KNJ'S CLUB
Ryujin POV
Pintu kereta yang dipandu oleh Taehyun, aku buka melangkah keluar. Sambil kakiku melangkah mengekori langkah Taehyun, beg berisi 'barang' aku pegang cermat.
Sebuah night club yang diberi nama KNJ' CLUB kami tuju. Dua orang pengawal yang berdiri depan pintu club itu menahan aku daripada masuk. Manakala Taehyun lepas melepasi mereka. Mungkin cara aku berpakaian dia menahan aku.
"Siapa kau?" soal pengawal itu dengan kasar. Hampir terkebelakang aku dibuatnya. Takut.
"Don't you dare to touch her. She's Snake's Eyes girl" ujar Taehyun sambil menarik tangan aku. Mendengar kata - kata Taehyun, dua pengawal itu melepaskan serta membenarkan aku masuk.
Bunyi club yang bising dan bingit membuatkan aku rimas. Pekak telinga aku dibuatnya. Langkah Taehyun yang panjang, cuba aku ikut walaupun hakikatnya, aku hampir tenggelam dalam lautan manusia yang seronok menikmati malam mereka. Bau arak, rokok, vape dan lain - lain hampir membuatkan aku pengsan namun aku gagahkan diri mengikut jejak Taehyun. Aku terjerit kecil apabila ada sepasang tangan melingkari pinggang serta menarik aku agar dekat dengannya.
"Sorang je ke sayang?" soalnya sambil tangannya mula meraba tubuh aku. Cemas. Takut. Risau. Semuanya menguasai diri aku sekarang ni. Kelibat Taehyun aku cari dalam lautan manusia ini. Tangan lelaki ini aku tepis melawan apabila tangannya cuba menyentuh aset aku. Air mata yang hampir keluar aku tahan semahunya.
"Leave or die" suara seseorang membuatkan aku mengeluh lega. Taehyun. Tepat masanya kau sampai. Pistol yang terselit di belakangnya tadi dia acukan pada belakang badan lelaki ini. Rengusan geram keluar dari mulutnya.
"What if I say no?" katanya. Sinis sahaja pada pendengaran aku. Kedua - dua tangannya yang tadi meraba tubuhku kini memeluk pinggangku sambil tubuhku dipusingkan menghadap Taehyun. Taehyun berdecit geram sebelum trigger pistol itu ditarik.
"Then, die" ujarnya. Namun seorang lelaki yang agak tinggi datang meleraikan pergaduhan Taehyun dan lelaki itu dimana akan berlaku pertumpahan darah jika tidak dielakkan.
"Wo wo wo, relax guys. Taehyun, keep your gun and Jackson, go to your place. Please" lelaki bernama Jackson itu merengus geram lalu pelukan di tubuhku dilepaskan sebelum dia beredar. Kepalaku toleh memandang Taehyun dan lelaki asing di hadapan aku ni.
"Si cantik, saya tak rasa awak cukup umur untuk masuk dalam ni. So, you may leave now before..."
"She's Snake's Eyes's girl" kata Taehyun serta mematikan kata - kata lelaki itu.
"Oh I see. By the way, my name is Namjoon. Club ni milik aku" lelaki bernama Namjoon itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis.
"Ok. Jom ke office aku"
🍃
Ryujin meletakkan beg berisi dadah itu di hadapan Namjoon dengan zip beg itu dibuka. Senyuman puas Namjoon ukir di wajahnya tanda dia berpuas hati dengan stok dadah yang sampai.
"Good. Boss kau tak pernah mengecewakan aku. Barang sampai sama macam yang aku pesan. So, seperti yang dijanjikan, 60K won" beberapa duit yang tebal seperti batu bata itu dikeluarkan dari laci mejanya lalu diletakkan di atas mejanya.
Taehyun menyenggol lengan Ryujin menyuruh gadis itu ambil duit - duit itu. Ryujin akur lalu mengambil duit itu dan dimasukkan ke dalam beg.
Bunyi pintu dibuka mengalihkan perhatian mereka bertiga. Dilihat seorang perempuan cantik berpakaian seksi berjalan menuju ke arah mereka. Perempuan itu berdiri sebelah Namjoon lalu membisikkan sesuatu padanya. Namjoon menganggukkan kepalanya mendengar bisikan gadis itu sebelum perempuan itu keluar dari office itu.
"Kalau dah tak ada apa - apa, kami pergi dulu"
Pendek je😓
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...