit kasar.

"Hoiii perempuan, bangun" bahunya aku tolak kasar agar dia bangun.

Ryujin POV

Aku membuka mata apabila suara Taehyun mengejut aku dengan kasar ditambah pula bahu aku dia tolak kasar hingga hampir mengena dinding memandangkan aku tidur berhampiran dengan dinding.

Aku bangun mengikuti langkah Taehyun yang bergerak keluar dari bilik ni. Bilik? Entah la. Bukan bilik lagi ni. Sarang ular pon lagi lawa dari bilik ni. Tengok saja keadaannya. Beberapa tingkap pecah. Dinding retak. Labah - labah pun dah buat sarang dia kat siling tu. Ni kalau bencana alam, aku mati dalam ni la jawabnya.

Cakap pasal keluar, aku rasa nervous sikit. Entah la. Yang pasti aku gembira bila Taehyun bawa aku keluar.


🍃


Ryujin dan Taehyun keluar dari lif sebaik sampai ke tingkat atas sekali iaitu tingkat 4. Mereka berjalan di laluan koridor. Dari koridor itu, dapat Ryujin lihat hampir 26 - 30 pembantu rumah sedang melakukan kerja. Macam - macam kerja dibuatnya.

Pintu kaca yang tertera nama Min Yoongi Taehyun ketuk sebelum suara lelaki itu menyuruh kami masuk. Taehyun menolak pintu kaca itu perlahan sambil diikuti Ryujin dari belakang.

Masuk sahaja ke dalam bilik itu, gadis itu agak terkejut dengan hiasan mewah bilik itu. No no no. Ringkas tapi nampak mewah. Matanya tidak henti perhatikan bilik ni.  Memang sangat cantik.

"Puas dah scan bilik aku?" suara dingin Yoongi mematikan perhatiannya pada bilik lelaki itu. Tak pernah tak dingin lelaki ni. Ryujin hanya menundukkan kepalanya merenung lantai.

"Lantai tu lagi handsome ke dari muka aku?" sekali lagi Yoongi bersuara membuatkan Ryujin berdecit kasar lalu mengangkat wajahnya.

"Sekurang - kurangnya lantai ni tak menyakitkan aku macam mana kau buat pada aku, syaitan" perkataan syaitan ditekankan menyedarkan lelaki itu. Yoongi berdecit sinis dengan kata - kata gadis itu.

"Memang tepat pilihan kau untuk jadikan dia sebahagian pekerja kita. Mulut dia boleh tahan. Bagus" Jimin yang sedang duduk di atas sofa menyuarakan pendapatnya. Baginya gadis seperti Ryujin memang boleh melakukan kerja - kerja haram mereka.

Ryujin mengerutkan dahinya apabila perkataan 'sebahagian pekerja kita' menerpa masuk ke dalam telinganya. Matanya terarah pada Yoongi yang sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Dan setia menunggu lelaki itu selesai bercakap.

"Apa maksud kau dengan 'sebahagian pekerja kita'?" soal Ryujin. Jimin tertawa kecil mendengar soalan Ryujin. Gadis ini agak naif. Fikirnya.

"Duduk dulu. Kita bincng elok - elok. Aku pasti kau akan suka dengan kerja yang kami tawarkan" kata Yoongi sambil tangannya memberi isyarat pada gadis itu agar duduk diatas kerusi di hadapanya. Ryujin akur lalu melangkah ke depan lalu duduk di atas kerusi berhadapan Yoongi.

"Disebabkan ayah kau gagal bayar balik duit aku yang dia pinjam, aku nak kau bayar duit tu iaitu bekerja dengan aku. Kerja kau simple je, iaitu hantar barang pada customer. Aku dapat order, then aku serahkan order tu pada Jimin and Jimin dan anak buahnya akan hasilkan order tu. Pastu kau pulak akan hantar order tu pada customer. Simple right?" senyuman manis Yoongi ukirkan pada gadis itu. Ryujin diam.

" Apa barang tu?" soalnya.

" Tu kau tak perlu tahu... "

" Dadah" kata - kata Yoongi terhenti apabila Jimin menyampuk. Geram Yoongi dibuatnya. Paling geram apabila jawapan yang betul diberikan pada gadis itu.

"What? Dadah? No aku tak nak buat kerja ni. Kalau kerja lain mungkin aku boleh pertimbangkan but not drug mules. Aku tak sanggup. Aku boleh masuk penjara buat kerja ni tahu tak" badanya dibawa bersandar ke belakang kerusi itu.

"See? Aku dah cakap. Dia takkan nak buat kerja ni. Kau yang bodoh tak nak caya cakap aku" sinis lelaki itu berkata. Yoongi berdecit geram dengan kata - kata Jimin. Tidak lama kemudian, Yoongi mengukirkan satu senyuman yang sukar Jimin mahupun Ryujin tafsirkan.

"OK kalau macam tu. Tapi siap sedia dengar berita kematian Encik Shin dan Puan Song esok"

🍃

Ryujin menyarungkan pakaian ke tubuhnya. Hari ni merupakan hari pertamanya bekerja dengan Yoongi sebagai penghantar barang atau lebih tepat lagi keldai dadah. Kalau ikutkan, memang dia tidak mahu lakukan pekerjaan haram ni tapi memikirkan keselamatan ibu bapanya, dia terpaksa merubah fikiran.

Walaupun kecewa pada encik Shin masih bersarang di hatinya, dia tetap sayangkan appanya.

'Demi omma appa' Bisik hati kecilnya.

Tok tok

Pintu bilik yang diketuk dari luar dia buka dan wajah Taehyun menyapa pandangannya. Lelaki itu telah dilantik oleh Yoongi untuk memantau keadaanya semasa melakukan kerja - kerja mengedar dadah kepada pelanggan.

"Dah siap dah kan. Jom. Hari ni first day kau, so kau tengok dulu macam mana aku buat" ujar Taehyun sebelum mereka pergi untuk melakukan tugas mereka.

Hai. Saya nak cakap sikit. Ryujin ni di kurung dalam rumah Yoongi kt basement. Rumah Yoongi ni 4 tingkat. Ha faham tak??? Kalau x faham, comment je. Bye

INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now