Bab 12 | When You Like Someone

209 25 0
                                    

Daun-daun kering yang ada di depan halaman rumah Moon sapu sehingga ke luar pagar. Dia menolak ampaian baju berhampiran dengan pagar supaya cahaya matahari akan terkena kepada baju-bajunya yang masih lembap.

Kasut yang berselerak di depan pintu rumah, dia susun ke atas rak mengikut tingkat masing-masing. Tingkat paling atas Bella punya, tingkat kedua Azza, tingkat ketiga Aisyah dan yang paling bawah adalah Moon.

Tong sampah yang dia bawa dari dalam dapur diambil, sampah dibuang ke dalam bekas di luar rumah. Sepatutnya hari ini lori sampah akan datang untuk kutip sampah jadi Moon awal-awal lagi dah menolak bekas tong ke depan.

"Hi, Moon."

Teguran dari tepi dibalas dengan senyuman tapi tak sampai dua saat, senyuman itu layu semula. Alamak, silap senyum pula!

Khairan dan Haris berjalan keletihan. Melihat gaya pakaian mereka, mungkin mereka baru habis berjogging di taman. Moon tahu gerak kaki mereka berdua menuju ke rumah mereka sendiri tapi entah kenapa hati ini berdegup kencang dan otak memikirkan satu babak aneh.

Almost paradise~

Tiba-tiba lagu soundtrack Boys Over Flower muncul di dalam kepala apabila mereka berdua mara ke arah yang sama dengan tempat Moon berdiri.

Kaku. Moon tak tahu nak gerak ke mana sedangkan dia boleh saja berdesup masuk ke dalam rumah memandangkan pagar rumah dah sedia terbuka.

Khairan tersenyum manis apabila pandangannya jatuh ke arah Moon.

"Muni buat apa dekat luar ni?" Dia bertanya. Peluh di dahi dia lap dengan kain tuala yang tersangkut di leher.

Moon masih terdiam, dia nak jawab soalan itu tapi mulutnya terasa kebas macam disuntik ubat kebas sebelum mencabut gigi. Sudahnya dia cuma hadiahkan senyuman nipis sebelum berlari masuk ke dalam rumah.

Huwaaa, malu!!!

Dia automatik mengipas mukanya akibat bahang dari dalam badan. Agaknya Khairan fikir apa tentang dia? Soalan senang saja, tapi yang itu pun dia tak boleh jawab. Moon mengintai melalui tingkap.

Khairan tak lagi kelihatan di depan rumah. Mungkin dia dah masuk ke rumahnya. Moon tiba-tiba rasa sedih, terlepas peluang untuk dia berbual dengan Khairan lagi.

Lagi? Ya, lagi.

Sudah banyak kali Khairan cuba mendekati Moon dan berbual macam biasa tapi Moon larikan diri dulu sebelum sempat kawan itu membuka mulut. Hari ini saja dikira hari bertuah untuk Khairan kerana berjaya memulakan perbualan.

Haih... bila agaknya dia boleh beranikan diri dan bercakap depan-depan dengan Khairan?

---------

Tang! Tang! Tang!

Bunyi sudu dan cawan berlaga antara satu sama lain tak berjaya menyedarkan Moon dari lamunannya. Dari tadi dia memikirkan tentang kebarangkalian kalau dia jawab soalan Khairan dengan bersahaja.

Mesti sekarang dia akan rasa gembira sampai tak ingat dunia. Tapi dia silap langkah. Dia matikan perbualan sebelum sempat dia buka mulut lagi. Memang langkah yang sangat memalukan.

"Kau blah macam tu je..." Moon mengeluh mengenang langkah 'bijak'nya.

Muka terpinga-pinga Khairan terbayang di minda. Haih...

Awal pagi pun muka tetap segak, macam tengok pelakon dalam drama. Berpeluh-peluh pun tetap nampak kacak. Moon menongkat dagu.

"Moon, aku nak keluar kejap. Petang nanti aku balik." Bella menyimpan lipstik ke dalam beg tangannya.

Wonderful Youth [c]Where stories live. Discover now