26

176 17 3
                                    

Aku pergi untuk sementara waktu. Jaga diri. Jaga hati. Jangan bagi lelaki lain masuk dalam hati kau. Paling penting, tunggu aku.

Mesej dari Jimin, Mia baca. Itu lah pesanan terakhir lelaki itu sebelum dia menghilang. Jika dihitung, sudah lima bulan lelaki itu hilang tanpa khabar.

Tiada angin, tiada ribut, tiba - tiba sahaja lelaki itu hilang dari radar. Entah hidup atau mati, dia sendiri tidak pasti.

Berkali - kali nombor lelaki itu didail tapi tetap sama. Nombornya tiada dalam servis. Mia buntu, bagaimana lagi dia mahu mencari lelaki itu.

Ruang tamu di depannya, Mia pandang.

Seakan televisyen, memorinya bersama Jimin bermain di fikirannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seakan televisyen, memorinya bersama Jimin bermain di fikirannya.

Di sofa itu lah, mereka sentiasa menghabiskan masa bersama. Pelukan hangat Jimin masih terasa di badannya. Kata - kata manis lelaki itu bak gula. Dia akui, walaupun Jimin mempunyai pekerjaan yang bahaya, tapi dia sikit pun tidak takut dengan Jimin malah cinta lagi pada lelaki itu.

''Sakitnya'' adu Jimin sambil memejam rapat matanya. Wajahnya juga berkerut menahan sakit.

"Sakit? Sakit kat mana? Macam mana boleh sakit" soal Mia polos. Hatinya lembut. Mudah kasihankan orang lain.

"Kat sini" Jimin menunjukkan kawasan dadanya dimana hati berada.

"Sakit sangat ke?"

"Sakit la sebab kau jeling aku tadi" usai berkata, meletus tawa Jimin. Tanpa amaran, badan Jimin yang terdedah, Mia cubit kuat sehingga lelaki itu meraung kesakitan. Galak tangan itu mencubit badan Jimin.

Setelah berpuas hati, bantal berbentuk petak, Mia ambil mahu ditekupkan pada wajah Jimin.

Jimin yang seakan tahu dengan niat Mia, merampas bantal itu sebelum menolak Mia sehingga Mia terbaring membuatkannya dia berada di atas Mia.

"Kau dah cubit aku, lepastu nak bunuh aku pula. Tak sayang aku ke hm?" rambut coklat Mia diusap sebelum diselitkan di belakang telinga.

Mia menelan liur gugup. Ini kali pertama, dia mengalami situasi begini dimana Jimin menindihnya.

"A awak tu yang mem mu mula dulu. Awak sakitkan hati saya" ujar Mia gugup. Dengan tahap keberanian sebesar seekor semut, mata sepet Jimin dia pandang. Sekejap sahaja kemudian dikalihkan memandang tempat lain. Tak boleh pandang lama - lama. Nanti dah jatuh hati susah. Eh bukan ke dah jatuh hati ke? Hem entah.

"Kau jealous?" soal Jimin.

"Hah?" terpinga - pinga Mia dibuatnya.

"Kau jealous?" Jimin menyoal lagi. Kali ini suaranya lembut. Macam mana lah seorang Jung Mia tidak jatuh hati pada anak Park ini. Bicaranya lembut walaupun pekerjaannya tidak kerana dia mengedar dadah bersama Yoongi. Mia tahu itu. Sudah jatuh hati, nak buat macam mana.

"Mestila. Awak cakap awak sayang saya, cinta la, apa la, alih - alih nak kahwin dengan perempuan lain. Macam mana saya tak marah. Awak bagi saya fake hope" kata Mia tak puas hati. Jimin tergelak dengar pengakuan Mia.

"Tak sayang. Aku tak curang pun. Aku mengaku, kau bukan yang pertama, tapi kau yang pertama buat aku jatuh cinta. Jatuh sayang pada Jung Mia yang pernah cuba untuk curi dompet aku dulu" tanpa amaran, bibir Mia dicium lembut.

Perlahan - lahan air matanya mengalir. Lafaz cinta yang diungkapkan oleh Jimin padanya, masih kedengaran di telinganya. Semakin hari, cintanya buat Jimin semakin mekar meskipun lelaki itu tiada disisinya hingga ke hari ini. Dia rindukan lelaki itu. Dia rindukan pelukan hangat Jimin. Dan dia rindukan lafaz cinta yang Jimin ungkapkan buat dirinya. Dia rindu segala - galanya tentang lelaki itu.

Bila dilihat sekeliling condominium ini, bertambah rindunya buat Jimin. Susah kalau  dah jatuh sayang ni. Cinta apatah lagi.

Mia juga teringat kata - kata terakhir Jimin apabila panggilannya dijawab oleh Jimin setelah tiga hari berturut - turut menghubungi lelaki itu.

"Jagakan Ryujin untuk Yoongi. Bila masa yang sesuai, aku akan balik pada kau. Tunggu aku"

Hanya tiga ayat itu yang Jimin ungkapkan padanya tanpa sempat dia membalas. Talian Jimin matikan. Setelah itu, dia gagal untuk menghubungi lelaki itu apabila nombor Jimin tiada dalam servis.

Dan bercakap pasal Ryujin, minggu ini dia tidak melawat lagi bakal ibu muda itu. Dikira, Ryujin masih ada 4 bulan sebelum melahirkan anak dalam kandungannya. Dan pasti itu adalah anak Yoongi.

Air mata dilap kemudian dia bangun untuk melawat Ryujin di penjara.



Haiiii...

Saya tak sabar nak habiskan buku ni. Lagi 2 chapter habis la hehehehe.

Thanks a lot pada yang sudi baca, vote and komen❤️❤️❤️






INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now