Spek mata yang makin melurut jatuh ke depan hidung ditolak semula ke atas. Mata terasa pedih melihat laptop berjam-jam tapi laporan untuk latihan industri masih belum siap lagi. Tak senang hati dibuatnya selagi semua ini tak habis.
"Moon? Amboi, kemain fokus lagi kau tengok laptop. Tengah buat apa?"
Azza menegur. Dia duduk di sebelah Moon dengan mug yang berisi Nestum madu di tangan.
"Report.. Kau dah siap?"
Spek mata ditanggalkan dan Moon mengurut matanya sekejap.
"Aku baru siap bab dua, ada lagi empat bab tapi dah malas nak buat. Report ni kan hantar bulan Mei nanti. So masih boleh rileks-rileks lagi." Azza menyuap Nestum ke dalam mulut.
Bukan stail dia lah kalau nak siapkan kerja awal dari waktu yang sepatutnya. Selagi tak sampai mood nak buat kerja, selagi itu dia tak buka laptop. Dah banyak kali dia menyesal tapi setiap kali 'kalah' dengan kerja, dia mesti akan angkat bendera putih dulu.
Dari kusutkan kepala dengan kerja, dia pergi tengok drama atau anime yang dia minat. Tak pun, cerita hantu sepanjang hari.
"Kau tak kerja dekat kedai Ummi ke harini?" Moon tanya.
Sejak dua menjak ini, jarang Azza pergi kerja macam biasa. Nak kata dia sakit, elok saja dia duduk di rumah. Siap ajak Moon tengok cerita hantu setiap malam. Satu movie, satu malam.
"Oh, pasal tu.. aku lupa nak bagitahu korang." Mug nestum yang dah licin tanpa isi dibawa ke dapur dan direndam dulu supaya nanti mudah nak cuci.
Dia mengikat rambutnya dan gerak ke meja dimana Moon berada. Baru tinggal tak sampai seminit, Aisyah dah ada di situ dengan sepotong kek pandan di tangan. Bella pun ada tapi dia dengan telefon.
Semua masih dengan muka tak mandi lagi. Dia duduk semula di sebelah Moon.
"Azza, malam ini kau pergi kerja ke?" Aisyah tanya.
"Tak kot, kenapa?"
Mulut rakan itu berhenti mengunyah. Pelik ini. Kalau dia kira-kira berapa hari Azza tak masuk kerja, hampir empat hari rasanya.
"Kenapa? Ada apa-apa jadi ke dekat tempat kerja kau tu?" Bella pula bertanya.
"Takdelah, bukan macam tu. Aku ada minta cuti dengan Ummi haritu, nak siapkan kerja-kerja kita nilah. Report, pergi buat lawatan tapak lagi. Nak-nak pula syarikat aku buat internship itu tengah panas berbahang lepas kes saman dengan client diorang."
"Kes saman? Kes tentang apa itu, Za?"
"Kes rasuah, biasalah tu. Syarikat mana je yang tak terpalit dengan kes macam itu. Tapi kes dekat syarikat aku tu, diorang yang saman client. Ada ke patut client tu ugut nak bocorkan hal sulit pejabat dekat public sebab tak nak terima rasuah dia? Tak tahu malu betul!"
Mereka menganggukkan kepala serentak.
Moon menutup laptopnya, dia dah tak larat nak hadap laptop lama-lama. Bella menghulurkan pinggan yang berisi dengan kek pandan yang Aisyah potong nipis-nipis.
Tiba-tiba Aisyah mengeluh.
"Haih... bila hari kerja, nak cuti. Bila hari cuti, tak tahu nak buat apa. Asyik makan, tidur."
Azza menarik senyum.
"Kalau tak tahu nak buat apa, jom tengok cerita!"
"Cerita apa?"
"Aku ada download cerita..."
"Haa, kalau kau nak kata cerita hantu, tak apalah. Aku undur diri siap-siap. Cerita haritu pun masih segar dalam kepala aku ni. Nak pergi tandas pun, kena ajak Bella temankan tau." Aisyah memintas.
YOU ARE READING
Wonderful Youth [c]
Cerita PendekKisah antara empat orang gadis, pelajar semester akhir. Setiap seorang mempunyai kisah dan rahsia tersendiri. Bak kata orang, bukan namanya kehidupan jika tiada pasang dan surutnya. Manisnya ada. Masamnya ada. Pahitnya ada. Masinnya ada. Cukup empa...