Habis saja filem Makmum itu, lampu panggung dipasang semula. Tersandar dua manusia di kerusi dengan muka pucat. Azza ketawa kecil melihat Aisyah dan Izham yang dah serupa mayat hidup.
Dia mengusap lengan Aisyah dan membantu rakannya untuk berdiri. Haris juga melakukan perkara yang sama. Ditepuk-tepuk belakang badan Izham untuk menyedarkan rakannya itu.
"Kan aku dah kata, cerita ini tak seram mana pun." Azza memeluk bahu Aisyah.
Aisyah berjalan dengan lemah-longlai. Banyaklah dia punya tak seram! Nasib tak terkencing saja di dalam panggung itu. Budak kena rasuklah, terbakarlah, solat tiba-tiba berdua.
Badan Aisyah automatik menggigil semula. Seram bila dia teringat suara yang menyahut iktidal imam perempuan tadi.
"Lepas ini, aku nak kita semua solat berjemaah dekat rumah. Aku tak kira! Aku takut kalau tiba-tiba ada yang sahut iktidal aku."
Azza tergelak kuat. Sampai macam itu sekali Aisyah trauma tengok cerita Makmum ya? Dia mengiakan saja apa yang kawannya inginkan. Memang pesyen Aisyah, keluar saja dari panggung mesti dia akan cakap benda karut.
Side effects selepas tengok cerita seram gamaknya.
Manakala Haris dan Izham...
"Kau tahu tak, suara kau paling kuat bergema dekat dalam tadi? Malu aku nak mengaku kawan tau!" Haris gelengkan kepala.
Izham tersengih. Baru sekarang dia terasa macam dihidupkan semula. Dia menarik nafas dalam-dalam. Haa, puas hati dapat keluar dari situ!
Mereka berempat turun ke bawah bersama. Aisyah dan Izham beria-ria menceritakan semula rupa dan babak-babak seram yang mereka sempat tengok dengan hujung mata.
Di tepi eskalator, mereka terserempak dengan Moon dan Khairan. Masing-masing terkejut melihat pasangan itu ada di depan mereka. Izham dah tayang senyuman gatalnya, Azza pula buat-buat tak tahu yang Moon keluar dengan lelaki itu.
"Korang buat apa dekat sini?" Aisyah tanya.
"Kitorang..." Moon memandang Khairan.
Automatik mata Aisyah juga jatuhkan pandangan ke arah lelaki itu.
"Kitorang keluar makan sama-sama. Korang berempat ini double date ke? Mana Bella?"
Satu per satu muka yang ada di depan dia dan Moon diperhatikan. Memang sesuai dah pasangan masing-masing ini.
Terus Aisyah terbatuk kuat. Aih, dia serang kita pula.
"Bella balik rumah famili dia, ada hal katanya."
"Kitorang terserempak dekat dalam panggung tadi." Haris bela diri.
Jangan ingat dia tak tahu yang Khairan fikir Izham keluar dengan Azza dan dia pula keluar dengan...
Mata mereka berlaga sebelum Aisyah menjeling.
"Tak hingin aku nak keluar dengan dia." Aisyah menjuihkan bibir ke arah Haris di hujung Izham. Lantaklah kalau dia dengar ke tak dengar ke, dia masih sakit hati dengan Haris pasal insiden dekat M Boutique Hotel berminggu-minggu.
"Ni korang dah nak balik ke?" Azza tanya Moon.
"Eh, kau pun dah nak balik ke?" Izham pula tanya kepada Azza.
Azza anggukkan kepala.
Tengok wayang dah, beli buku pun dah. Makan pun dah, dua kali pula itu. Eloklah dia dengan Aisyah balik, lagipun dah malam. Nanti balik rumah nak kena mandi lagi, kalau datang virus M tu, esok baru dia mandi.
YOU ARE READING
Wonderful Youth [c]
Short StoryKisah antara empat orang gadis, pelajar semester akhir. Setiap seorang mempunyai kisah dan rahsia tersendiri. Bak kata orang, bukan namanya kehidupan jika tiada pasang dan surutnya. Manisnya ada. Masamnya ada. Pahitnya ada. Masinnya ada. Cukup empa...