Bab 3 | Boys Squad

299 34 1
                                    

"Home Sweet Home!!"

Izham menjerit dengan penuh rasa teruja apabila dia membuka pintu rumah sewa yang hampir dua bulan ditinggalkan. Barang-barangnya dia letakkan di tepi tangga dan dia mula membuat spotcheck di dalam rumah.

Barang-barang yang ditinggalkan masih ada di tempat yang sama. Walaupun lantai berhabuk teruk, dia tak kisah. Dia boleh kemas dan mop selepas habis mengemas di tingkat atas yakni di dalam biliknya.

"Iz, tolong aku angkat tool box dalam kereta. Aku tak tahan nak membuang ni!" Mawi tergesa-gesa pergi ke dalam dapur.

Izham terus bergerak ke bonet kereta dan mengambil barang milik Mawi untuk dibawa masuk ke dalam. Telefon yang berdering dia angkat sebaik saja barang Mawi diletakkkan di atas meja makan.

"Hello?"

"Iz, aku sampai lewat malam. Aku ada hal sikit."

"Hal apa pula? Takkan kau nak suruh aku tidur sorang-sorang?"

Suara rakannya terus tak kedengaran.

"Haris? Hello?"

"Sepanjang cuti ini, kau tidur dengan siapa dekat rumah kau hah? Jangan nak mengada sangat, kau ajaklah Mawi ke Adli teman kau. Hesy..." Haris merengus kasar di hujung panggilan.

"Aku bukannya penakut tapi rumah inikan terbiar lama. Takde siapa jaga, kalau ada benda..."

"Nanti kalau kau nak kahwin, biar aku jumpa dengan bakal bini kau. Aku nak bagitahu dia yang bakal suami dia ini penakut hantu!" Haris membebel.

"Weh, agak-agaklah... Jangan sebut benda itu, kita bukannya tahu dia ada dekat mana. Entah-entah benda tu ada dekat..."

Tuttt.... Tuttt...

Izham menggenggam kuat telefonnya. Kurang asam betul si Haris ini. Mulut tak berlapik betul, nasib baik waktu sekarang ini waktu petang. Izham keluar semula dan mengambil bagasinya di dalam bonet.

"Izham, awalnya you sampai!"

Kusss.... Rasa macam jantung ini nak terkeluar dari dalam badan apabila disergah oleh tuan rumah sewanya secara tiba-tiba. Beg laptop hampir saja dia nak lambung ke depan tadi, nasib baik dia sempat menoleh tengok orang yang menegur.

"Aunty May! Lama tak jumpa dengan you. You sihat ke?" Izham tetap menegur dengan mesra walaupun dia terkejut tadi. Begnya diletakkan ke bawah dan dia berjalan mendekati Aunty May.

"Aiyaaa, you nampak macam aunty ni tengah sakit ke? Kalau aunty sakit, aunty tak datang sini la!"

Izham tersengih. Macam biasa, Aunty May datang ke rumah ini hanya untuk mengutip duit sewa mereka sepanjang enam bulan yakni sepanjang satu semester mereka menetap di rumah sewanya.

Hampir tiga semester mereka menyewa di rumah Aunty May, sampai dah tahu segala pantang-larang yang Aunty May sediakan.

"Macam biasa, you orang semua jangan gatal-gatal bawa masuk perempuan. Kalau aunty dapat tau, aunty halau you semua!"

"Takdelah, aunty. Kitorang ini mana ada orang nak, kawasan dekat sini kebanyakannya semua dah berkeluarga. Lagipun..."

Izham mendekati Aunty May dan berbisik,

"Aunty May lagi cun, maa!" Dia mengusik.

"Aiyaaaa, duduk dengan you saja boleh buat jantung aunty malfunction! Ini Aunty kasi nasihat sebab rumah sebelah you sudah ada orang. Girls pula tu!"

"Perempuan? Melayu ke Cina, Aunty?" Izham bertanya dengan penuh rasa teruja.

Aunty May memandang pelik ke arah Izham, muka budak itu bukan main seronok apabila dapat tahu jiran sebelah rumah adalah perempuan.

"Baru tadi you kata sama aunty, you tak laku. Ini kenapa aunty tengok you macam itu anjing kepanasan?"

Pergh! Sentap habis apa yang Aunty May cakap. Terus Izham terasa malu, malu kerana ditegur pedas macam itu sedangkan Aunty May itu berbangsa Cina tapi dia lagi tahu tentang batas-batas antara lelaki dengan perempuan.

"Sorry, sorry. Saya cuma terkejut, mana tahu jiran sebelah ini satu universiti dengan saya. Baru seronok ada kawan satu U, aunty." Izham mereka alasan.

"Habis you punya housemates bukan satu U ke?"

Ha, ambik! Sekali lagi terkena kata-kata pedas dari Aunty May.

Aunty May meminta diri untuk pulang selepas dia memberikan satu sesi nasihat makan hati kepada Izham. Tertunduk saja kepala lelaki itu kena membebel dengan Aunty May. Ibu dia saja yang tak membebel dekat dia, cakap pun lembut saja.

Haih... terus terasa rindu dekat sang ibu.

---------------

"Ni ke rumahnya?" Kereta diberhentikan di depan pagar berwarna coklat.

"Ya, bang. Berapa ya?" Azza siap sedia ingin menghulurkan duit. Mereka yang berada di belakang hanya menunggu walaupun pintu tak dikunci.

Selesai membayar tambang Grab, mereka menjijit barang-barang yang dibeli di Aeon tengahari tadi. Setiap seorang bawa empat plastik, satu plastik Watsons, dua plastik Aeon dan satu lagi plastik bungkusan makanan.

Bella yang memegang kunci rumah laju saja membuka kunci pintu memandangkan barang-barang yang mereka bawa dari shopping mall itu semuanya berat-berat.

"Azza, buat apa tu? Tak nak masuk ke?" Moon menegur.

"Korang..."

Matanya masih ralit memerhati rumah disebelahnya. Lehernya dipanjangkan untuk melihat rumah disebelah, memang betul ada orang dah duduk.

"Rumah sebelah dah ada orang duduklah."

"Mana? Mana?" Aisyah berlari anak menghampiri Azza.

Terjengket-jengket kakinya cuba untuk melihat rumah sebelah. Tembok tinggi antara rumah mereka membuatkan Aisyah dan Moon susah untuk mengintai rumah sebelah.

"Nampak tak?"

Aisyah berpaling ke arah Azza dengan muka tak semegah. Ditambah pula dengan cekak pinggang.

"Azza, kau itu tinggi. Jengket sikit je dah nampak, aku dengan Moon ni pendek. Manalah nak nampak."

"Oh, aku lupa pula." Azza sengih manja.

"Korang buat apa tu? Dah nak Maghrib dah ni, meh masuk."

Bella menegur di depan pintu. Dia sudah siap sedia nak mengunci mangga pintu sekali jadi senang, malam-malam mereka tak payah keluar nak kunci dah.

"Baik, saya masuk!" Laju Aisyah masuk ke dalam. Pantang tengok langit bertukar gelap, mesti dia terus tak nak keluar.

"Kau intai apa tu, Za?"

"Tak, aku rasa rumah sebelah ni lelaki yang duduk. Tapi kalau diorang student diploma macam kita, takkan baru harini diorang datang? Kita bukan dah lama ke start internship?"

Bella jongketkan bahu, dia kurang pasti dengan identiti orang sebelah. Yang dia tahu, dia hanya nak isi perut dan kemudian mandi. Isnin depan dia ada mesyuarat bersama dengan staf di pejabat Proton.

"Jomlah masuk, nanti bila-bila masa kita bertembung dengan diorang juga."

Azza mengikuti langkah Bella masuk ke rumah walaupun dia masih tak puas hati kerana tak dapat nak tahu siapa mereka di sebelah. Berbangsa apa, orang Islam ke atau bukan Islam.

Yang pastinya, dia tak naklah jiran sebelah itu merokok. Pakcik Cina di sebelah ini pun tak merokok. Udara mereka sedut setiap hari sekitar rumah sihat dan segar saja. Datang malaun-malaun yang hembus asap rokok, asap vape, memang boleh buat gaduh.

Harapnya jiran sebelah bukan macam tu lah...

Wonderful Youth [c]Where stories live. Discover now