Beomgyu masuk ke dalam wad dimana Huening Kai berada. Di tangannya terdapat satu plastik anggur hijau kesukaan lelaki itu. Diletakkan plastik itu di atas kabinet coklat di tepi katil lalu melabuhkan punggung di sisi katil.
Nyenyak Huening Kai tidur. Siap berdengkur kecil lagi dia.
Sudah empat hari Huening Kai ditahan di hospital dan lelaki itu sedar dari pembedahannya petang kelmarin.
Pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan kerana peluru hampir mengenai saraf tunjangnya. Dan nasib Huening Kai baik kerana dia terselamat dari maut apabila Yeounjun, rakan sekerjanya cepat membawanya ke hospital.
Minggu depan dia sudah boleh keluar.
KLEK
Bunyi pintu terbuka menarik perhatian Beomgyu lalu ditolehkan kepala melihat gerangan itu.
Taehyun.
"Hai bro" ucap Beomgyu lalu mereka berjabat tangan sebelum memeluk antara satu sama lain.
"So, macam mana sesi penyelamatan Ryujin? Ok?" soal Beomgyu apabila lelaki itu menyatakan yang dia dan Yoongi akan pergi mencari serta menyelamatkan Ryujin.
"ok. Ryujin dah selamat dan dia dirawat di rumah. Jackson pun dah jadi abu. Yoongi upah doktor rawat Ryujin sampai dia sembuh" balas Taehyun.
"Abu? Kau bakar dia ke apa sampai dia jadi abu"
Taehyun tergelak dengan keliru Beomgyu.
"Bukan bakar tapi bom"
Melopong mulut Beomgyu mendengarnya.
"Tutup mulut tu bang. Lalat masuk, nanti tak pasal - pasal forever alone" kata Taehyun sambil menutup mulut Beomgyu.
"Kau series la wei" ujar Beomgyu tak percaya.
"Hish kau ni orang dah mati. Tak payah la cakap pasal dia lagi. Ni Huening Kai ni, macam mana? OK?"
"Macam kau tengok. Tidur nyenyak siap berdengkur tu" Kata Beomgyu.
Tubuh Huening Kai yang lena diulit mimpi mereka pandang. Keadaan sepi sehinggala suara Huening Kai kedengaran seakan mahu sedar dari lena.
"Tae Tae Hyun, Gyu. Bila korang sampai?" soal Huening Kai sambil mengosok matanya.
"Baru jugakla. Macam mana, best kena tembak?" soal Taehyun bersahaja dan itu mengundang tawa Beomgyu. Manakala Huening Kai menjelingnya.
"Banyak la kau punya best. Kalau lambat, korang datang majlis pengebumian aku la"
"Kalau kau mati, kau tak dapat Ryujin la"
"Ryujin? Macam mana dia? Dia ok tak? Ada cedera kat mana - mana ke?" soal Huening Kai cemas. Cemas apabila teringatkan gadis itu lagi - lagi kejadian beberapa hari lepas berlayar di fikirannya. Dimana Ryujin ditembak di hadapan bangunan guaman tempat dia bekerja.
"Dia ok. Yoongi upah doktor untuk rawat dia sampai sembuh" kata Taehyun. Huening Kai mengeluh lega. Lega dengan keadaan gadis itu.
"Tapi-
Taehyun menggantung ayatnya sebentar. Huening Kai memandang curiga pada Taehyun. Seperti ada sesuatu yang tidak enak yang bakal Taehyun katakan padanya.
"Tapi apa, Tae?" soal Beomgyu. Dia juga curiga dengan Taehyun.
"Takda apalah" kata Taehyun sambil tersenyum nipis sekadar menyedapkan hatinya serta Huening Kai dan Beomgyu.
Tapi, itu tidak mampu menghapuskan rasa curiga Huening Kai terhadap dirinya.
"Tae, please. Cakap" desak Huening Kai dan Taehyun masih berdiam. Tidak mahu memberi tahu akan isi hatinya pada Huening Kai ataupun Beomgyu.
"Kang Taehyun-
"Yoongi nak bawa Ryujin pergi London minggu depan. Lagipun dia taknak kau dekat dengan Ryujin. Sebab dia tahu, kau akan rampas Ryujin dari dia" kata Taehyun senafas. Akhirnya terluah juga. Tapi bukan itu saja yang ingin Taehyun katakan, ada lagi. Tapi, dia tidak tahu samada patut atau tidak dia beritahu. Kerana hanya dia dan Ryujin yang tahu tentang ini.
Huening Kai terdiam mendengar kata - kata Taehyun. Lama dia diam.
"Taehyun, tolong aku buat kali terakhir. Aku sayang Ryujin. Aku cintakan dia"
Huhuhu saya publish sbb ada sikit idea. Btw, saya tak sabar nak habiskan buku ni😁😁😁
Btw, saya ada hadiah utk korang
Bakal menyusul selepas ff ni tamat. Maybe sinopsis dia akan ditukar. K, tu je, enjoy😊
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...