< 40~ >

719 52 4
                                    

Mereka mula dikepung dalam sebuah bulatan kecil, Ayda menunggu masa yg sesuai untuk menyerang. Tersilap satu langkah, takut nyawa lain pula yg menjadi korban.

Tembakan yg kedengaran dari tingkat atas dan dari luar rumah tidak lagi dihiraukan. Keadaan menjadi huru-hara.

Mereka dikepung oleh 4 lelaki. 2 dari 4 orang lelaki itu tidak memegang apa ii senjata, dan salah seorangnya berada berhadapan dengan Solar. Manakala yg 2 lagi memegang sepucuk pistol dan sebilah(?) pisau lipat ditangan berada dihadapan dirinya dan Taufan.

Taufan bersandar pada Solar. Ayda pula membelakangi mereka berdua dan menjadikan ketiga tiga mereka menghadap musuh. Masing ii memikirkan idea untuk mempertahankan diri.

'fikir Ayda.. Fikir..' Ayda menarik nafas sedalam dalamnya, cuba mencari buah fikiran.

Beberapa saat berlalu, Ayda mendapat satu akal.

"TUNDUKK!" jerit Ayda secara tiba ii.

Solar dan Taufan segera menunduk serendah yg mungkin. Tembakan dilepaskan kearah mereka, sama seperti sangkaan Ayda.

Ayda menendang tangan lelaki berpistol itu kearah lelaki yg berpisau lipat yg berada dihadapan Taufan sebelum tembakan itu mengenai mereka. 2 Tembakan mengenai tepat ke dada kanan lelaki itu.

Kemudian Ayda menendang tangan lelaki berpistol itu sekali lagi dengan lebih kuat sehingga pistolnya tercampak ke lantai.

"BACK UP!!" jerit Ayda.

Solar dan Taufan menghalang lelaki ii yg tidak bersenjata itu.

Ayda mengambil pistol yg tercampak itu dengan pantas dan diacukan(?) kearah lelaki yg dilawannya sebentar tadi. Lelaki itu terkedu.

Solar dan Taufan yg baru habis bergelut juga terkedu.

" Angkat tangan!" persis seorang polis, Ayda berjaya menenangkan keadaan buat sementara waktu.

Ice dan yg lain bergegas masuk apabila mereka selesai menguruskan 'hal' mereka diluar.

"Haiiya.. Apa suda jadi ni?" soal Ying sedikit terkejut.

Mayat dan manusia ii bergelimpangan di merat rata tempat. Darah juga berada di merata rata.

"Hali dekat atas.. Korang pergilah tengok. Aku, Yaya dengan Ying jaga sini. Kalau ada apa ii jerit je, kami datang." Solar memberi jaminan kepada mereka.

Ayda mengambil sepucuk pistol yg lain di lantai dan memberinya kepada Solar.

"Nah, aku sarankan korang kutip semua pistol dan pisau yg ada. Kalau ii ada yg dah terjaga dari pengsan diorang akan ambil pisau denga pistol dulu." Ayda tersenyum sinis.

Solar sedikit cuak, namun ekpsresi wajahnya dikawal serta-merta. 'be-betul ke umur dia 10 tahun?'

Mereka mengangguk. Ice mengetuai jalan. Mereka cuba mendengar apa ii yg pelik, namun tiada sebarang bunyi untuk beberapa minit.

"kita serb-"

"ALFIII!!" mereka terdengar satu jeritan.

Mereka pasti itu suara Hali. Mereka bergegas ke arah punca jeritan Hali.

Terkejut bukan kepalang lagi apabila mereka terlihat Hali yg sudah berdarah di bahagian bahu kirinya. Darah mengalir banyak. Tulang bahunya terkelihatan. Perutnya juga ditikam. Semuanya berlaku dengan pantas.

Ayda menekup mulutnya. Hampir kurang percaya dengan apa yg dilihat olehnya. Bau hanyir darah menusuk kehidung.

"Ha-hali.." Hali sudah berada di pangkuan Alfi.

We Are Brothers..[ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang