Taehyun masuk ke dalam pejabat Yoongi sebaik sahaja menerima panggilan dari lelaki itu pada pukul 2 pagi. Dan sekarang jam menunjukkan pukul 2:40 pagi. Gila. Sudahla pukul 1 pagi baru dia mahu tidur.
Tiba - tiba lelaki dingin itu menelefonnya suruh datang ke rumah. Mujur sahaja rumahnya dekat dengan kawasan kediaman Yoongi.
'mesti sel - sel otak dia dah tak berfungsi. Tak pun neuron dia dah mati' desis hati kecilnya.
Yoongi yang sedang duduk di atas sofa didekati sebelum duduk berhadapan lelaki itu.
"Ada apa tuan panggil saya ke sini"
Tanpa menjawab soalan Taehyun, Yoongi mengambil sampul surat di sebelahnya lalu diserahkan pada Taehyun.
Tanpa banyak bunyi, Taehyun mengambil dan dibuka sampul itu. Ada sekeping gambar. Seorang lelaki dan wajah lelaki itu membuatkan dia terkeju
'Huening Kai? Macam mana gambar kau boleh ada pada Yoongi? Takkan la kau ada kacau Yoongi?'
"Kau kenal dia?" soal Yoongi apabila melihat raut wajah Taehyun seakan - akan mengenali lelaki dalam gambar itu.
"Eh tak. Cuma macam pernah nampak" tipu Taehyun. Dia tidak akan sesekali memberitahu tentang Huening Kai atau rakan - rakannya. Cukup lah hanya abangnya Kang Daniel yang mati di bunuh oleh Yoongi beberapa tahun lepas. Dia tidak mahu lagi hadiri majlis pengebumian.
"Aku nak kau siasat pasal dia. Aku syak dia ada kena mengena dengan Ryujin. Aku bagi kau masa dua hari. Hari Selasa sebelum pukul 10 dah ada atas meja aku"
"Ok. Kalau dah takda apa - apa, saya balik dulu"
Anggukkan yang diterima dari Yoongi membuatkan dia cepat - cepat bangun dan beredar keluar dari pejabat serta rumah mewah itu.
🍃
Jam sudah hampir ke angka 5 pagi namun Taehyun masih tidak melelapkan matanya. Gambar Huening Kai ditatap. Sejak pulang dari kediaman Yoongi sehingga sekarang, pelbagai persoalan bermain di kepalanya.
'Apa yang Huening Kai buat pada Yoongi?'
'Siapa Huening Kai pada Ryujin?'
'Huening Kai ada hubungan kah dengan Ryujin sebelum ini?'
'Kenapa Yoongi mahu dia siasat tentang Huening Kai?'
Rambutnya diserabutkan. Mahu atau tidak, dia harus dapatkan maklumat tentang Huening Kai. Jika tidak, nyawanya yang akan melayang.
🍃
Huening Kai dan Beomgyu duduk di balkoni menikmati angin pagi setelah pulang dari jogging.
Hoodie merahnya Huening Kai tanggalkan dari tubuhnya dan membiarkan baju putih tanpa lengan di tubuhnya.
"So, nak sambung cerita pasal Ryujin?" soal Beomgyu sambil menghirup latte panasnya.
"Nak sambung apa lagi bro? Aku dah cakap yang aku akan dapatkan dia balik. No matter what happens, she's still mine"
Huening Kai sedikit pon dia tidak peduli tentang Yoongi walaupun dia sudah tahu siapa Yoongi sebenarnya. Seorang ketua kongsi gelap dan mengedar dadah.
"Tapi, kau ada cakap yang Ryujin dah tak virgin. So, kau still boleh terima dia?" ayatnya Beomgyu tutur dengan berhati - hati. Risau salah cakap, naya dia.
Huening Kai menarik senyuman sinis mendengar soalan Beomgyu.
"Aku dah cakap, tak kira dia virgin or not, she's still mine. Kalau nak cakap pasal virgin, bukan setakat kena tebuk, sometimes jatuh pon boleh buat seorang perempuan tu pecah virgin dia. So to me, aku tak kisah semua tu. Yang aku kisah, hati dia. Aku percaya ni bukan kemahuan dia sebab aku boleh rasa yang dia terseksa duduk dengan Yoongi. Aku nak bawa dia keluar dari tempat Yoongi dan bawa dia hidup dengan aku" panjang lebar lelaki kacukan itu menerangkan pada sahabatnya. Kerana dia seorang lelaki yang tidak suka speak without action.
Ding Dong
"Jap aku tengok sapa datang" ujar Beomgyu lalu bangun untuk melihat siapa yang datang.
Setelah kunci dibuka, pintu pula dibuka.
"Tae Taehyun?"
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...