"Dia sampai!"
"Ha?Dah sampai?Cepat,cepat,cepat!"
Suasana di Menara Kuasa yang tadinya aman damai bagaikan di tepi pantai berubah tiga ratus peratus sebaik sahaja anak kedua Tan Sri Yazid melangkah masuk ke dalam bangunan.Pekerja-pekerja yang tadinya ligat berbual kosong,bersantai mahupun membaca surat khabar semuanya lintang-pukang lari menyelamatkan diri.
"Ruthless bitch dah sampai!!"
Pengumuman daripada seorang pekerja mengundang pelbagai reaksi pelik bin ajaib dalam kalangan pekerja.Namun begitu,suasana tiba-tiba bertukar menjadi sunyi sepi.
"Gulp"
Masing-masing menelan air liur.Seram.
Zara Harnina Yazmin melangkah masuk dengan penuh keyakinan yang tinggi.Muka dihalakan ke hadapan.Posture badan dipastikan tidak bongkok sedikit pun untuk melangkah ke hadapan.Tatkala melangkah ke dalam lif,semua mata tertacap ke arahnya.Namun,langsung tidak dipedulikan Zara.Dia cukup kental dan sudah terbiasa dengan situasi sebegini.
Confident Zara!,bisik hati kecilnya.Ayat yang hampir setiapa hari dibisikkan kata hati kepada tuan badan yang boleh dikatanya kecil dengan ketinggian 156cm.
Ting!
Bunyi lif menandakan lif sudah berhenti di tingkat 13 yang menempatkan bilik Zara sebagai ketua pegawai eksekutif Kuasa Arkitek Sdn.Bhd.Tiada siapa yang berani melangkah sebelum Zara selagi Zara tak melangkah keluar dahulu.Siapa berani cari pasal dengan ruthless bitch yang anginya tak boleh diduga ni?Mahunya selamat tinggal dunia sebab kena serangan jantung akibat tikaman mata yang tajam dan sindiran pedas yang keluar daripada mulutnya
"Selamat pagi boss!"
"Morning boss!"
"Morning Cik Yazmin."
Berjuta taburan selamat pagi diterima oleh Zara sepanjang dia melangkah ke biliknya.Dia hanya membalas dengan hanya diam dan tunduk sikit.Tiada ura-ura untuk dia menjawab kesemua ucapan tersebut.Itu bukan dirinya.Bukan dia tak tahu dirinya yang dilabel sebagai ruthless bitch oleh sesiapa sahaja yang mengenali dirinya dalam arena korporat yang penuh dengan sepak terajang ini.Cara dia bekerja yang sememangnya kejam dan tiada perasaan tiada siapa yang mampu menghalang bahkan keluarga sendiri sekalipun.Itulah caranya.Itulah cara Zara Harnina Yazmin.Dia bagaikan robot mesin bekerja yang bekerja hampir 12 jam sehari.Hidupnya hanya untuk kerja,kerja dan kerja.
Kaki dihayun melangkah ke kanan sudut pejabat yang agak tersorok.Di situ terletak bilik gah yang menempatkan tempat bekerjanya.Sudah 5 tahun dia memegang tompok kepimpinan Kuasa Arkitek Sdn Bhd iaitu semenjak Tan Sri Yazid memutuskan untuk berehat atas sebab masalah kesihatan yang kurang memuaskan.
Abangnya,Zahrul Azim yang sepatutnya berada ditempatnya menerajui syarikat hilang tanpa khabar berita sejak perlahwinannya bersama pilihan hati mendapat tentangan hebat dari Tan Sri dan Puan Sri.Kakaknya,Zarin Harlina Yusra kurang berminat dalam bisnes keluarga dan memilih untuk membuka butik perkahwinan sendiri.Adiknya,Zahrul Fikri masih belajar di tahun akhir di Amerika Syarikat dalam bidang perniagaan.Oleh itu,sementara menunggu adiknya membantu,nampaknya Zara terpaksa mengerah keringat sendiri untuk memastikan syarikat milik keluarga ini tetap berdiri teguh.
Zara duduk termangu seketika apabila melabuhkan punggung di atas kerusi empuk yang menjadi tempatnya bekerja hampir 12 jam sehari.Inilah kehidupannya sejak beberapa tahun dulu.Mengenang nasib diri sendiri yang terpaksa memegang tanggungjawab yang berat sejak 5 tahun lepas.Penat letIhnya hanya dia sendiri yang tahu,hanya dia sendiri yang tanggung.Dia tiada teman rapat di zaman pekerjaaan ini untuk dia meluahkan perasaan.Dia keseorangan dalam dunianya yang penuh onak dan duri ini.Dia kesunyiaan.
Ketukan pintu mengejutkan Zara dari lamunannya.Kak Risya masuk dengan penuh tertib.Kak Risya merupakan setiausaha Zara yang sudah lama bekerja dengannya.Antara pekerja yang Zara amat percayai,Kak Risya sememangnya mampu menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan dengan sangat memuaskan hati walaupun berumur mencecah 35 tahun"
"Cik Yazmin.Selamat pagi.Hari ni seperti yang diarahkan semua appointment Cik Yazmin dah ditunda ke hari lain kecuali meeting dengan Raz Holding pada pukul 11 pagi nanti,"Zara mendengar update dari Kak Risya sambil mengemas sedikit meja kerjanya yang penuh dengan fail-fail yang perlu disemak dan ditanda-tangani.Zara mengangguk faham.
"Ok.Kak Risya,nanti keluar panggilkan Daniel jumpa saya.Urgent.Now,"arah Zara dalam satu nada.
"Baik Cik Yazmin"
Memang semua pekerja dan rakan serta musuh mengenalinya sebagai Yazmin.Zara jarang menggunakan nama depan dan nama tengahnya.Baginya Yazmin ringkas dan senang diingati.Malah keluarga juga memanggil dirinya dengan gelaran yang sama.Senang,tak pening kepala.
Tidak sampai 5 minit,Daniel pengurus projek sudah berdiri terpacak di depan Zara dengan muka pucatnya.Air liur yang sememangnya terasa seperti pasir dan muka Zara yang direnung bagaikan merenung singa kelaparan.Daniel yang bagaikan tikus kecil bersedia untuk dibaham.
"This is absurd!Ridiculous!"Serentak dengan ngauman dari Zara,fail dicampakkan keatas meja di hadapan Daniel.Tersentak Daniel mendengar nada tinggi daripada Zara yang sememangnya terkenal dengan sifat pemarahnya.
"A..ap..apa..eh ke..kenapa ni Cik Yazmin?Apa sa..salah saya?,"soal Daniel tergagap gagap kerana ketakutan.
"Apa salah you?You berani tanya I?You buka fail tu sekarang.Now i said!"
Terus Daniel mencapai fail di atas meja dengan tangan terketar-ketar apabila suara Zara naik satu iktikaf.Terus matanya melilau ke arah laporan projek tender baru yang baru sahaja diserahkan kepada kepada Zara semalam.
"Apa yang salah?"tanya Zara.
Daniel diam.
"Apa yang salah?Jawablah saya tanya!"
Daniel tersentak lagi.
"Saya rasa ok je lap..."
Berdesing telinga Zara mendengar kata-kata Daniel "Ok?You buta ke apa ni?Ke you rabun sampai dah tak reti bezakan tulisan-tulisan yang ada dalam fail tu.Eh silap,bukan dalam fail,baca yang title laporan you tu je..Atau lagi parah lagi,you ni pekak?Apa I cakap dengan you seminggu lepas Dani?I nak laporan Projek HataSama.H.A.T.A.S.A.M.A bukan Seribayu!!You ni reti membaca ke tak ni?"
Bernanah telinga Daniel mendengar ayat-ayat panas yang keluar dari mulut Zara.Aduh,aku pun satu!Macam mana boleh silap dengar ni?Telinga aku ni memang da sebulan tak berkorek.Takkan pekak sampai macam ni.Kena tukar telinga gajah ni,monolog Daniel sendirian.
Zara menghela nafas berat.Seboleh bolehnya dia tidak mahu merosakkan paginya dengan marah-marah begini.Bukan dia tidak tahu yang sering marah boleh mendedahkan kita kepda stress dan seterusnya senang mendapat penyakit darah tinggi.Namun begitu,kalau dah pekerja macam Daniel ni tak reti nak buat kerja macam ni,jangankan Daniel.Atuk Daniel pun boleh kena pelangkung kalau macam ni.
"Saya minta maaf Cik Yazmin"Daniel tertunduk mengakui kesilapan diri sendiri.Memang salah dirinya yang cuai dan tidak fokus dengan arahan yang diberikan.
Zara menarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan angin kus-kus nya yang datang diundang oleh Daniellah,siapa lagi!
"Redo this report.Make sure this time,you tak silap!Kalau tak,I pecat you terus.You tahu I tak suka kompromi benda-benda bodoh macam ni dan you tahu sekali I cakap memang I buat.Ok,you boleh keluar,"
Walaupun ayat Zara kedengaran kasar tapi Daniel tahu kesabaran Zara Harnina Yazmin tidak boleh dicabar.Kalau tidak,mana datang gelaran ruthless bitch yang secara rasmi dipegang olehnya.Mana tidaknya,kalau luar pejabat pun Zara terkenal dengan sikapnya yang tiada belas kesian dalam bekerja,inikan pula dalam pejabat yang memang semuanya sudah masak dengan perangai Zara.
Selesai mesyuarat pada pukul 12.30 tengahari,Zara terus melangkah keluar daripada pejabat.Hari ini dia half day sahaja.Hal ini kerana hari ini dia bakal berpindah ke kediaman baru yang dibeli seminggu lepas.Sebuah apartment mewah yang ternyata lebih dekat dengan Menara Kuasa dan memudahkannya untuk ke pejabat.Namun yang lebih penting,dia hidup jauh dari keluarganya yang selalu menyerabutkan kepala otaknya.Mamanya yang tak serupa mama orang lain.Hanya mementingkan harta benda dan bapanya yang hanya mementingkan perjalanan syarikat berbanding dirinya.Abangnya yang hilang entah ke mana,adiknya yang jauh belajar di negara orang dan kakaknya yang sentiasa sibuk menguruskan butik sendiri hingga tiada masa untuk insan yang bernama adik.
Sungguh Zara lelah dengan hidupnya.Namun,dia terima ini nasibnya.Bagaikan yatim piatu sebelum tiba masanya.Zara melangkah laju keluar dari Menara Kuasa sambil tangannya ligat menekan punat handphonenya menghubungi seseorang.
"Pak Lah,Min ni.Tak perlu ambil Min hari ni.Min drive sendiri ya,"ujar Yazmin kepada pemandu keluarganya,Pak Dollah yang telah berkhidmat hampir 15 tahun dengan keluarganya.
Setelah memberikan arahan,Yazmin mengeluarkan kunci kereta dan langkahnya terhenti seketika.Satu keluhan kecil terkeluar jua dari bibirnya.Di pejabat,memang dialah manusia berhati kejam.Tapi di luar,dia juga manusia biasa.Bukan selamanya dia menunjukkan muka tegang sentiasa.Dia juga manusia biasa punya hati dan perasaan.Semuanya disembunyikam daripada mata dunia.Semua itu ditolak ke tepi untuk melindungi sekeping hati daripada terluka.
***
Ting!
Zara tiba di tingkat 7 yang dituju.Dia keluar daripada lif sambil menarik sebuah bagasi besar mengandungi pakaian-pakaian yang ingin dibawa masuk ke rumah baru.Hish,tinggi betullah apartment ni,bebel Zara di dalam hati sambil mengenang beberapa buah kotak yang masih tersimpan kemas dalam kereta Bmw 5 seriesnya berwarna putih.Semua itu harus diangkat sendirian ke dalam rumah barunya.Bukan ada balaci nak tolong angkat betul tak?
Apartment Paysage yang mempunyai bentuk bangunan yang menarik serta penghuni yang tidak terlalu ramai dan privacy lebih untuk penduduk serta menjanjikan pemandangan yang indah berlatar belakangkan keindahan padang golf yang serba hijau dan kolam tasik buatan manusia ternyata memikat hati Zara untuk terus sahaja membeli apartment di sini apabila pertama kali datang ke sini dua bulan lepas.Yang penting tempat ini damai dan jauh dari kesibukan ibu kota yang ternyata menyakitkan kepala yang sememangnya dah sakit sebab kerja pejabat yang berlambak tersebut.
"Pasword?Oh ya,owner kata 1234.Nanti aku tukarlah eh,"bebel Zara seorang diri sambil memasukkan kata laluan sebelum masuk ke dalam rumahnya.Sempat die menoleh sekeliling.Dalam aras ini,ada 4 unit rumah sahaja.Dua di sebelah kiri dan dua di sebelah kanan.Dia mengambil unit di sebelah kiri,hujung sekali bersebelahan dengan unit yang entah milik sesiapa.
Bunyi pintu menandakan kata lauan yang dimasukkan betul dan pintu terbuka.Canggih memang canggih pada pendapat Zara tapi kalau lupa password,matilah kalau nak masuk rumah sendiri pun tak lepas.Mata Zara terpaku pada keindahan ruang tamunya yang diberi sentuhan istimewa oleh interior designer yang agak kreatif.Berhabis duit jugalah Zara untuk mencantikkan rumahnya mengikut citarasanya.Namun,melihat konsep moden kontemporari sesuai dengan jiwa anak dara sepertinya membuatkan dia sangat berpuas hati.
Rumah ini tidaklah seluas banglo milik Tan Sri Yazid namun cukuplah untuk dirinya seorang.Dilengkapi 3 blik tidur dan 2 bilik air serta ruang makan dan ruang tamun yang senderhana besar sudah cukup buat Zara.Asalkan aku selesa,bisik hati kecilnya.Bilik utama yang menjadi bilik tidurnya dihiasi dengan warna kelabu merah jambu yang menampakkan tema elegan dan keperempuanan dalam masa yang sama.Balkoni punya terdapat di ruang tamu dan di bilik utamanya membolehkan dia mengambil angin apabila dia mempunyai masa lapang.
"Yeeha!!!"terus Zara mencampakkan bagasinya ke tepi dan terus melompat atas sofa putih yang ada.Sungguh dia gembira dapat memilki rumah sendiri.Walaupun kegembiraan yang ada hanya seketika cuma untuk dirinya tapi ini sudah memadai.Bukan senang untuk dia tersenyum bahagia sebegini.Hehehe..
"Okey Zara,masa untuk angkat lagi khazanah alam kau yang dalam kereta tu"keluh Zara,malas.Dia bangun,melangkah malas.Tiba di hadapan lif,dia menunggu lif tiba di tingkatnya.Sebaik sahaja pintu lif terbuka,seorang lelaki keluar dengan tergesa gesa tanpa perasan akan kewujudan Zara di tepi lif.Lantas,berlakulah insiden langgar-melanggar yang ala-ala sweet dalam cerita drama melayu ke korea ke.Mana tahu mata bertembung mata boleh jatuh ke hati lalu cinta berputik.Ala-ala hindustan pun ada.
Tapi,malangnya..
"Hoi,buta ke???Mata letak mana?,"sergah Zara sambil menggosok bahu kanannya yang sakit dirempuh tubuh jejaka tersebut.Lelaki tersebut yang sedang rancak berbual di telefon,menoleh ke arah Zara.
"One second,baby,"sempat lelaki itu berbisik dalam telefon namun masih didengari oleh Zara.
"Hei,kau,kau yang buta.Tak nampak mata aku letak elok-elok kat muka aku ni.Stupid!," marah lelaki itu.
Tersentak Zara apabila disergah begitu.Terus terdiam dia.Lelaki itu sempat menghadiahkan senyuman sinis sebelum berlalu pergi.Tercengang Zara dibuatnya.
"What the fish?,"Zara terkesima dengan apa yang berlaku.Jarang-jarang sekali dia menerima herdikan sebegitu rupa daripada orang yang tak dikenali.Pandangan kurang percaya terlukis di wajahnya.
Cacat!,getus hati kecilnya sambil memandang ke lif.Aduii,lif tadi dah turun bawah dah.Kena tunggu lagiAish!
Zara menoleh ke belakang,kalau kalau kelibat lelaki itu ada.Semua salah dia!!!!
***
"Perfect!"
Zara tensenyum girang melihat rumahnya yang telah siap dikemas dan disusun atur mengikut cita rasanya.Tak sia-sia dia membanting keringat mengemas rumahnya sebaik sahaja sampai tadi.Nasib baik rumahnya telah siap dikemas dan disapu beberapa hari lepas.Dia telah mengupah orang untuk membantunya.Oleh itu,hari ini dia hanya perlu memindah masuk barang sahaja.
Zara memandang dinding rumahnya yang diwarnakan dengan warna peach lembut yang padan dengan warna lampu lantas memberikan aura eksklusif kepada penghuninya.Zara berasa tenang dalam ruang peribadi milikmya sendiri.Tak ada tan sri mahupun puan sri yang boleh mengganggu ketenteramannya.
Zara tersenyum kecil.Sungguh dia suka tinggal keseorangan.Tiada sesiapa yang perlu difikirkan.Tiada masalah keluarga yang perlu difikirkan.Sungguh dia penat jika banyak masalah yang membebani kepala otaknya.Dia juga perlukan ruang dan masa untuk dirinya sendiri.
Zara berjalan ke arah rak koleksi cd-cd nya yang ada.Walaupun kedengaran ketinggalan zaman namun dia masih lagi pengumpul cd yang setia.Dia tahu banyak lagi cara untuk memperoleh lagu yang digemari.Contohnya memuat turun dari internet.Memang dia juga boleh lakukan perkara yang sama namun membeli dan mengumpul cd terutamanya yang berkaitan dengan artis-artis kegemarannya sungguh dia suka.
"Lets try Selena then"terus cd ditarik keluar dari sarungnya dan diletakkan di tempat pemain cakera.tak sampai seminit,lagu Selena Gomez berkumandang.Zara terus meghayunkan badan dan kakinya mengikut rentak muzik rancak oleh penyanyi yang tidak kurang hebatnya.Mikrofon dari set karoeke yang masih tersadai di atas lantai,tidak berkemas dan tidak dimasukkan ke dalam almari yang ada di ruang tamu.Walaupun tidak disambungkan ke set karoeke dan televisyen,namun Zara seolah-olah telah dirasuk roh Saloma dan melontarkan vokalnya dengan penuh bersemangat.Kalau mic tak on pun dah bersemangat macam ni.Kalau tak on apatah lagi kan.
Zara bagaikan tidak kisah dengan keadaan sekeliling.Dia melompat lompat bagaikan kangaroo,berpusing-pusing bagaikan sedang menari hindustan serta menggoyangkan segala anggota badan hinggakan jika seseorang melihat bagaikan hendak terputus tangan dan kaki Zara akibat terlalu hebat sangat menari.
"I love you like a love song baby..I love you like a love song baby..beeppp..bepp..beepp"
Ding dong..
Ding dong..
Sayup-sayup kedengaran bunyi loceng apartmen mewah Zara berbunyi menandakan ada tetamu yang berada di depan pintu.Namun dek kerana suara Selena Gomez terlalu merdu dan membingitkan suasana,lantas bunyi loceng pintu itu bagaikan di angin lalu sahaja.Zara leka menari dan menyanyi sehinggalah lagu habis.Saat lagu habis,barulah dia perasan akan bunyi pintu rumahnya yang bukan lagi diketuk tapi ditendang hinggakan hampir roboh.
"Siapa?"berkerut dahi Zara memikirkan siapa yang berada di hadapan pintu.Tiada siapa yang tahu lokasi rumah terbarunya.Tan Sri mahupun Puan Sri sendiri tidak tahu menahu pasal lokasi apartmen mewahnya itu.Dia tidak menanti pula kedatangan sesiapa.Nak kata tuan rumah,baru sahaja kita bertemu semalam,bisik hati kecil Zara.
Tiada respon oleh orang di sebalik pintu.Meremang bulu roma Zara.Dah la memang dia penakut hantu.Berseorangan ketika ini membuatkan otak kecilnya memikirkan kemungkinan-kemungkinan pelik yang mungkin berlaku.Zara ragu-ragu untuk melangkah menghampiri pintu.Tapi memikirkan yang tendangan di pintu itu semakin mengganas dan kemungkinan pintunya yang boleh tercabut dan terpaksa tidur dengan pintu ternganga membuatkan Zara membuat keputusan untuk bersua muka dengan sesiapa sahaja yang mendajal dengannnya di hari pertama dia berada di apartmen mewahnya ini.
Tiba sahaja di hadapan pintu utama rumahnya,dia mendekatkan telinga ke pintu kalau-kalau boleh mendapat klu siapa yang berada di sebalik pintu.Namun,sebaik sahaja telinga melekat di pintu,dentuman di pintu makin hebat pula.Eh,tak sabar pula orang ni.Kuat pula tu.Ni manusia ke jin ni.Nak tercabut pintu aku kau kerjakan,bebel Zara di dalam hati.Lubang di pintu rumahnya diintai namun figura manusia tidak pula kelihatan.Zara menelan air liur.Seram pula lah bila tak ada seorang pun manusia yang kelihatan.Zara memegang tombol pintu dan menarik nafas panjang lalu pintu dikuak sedikit menonjolkan muka sedikit.Namun tiada orang yang kelihatan.
Lalu,dia menguakkan pintu dengan lebih luas dan melangkah keluar terus daripada rumahnya.Dia menoleh ke kiri dan ke kanan.Kelihatan seorang lelaki berpakaian seluar pendek paras lutut dan singlet berwarna hitam memandangnya dengan pandangan tajam sambil bercekak pinggang.Kakinya digoyangkan sikit menampakkan sikap tidak sabarnya.Dia baru sahaja ingin bertanya siapa namun apabila memikirkan wajah lelaki itu,dia teringat akan wajah lelaki itu yang dijumpai siang tadi di hadapan lif.Eh lelaki ni tadi.What the heck?
"Yes?"Zara bersuara menggunakan intonasi seperti di pejabat,tegas beserta dengan muka seriusnya.
"No,"terus sahaja lelaki itu menghampiri Zara.Zara terkejut namun otaknya kosong dan tidak sempat berfikir.Refleksnya ketika di pejabat lari entah ke mana dalam situasi yang genting ini.Lelaki itu terus mendekati dan Zara terus mundur ke belakang sedikit demi sedikit.Lama kelamaan belakang badannya menyentuh dinding yang berada dibelakangnya.Zara panik.Tiada tempat untuknya berlari lagi.Dia menelan air liur.Air liur bagaikan pasir apabila menuruni anak tekaknya.Lelaki itu berhenti mendekati apabila wajah mereka tinggal beberapa inci sahaja dari meyentuh wajah Zara.Zara gugup.Kedua-kuda tangan lelaki itu melekat di dinding bersebelahan dengan wajah Zara membutkan Zara lebih gementar.Namun kerana dia Zara Harnina Yazmin,dia harus meletakkan rasa takutnya ke tepi.Dia tidak akan sesekali meletakkan rasa takutnya di hadapan orang lain lebih-lebih lagi lelaki.
"Apa kau nak buat ni?,"soal Zara sambil memandang tepat mata Ameer Reza tanpa berkedip sekalipun menunjukkan dia tidak gentar untuk berlawan pandang dengan lelaki itu.
"Apa aku nak buat?Eh,hello.Aku nak tanya,kau tahu tak sekarang pukul berapa?,"soal lelaki itu sambil berlawan pandang dengan Zara.
"11 malam,"jawab Zara ringkas,pantas dan tepat.
"Ha,tahu pun.Ingat dah tak tahu tengok jam.Habis yang kau terpekik-pekik terlolong dalam apartment ko macam tarzan tu buat apa.Aku nak tidurlah sayang.Kot ya pun nak karoeke,tak boleh tunggu esok siang-siang ke?Malam-malam juga kau nak berkonsert.Eii..nasiblah kau perempuan.Kalau jantan,dah lama aku tumbuk muka kau nilah,"bebel Ameer sambil menunjukkan muka garang.Kalau ikutkan rasa marahnya,ingin sahaja disekeh-sekeh kepala perempuan yang sedang memandangnya dengan mata yang membulat.Dahlah kepala aku tengah pening,penat tahu tak banyak meeting hari ni!
Alamak,aku terpekik-pekik kuat sangat ke,bisik hati kecil Zara.Tapi,aku rasa tak la kuat mana pun.
"Oh,really?Bukan dinding rumah dekat sini semua sound proof ke?,"Zara membalas selamba sambil membuat muka tidak bersalahnya,
"Kepala otak kau!Kau ingat bangunan ni kau ke yang buat nak sound-sound proof bagai..,"
Belum sempat Ameer menghabiskan ayatnya,terus Zara menarik rambut Ameer sekuat hatinya dengan tangan kanannya.Ameer terjerit,perit apabila rambutnya ditarik kasar sebegitu.Dia berundur ke belakang setapak manakala Zara mara ke hadapan.Tangan Ameer yang tadi gah mengepung Zara sudah tergawang gawang di udara menahan kesakitan.
"Sedap?"Zara ketawa kecil sambil melihat reaksi Ameer.
"Sakitlah,bodoh,"Ameer terjerit kecil.
"Ha,ini kepala otak kau yang aku tengah pegang.Sebelum ko sebut-sebut pasal kepala otak aku,kau jaga dulu kepala otak kau.Mana tahu ada mereng sikit,boleh terus pergi pakar sakit jiwa.Kau ni tak belajar sivik ke.Kalau nak tegur orang bair baik-baik,jangan nak melenting macam ni.Kalau kau tegur macam ni,bukannya aku nak minta maaf.Lagi rasa nak bagi penyepak kat muka handsome kau ni adalah,"rambut Ameer ditarik sambil digoyang-goyangkan.Zara puas melihat Ameer menyerigai sakit.Padan muka!Ceh,cakap tak serupa bikin si Zara ni.Habis,masa dia mengamuk marahkan Daniel tu,bukan dia jugak melenting ke?
"Kau ni gila sebenarnya perempuan gila.Aku kalau boleh tak nak main kasar dengan kau.Tapi bila kau buat hal hari pertama kau pindah sini,siapa yang tak naik hantu dengan perangai hantu kau yang memang kalah hantu-hantu dekat luar sana.Aku bagi last warning.Kau better tarik tangan kau.Kalau tak..,"
"Kalau tak apa?,"sergah Zara tanpa sebarang rasa takut.Baginya,sampah-sampah seperti lelaki di hadapannya tak perlu dilayan dan ditakuti.Gertak sikit pasti sudah tunduk.
Tanpa diduga,tiba-tiba,pinggang Zara dipusingkan dan sepantas kilat cengkaman tangan Zara di kepala Ameer terlepas.Terus pinggang Zara dipeluk kemas dari belakang membuatkan Zara tergamam bungkam.Tangan Zara juga dipegang kejap oleh tangan kiri Ameer membuatkan segala serangan mahupun pertahanan diri terkubur begitu sahaja.
"Apa kau ni?,"Zara terjerit,geram.Sakit hatinya diperlakukan sebegitu.Dia gugup.Otaknya kosong.
"Susah cakap dengan singan betina macam kau ni.Ni aje ubatnya.Ni dengar sini.Lain kali nak karoeke tengok jam.Bukan aku nak marah kau karoeke tapi tengok jam dan tempatlah.Jangan main belasah je.Ni bukan penjara.Kalau penjara,aku tak kisah.Lantak kaulah nak buat apa kan.Masalahnya,penjara kau ni sebelah rumah aku.Bertimbang rasalah sikit..;"
"Eh,hello.."
Pinggang Zara dipeluk lebih ketat hingga menimbulkan kesakitan."Sakitlah,"
"Ha..menyampuk menyampuk orang tua cakap.Babab mulut dia.Biasa dia,"mulut Zara ditepuk dengan tangan kirinya yang dari tadi memegang erat tangan Zara.
"Eee..lepaslah.Sakitlah.Apa masalah kau ni gila?,"Zara menaikkan suaranya satu iktikaf.
Ameer ketawa sinis.Dia terus menguatkan genggaman tanganya di pinggangnya umpama sedang memeluk erat orang tersayang.Kepalanya diletak di atas bahu kiri Zara.
"Kau ni sayanglah.Muka boleh tahan.Seksi pun seksi.Tapi garang sangat.Cuba cakap aku minta maaf.Baru aku lepaskan.Apa yang susah sangat nak cakap I'm sorry.Mak bapak kau tak ajar eh minta maaf,"berdesing telinga Zara mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Ameer.Ewah-ewah,main bapak-bapak pulak dia.Jaga kau.Kaki kanannya digunakan untuk memijak kuat-kuat kaki kanan milik lelaki itu.Terjerit kuat Ameer menahan kesakitan.Zara cuba mengambil peluang untuk melepaskan diri namun tidak berjaya kerana Ameer masih memeluk kemas tubuhnya walaupun dalam keadaan sakit seperti nak mati.
"Apa masalah kau nilah.Kau ni baik minta maaf.Kalau tak,aku seret kau masuk rumah aku.Kalau dah masuk rumah aku,aku ikat kau dalam rumah aku lebih baik lagi dalam bilik aku sampai pagi biar padan muka kau.Nak sangat ikut kepala ikasn kau kan.Aku tak kisah ikut kepala biul kau ni tapi pandai buat tahi,pandai-pandailah bersihkan,"bebel Ameer sambil menahan kesakitan.Boleh tahan penangan kaki perempuan singa ni.
Zara mengeluh sebelum meronta-ronta minta dilepaskan.Namun usahanya sia-sia sahaja.Bukan dia dapat melepaskan dirinya daripada cengakaman Ameer.Akhirnya,setelah bermuhasabah diri sesaat dua,Zara memutuskan untuk mengibarkan bendera putih.Amek kau!Bukan senang Zara nak merendahkan egonya di hadapan sepsis-spesis beruk sebegini.Malah,tidak pernah dan tidak ingin pula dia merendahkan egonya tanpa alas an munasabah.Namun apabila terfikirkan ugutan lelaki itu yang tidak makan saman dan macam orang kurang siuman membuatkan Zara sedikit sebanyak takut kerana walau macam mana pun dia tetap perempuan.Apalah kudratnya kalau nak dibandingkan dengan lelaki lagi-lagi lelaki sasa di hadapannya ini.
"Aku..aku minta maaflah,"Zara berkata perlahan antara dengar dan tidak sambil mata terpejam tak sanggup membayangkan kekalahan diri sendiri.
Ameer tersenyum kemenangan.Yes!Ameer mengemaskan pelukan di pinggang Zara,"Macam tulah,sayang,"
"Siapa sayang kau?Tak payah nak bersayang-sayang dekat sini.Aku gelilah.Dahlah,lepaslah,"Zara meronta minta dilepaskan sambil mulutnya sibuk membebel.
Ameer geram dengan Zara yang sering melawan kata-katanya.Lantas pinggang Zara digeletek selama seminit.Apalagi,Zara yang memang penggeli orangnya meledak tawanya menahan geli.Berkali kali dia meminta Ameer memberhentikan segala tindakannya.Namun tidak dipedulikan.Setelah berpuas hati,baru Ameer memberhentikan tindakannya.Tindakannya yang bagaikan hukuman untuk Zara.Dia pun melepaskan Zara selepas itu.Zara menoleh memandangya geram.
"Kau saja je kan,"Zara berkata sambil bercekak pinggang memandang Ameer.
"Aah.Sebab kau seksi sangat.Aku geram,"kata-kata Ameer membuatkan dahi Zara berkerut seribu.Seksi?Mata Zara terus memandang dirinya.Terbuntang matanya yang lupa akan keadaan dirinya yang hanya memakai top sendat dan shortpant jeansnya yang sememangnya memang terlalu short!Terus dia memandang Ameer yang memandangnya sambil tersenyum kerang busuk.
"Damn.Shit.Gila!,"terus refleksnya yang tadi hilang ke mana muncul dan terus sahaja kaki kanannya menyepak tulang keting lelaki itu.Untuk sekian kalinya,Ameer menjerit lagi.Namun,sekelip mata bayangan Zara hilang dari pandangan mata...
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...