14

216 13 0
                                    

Huening Kai memegang stereng kereta dengan erat. Sekarang dia berada tidak jauh dari kediaman Ryujin.

Selepas sahaja Ryujin meninggalkan dia di mall tadi, terus Huening Kai memutuskan untuk mengekori gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas sahaja Ryujin meninggalkan dia di mall tadi, terus Huening Kai memutuskan untuk mengekori gadis itu.

Dari dalam kereta, Huening Kai melihat Ryujin dan seorang lelaki keluar dari kereta untuk masuk ke dalam rumah. Dan pada masa yang sama, seorang lelaki berbaju putih berdiri di hadapan pintu utama itu lalu merangkul pinggang Ryujin.

 Dan pada masa yang sama, seorang lelaki berbaju putih berdiri di hadapan pintu utama itu lalu merangkul pinggang Ryujin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yoongi. Lelaki yang bersama Ryujin dua minggu lepas. Kelihatan Yoongi sedang bercakap dengan lelaki yang bersama Ryujin tadi dan lelaki itu membelakangkan Huening Kai menyebabkan dia tidak dapat melihat lelaki itu. Setelah habis bercakap, lelaki itu pusing ke belakang dan wajah lelaki itu betul - betul membuatkan Huening Kai terkejut.

"Taehyun? Maknanya Taehyun kenal Ryujin. Kenapa aku tak tahu?" soalnya sendiri. Pelik. Apa yang berlaku sebenarnya.

Setelah hampir 15 minit menghendap, Huening Kai menghidupkan enjin keretanya untuk berlalu meninggalkan kawasan kediaman mewah itu.

🍃

"Mana duit?" soal Yoongi setelah mereka tiba di pejabat lelaki itu. Ryujin mengeluarkan sejumlah duit dari poket jaket kulitnya lalu menyerahkan pada lelaki itu. Yoongi mengambil dan mengira jumlah duit itu. Cukup.

"Kalini aku puji kau. Bagus. Terus balik. Tak melencong ke tempat lain"

"Aku takda mood nak melencong"

Yoongi hanya bergumam mendengar balasan gadis itu. Period. Biasalah takda mood.

"Aku nak tanya ni. Siapa lelaki yang kita jumpa haritu masa kat mahkamah?"

Diam. Tiada jawapan. Lidahnya kelu dan keras untuk menjawab soalan Yoongi. Tak mungkin dia akan beritahu siapa Huening Kai padanya.

"Kawan sekolah" jawabnya pendek. Bagi dia, itu merupakan jawapan paling selamat. Mungkin la.

"Kawan sekolah? Yeke?" Yoongi berasa curiga dengan jawapan Ryujin. Perlahan - lahan dia berjalan menghampiri Ryujin. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Berjalan mengelilingi Ryujin.

Setelah itu, dia memusingkan kerusi Ryujin secara kasar menghadap dia memandangkan dia berdiri di belakang Ryujin. Tangannya diletakkan di atas pemegang kerusi itu mengurung ruang Ryujin. Ryujin berdecit kecil.

"Yang kau nak sibuk kenapa? Siapa pun dia, bukan urusan kau"

Yoongi tersenyum sinis.

"Jadi betul la dia someone special? Apa nama dia?"

Diam. Dan itu membuatkan Yoongi sedikit geram. Lalu leher Ryujin dipegang dengan kedua - dua belah tangannya. Mencengkam kuat leher Ryujin.

Tangan Ryujin pula naik cuba menepis tangan Yoongi tapi tangan lelaki itu lebih kuat darinya.

" Apa nama dia?"

"Hu Hu Hueni-"

"Apa? Tak dengar la. Cakap kuat sikit sayang" cengkaman di leher Ryujin dikuatkan.

Akibat tidak tahan dengan cengkaman tangan Yoongi di lehernya, dengan nafas yang masih berbaki, Ryujin menyebut nama lelaki itu.

"Hue Huening Kai. Nama dia Huening Kai" termengah - mengah Ryujin dibuatnya sebaik sahaja Yoongi melepaskan cengkaman dilehernya. Kesan keungguan jelas kelihatan di lehernya akibat cengkaman Yoongi.

INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now