Hali hanya mampu menunggu mereka habis ketawa. Bosan pula tengok manusia ii ni bergelak ketawa tanpa mengetahui puncanya. Jadi pilihan terakhir yg dia ada hanyalah mendiamkan diri dan memerhatikan mereka.
______________________________..Keesokan harinya..
"Bangunn, semuaaaa!! Jom! Ahahahaha" Blaze dengan teruja nya menyergah, menyerbu dan sebagainya ke semua bilik yg berpenghuni. Habis semua pintu bilik dihempas selagi mampu.
Mujur tidak tercabut pintu dan melayang ke manusia ii yg sedang lena dibuai mimpi. "Ishh.. Apa kau ni? Afuh nak hidfur lah!" Taufan menenyeh nenyeh matanya dan menguap.
"Bangunn!! Hari ni, aku nak kita semua Joginggg!!" Blaze menjerit di telinga Taufan yg masih mamai.
"Eh, kau ni! Sakitlah telinga aku! Ha, yelah ii.." Taufan merengus geram dan menuju ke bilik mandi(?).
"Hehehehe.. Nampaknya Taufan dah bangun. Tholar, Halice.. Giliran korang pula. Ahhahahaha!" Blaze seperti orang hilang akal bercakap seorang diri di dalam bilik Taulaze.
"eh, keluar lah! Kalau nak menggila ini bukan tempatnya! Tak malu, dahlah semalam tidur dengan Ice. Lepas tu mentang ii kau bangun awal, kau kejut roommate kau macam ni? Tak pe, kau tunggu." Taufan berang. Sudahlah dikejutkan dengan cara yg menyakitkan hati dan telinga, ada hati mahu buat bising di bilik orang pula.
Blaze tidak menghiraukan Taufan dan beredar menuju ke bilik Tholar pula. Kali ini Blaze masih menghempas pintu dengan kuat, tetapi dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar nya. Dia menayang benda tersebut ke udara dengan bangga. Tangan kiri digunakan.
Nama mereka berdua di panggil lembut oleh Blaze. " Thorn, Solar.. Bangunlah~ Aku ada bawak sesuatu untuk korang. Cer buka mata. Aku pasti, korang suka!" Blaze mencucuk cucuk pipi Tholar dengan tangan kanannya.
"Hurm? Kau bawak apa Blaz- AARRGHHH!! LIPASSS! Bangun Solar!" Thorn yg mudah terjaga kini melompat setinggi yg boleh dan melarikan diri dari Blaze.
"Ishh! Bising lah korang ni! Apa yg kau jer- WEYY!! KAU DAH KENAPA?! Berani kau bawak masuk tetamu tak diundang masuk ke bilik aku?! Aku akan balas dendam untuk semua ni!" kali ini Solar pula yg melompat dari katil dan menjauhkan dirinya dari Blaze.
"Please, bawak jauh ii! Jangan dekat!" Thorn merayu dari jauh, dia masih berusaha melarikan diri dari Blaze. Mahu lari keluar bilik, Blaze memonopoli(?) kawasan pintu.
"Alah, aku cuma nak kejutkan korang je. Alang ii korang dah segar ni, jom jogingg! Kalau korang tak nak.. Tahu ii lah nasib korang nanti. Aku bagi kau masa 15 minit. Jgn lambat. Bye~" Blaze beredar dan menuju ke ruangan dapur di tingkat bawah pula.
Blaze menayang mukannya di dapur. Halice pelik dengan kelakuan Blaze hari ni.
"Apa kau buat hah? Asal diaorang tu menjerit pagi ii buta ni?" Hali menyoal tanpa memandang Blaze. Tangannya ligat membuat kerja.
Belum sempat Blaze menjawap pertanyaan Hali, Ice menyampuk, " tu tak lain tak bukan, dia mengenakan orang lah tu. Apa fasal kau prank diaorang hah?"
"Aku nak ajak korang jogging sama ii. Jom Hali, Ice! Aku dah tak sabar ni. Jom lah, jom lah. Dah lama kita tak keluar hirup udara segar. Cuaca pun elok je ni. Pagi ii macam nilah kita kena bersenam, baru sihat! Kan? Jadi, jomlah." Blaze berusaha memujuk mereka berdua.
YOU ARE READING
We Are Brothers..[ C ]
FanficHighest rank 2 (Fan) Gempa dan adik beradik nya yg berumur 8 tahun hidup bahagia dan penuh kasih syang pada mulanya di rumah Tok Aba.. Namun, kesedihan melanda hati mereka.. . Gempa hilang ! Samada diculik atau dia yg melarikan diri mereka pun tid...