"Ini.. Ini memori aku masa A-"
"Along, Along nangis sebab Blaze ke?" soal Blaze berumur 5 tahun kepada Gempa yg sedang menangis disisi katil(?).
Kelihatan sebuah katil bersaiz ratu, sebuah almari bersaiz sederhana kecil(?) dan sebuah pintu. Mungkin pintu bilik, fikir Blaze. Latar belakangnya masih sama, putih.
Gempa mengesat air matanya secara sembunyi dan cepat, tidak mahu Blaze melihatnya menangis. "Eh, Blaze buat apa dekat situ? Kenapa tak pergi main?"Senyuman palsu yg dilemparkan oleh Gempa membuatkan Blaze tidak senang. "Along tak jawap pun soalan Blaze. Kenapa Along nangis? Blaze ada buat salah ke?" soal Blaze dengan muka tidak bersalahnya.
Gempa,"....."
"Along?" Blaze mendekati Gempa.
Gempa mengeluh. "Ye, Along menangis tapi bukan salah Blaze. Along nangis sebab lain." Gempa membelai kepala Blaze.
"Betul ni, bukan sebab Blaze? Jadi, mesti Ice yg bersalah. Biar Blaze jumpa Ice." Blaze membuat spekulasi sendiri dan mahu berjumpa dengan Ice.
Namun, tangan kecil Blaze di tarik oleh Gempa. "Memandai je Blaze ni. Bukanlah. Adalah sebab Along menangis ni. Blaze ni cuba kawal sikit perasaan tu. Kenapa kecik ii dah panas baran hah, adik ku~" Gempa mencubit salah satu pipi Blaze.
"afuhh.. Fhakitt! (aduh, sakitt!) " Blaze mengaduh kesakitan.
"Kawal kemarahan tu Blaze. Jangan bertindak melulu, ikut arahan dan jangan lupa untuk berfikir dengan otak dan hati. Jangan ikutkan hati je Blaze. Ingat pesan Along." Gempa menasihati Blaze. Cubitannya dilepaskan.
"Hurmm.. Okay! Blaze cuba.. tapi, bagilah tahu Blaze kenapa Along menangis." Blaze menaiki katil Gempa dan duduk berhadapan.
"Tak de apalah. Along nangis sebab tangan Along ni hah, luka. Sikit je ni. Nanti eloklah. Tadi rasa pedih, tu sebab Along nangis." Gempa menunjuk telapak tangan kanannya yg terluka.
"Ish, ish, ish.. Luka? Letaklah ubat. Along dah letak ubat ke belum?" soal Blaze kepada Gempa. Dia meneliti tangan kanan Gempa yg terluka tersebut.
Gempa menggelengkan. "Takpe, biar doktor Blaze uruskan." Blaze menuruni katil dan mengambil kit kecemasan dari dalam salah satu laci(?) almari di sebelah katil Gempa setelah dia menyelongkar kesemua laci. Gempa hanya tersenyum memandang Blaze.
"Ehehehe. Pandailah Blaze ni!" Gempa membelai kepala Blaze menggunakan tangan kirinya sambil Blaze merawat tangan kanan Gempa.
Blaze yg halimunan, hanya melihat Blaze dan Gempa 5 tahun bergelak ketawa. Semakin lama Blaze memandang, kelibat mereka semakin hilang.
Cuma kali ini berbeza, mereka seakan akan lenyap menjadi debu ii yg ditiup angin. Blaze tergamam dengan apa yg dilihatnya. Ibarat memori itu hilang dan tak akan pernah Blaze ingatinya(?) kembali.
Apabila kesemua debu ii itu telah lenyap sepenuh nya, muncul memori lain. Memori dimana Gempa hilang semasa mereka bermain sembunyi dan cari.
Tangisan kembar ii nya itu kedengaran jelas di pendengaran Blaze. Kekecohan yg berlaku juga, menjadi tatapan mata Blaze. Sekali lagi, peristiwa itu menghantui dirinya.
YOU ARE READING
We Are Brothers..[ C ]
FanfictionHighest rank 2 (Fan) Gempa dan adik beradik nya yg berumur 8 tahun hidup bahagia dan penuh kasih syang pada mulanya di rumah Tok Aba.. Namun, kesedihan melanda hati mereka.. . Gempa hilang ! Samada diculik atau dia yg melarikan diri mereka pun tid...