"Argh sakitlah" adu Ryujin apabila Taehyun menolak kasar tubuhnya ke dalam sebuah bilik. Tangannya mengusap sikunya yang berdarah kesan daripada seretan lantai simen di bilik itu.
"Kau duduk dalam bilik ni dan jangan cuba untuk larikan diri. Ingat, kau belum kenal sapa Yoongi dan jangan buat dia marah. Kau ikut arahan dia. Ingat tu"pesan Taehyun sebelum berlalu keluar dari bilik itu dan dikunci pintu itu dari luar.
Ryujin memerhatikan keadaan sekeliling bilik kurungannya. Gelap. Hanya cahaya bulan yang menerangi bilik itu. Kakinya dirapatkan ke dada dan menghamburkan tangisannya. Perasaan sedih, takut, marah dan kecewa bersarang di hatinya tika itu. Sungguh dia tidak kuat untuk menempuh dugaan ini.
"Om...ma, to...to...long Ryu. Ryu takut. Hiks hik hiks. Ryu nak balik. Appa jahat. Kenapa buat Ryu macam ni. I hate you appa. Hiks hik hiks"
****
Mata sepetnya tidak beralih arah dari memerhatikan kelakuan Ryujin melalui rakaman CCTV yang dipasang dalam bilik itu. Bagi Yoongi, tangisan gadis itu merupakan aluanan musik yang indah didengari. Perhatian terhadap Ryujin mati apabia suara sahabatnya menerpa ke gegendang telinganya. Kacau je mamat ni. Rungut hati kecilnya.
"Usya anak dara orang nampak" usik Jimin. Yoongi tidak melayan malah terus menumpukan perhatian pada mangsa barunya.
"Kau nak buat apa dengan budak ni. Kalau kau cakap nak jadiikan dia sex slave kau, tunggu la dia matang sikit. Budak tu baru 16 tahun" kata Jimin sambil tangannya menuangkan Tequila ke dalam gelas kecilnya.
"Kau ni cakap pakai otak la bro. Apa kau ingat aku ni dah ketagih sangat sampai budak sekolah pun aku nak rasa. Tolonglah" balas Yoongi. Jimin ketawa kecil mendengar balasan sahabatnya itu.
"Then, kau nak buat apa dengan dia?" soalan yang sama Jimin lontarkan pada Yoongi. Yoongi mengukirkan senyuman yang sukar Jimin tafsirkan.
"Orang tengah business kita"
Pft
Tersembur tequila yang diminum Jimin apabila mendengar jawapan tidak masuk akal rakannyanya.
"Means, drugs mules?" menganga Jimin dibuatnya apabila Yoongi menganggukkan kepalanya tanpa memikirkn apa akibatnya. Rambutnya diraup kasar. Apa bengap sangat rakannya seorang ni jadikan budak belasan tahun sebagai keldai dadah.
"Yoongi, otak kau jatuh mana"
"Kat sini" kata Yoongi sambil menunjukkan bekas membuang rokok. Jimin menggelengkan kepalanya.
****
Yuna memainkan pen Faber Castelnya ke rambut Chaeryoung. Manakala Chaeryoung membiarkan sambil matanya memerhatikan tempat duduk Ryujin. Yeji dan Lia pula termenung ke luar tingkap. Kini sudah sebulan rakan baik mereka yang seorang itu tidak datang ke sekolah. Apabila call dan text, tidak berjawab. Jenguk ke rumah, dihalau dengan puan Song. Runsing memikirkan keberadaan rakan mereka yang seorang itu. Lia melepaskan keluhan. Sesungguhnya, mereka rindu pada Ryujin.
"Korang, kita nak cari kat mana Ryujin ni. Dah sebulan dia tak datang sekolah. Next week dah exam. Aku risau la kalau ada apa – apa terjadi kat dia" luah Lia.
"Entah la wei. Call text tak berjawab. Haritu kita gi rumah dia pun, omma dia halau kita" kata Yeji.
"Ke dia pregnant sebab tu dia hilangkan diri" kata Yuna.
Pak
"Bodo"
"Bangang"
"Auch sakitla" Yuna menggosok lengannya yang dipukul dengan kotak pensil milik Chaeryoung. Sudahla dipukul, dicarut pula tu.
"Padan muka. Lain kali nak bercakap, pakai kepala otak bukan kepala lutut" marah Lia.
"Ala aku cakap je. Lagipun dia tak pernah macam ni. Nak kata ada masalah family pun, tak ad..." kata – kata Yuna mati apabila Mrs. Wendy masuk.
"Baiklah class, hari ni saya akan bagi keputusan ujian bahasa inggeris semalam. Majoriti semua lulus atas pagar je kecuali Lia. Tahniah,kamu dapat merkah paling tinggi, 72. Kalau Ryujin ada, mesti dia yang akan dapat A. btw, ITZY, kamu tak tahu ke mana Ryujin pergi? Soal Mrs. Wendy kepada mereka berempat. Mereka menggelengkan kepala.
"Nevermind. Kita teruskan pembelajaran kita hari ni"
****
Susu kotak ditanganya diminum hingga habis. Rambutnya yang dulu disikat kemas dibiarkan serabai. Tali leher uniform sekolahnya entah kemana dia campak. Button on telefonnya ditekan dan terpapar gambar Ryujin yang sedang menangis sebagai wallpaper lock screen nya. Dia masih ingat tentang gambar itu. Dimana Ryujin menangis kerana dimarahi ommanya, puan Song kerana markah ujian Matematiknya yang menurun.
"Mana kau sayang. Dah lama kau tak datang sekolah. Kau dah makan ke belum. Sihat ke tak. Haish" rambutnya yang sedia serabai bertambah serabai apabila dia menyerabaikan rambutnya. Bangku yang tersedia di rooftop dituju lalu merebahkan tubuhnya. Rindu. Itulah perkataan yang sesuai setakat ni. Rindu pada si dia, Shin Ryujin. Gadis yang sudah hampir setahun bertahkta dihatinya.
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomansaPada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...