Bab 5 | I Wish I Can

238 29 0
                                    

Bella, answer me...

Saya nak jumpa dengan awak, hal ni penting.

Bella, janganlah baca je. I need you right now...

Sayang...

Skrin telefon ditutup semula. Hati dia terasa sakit membaca semua mesej yang dihantar oleh Zaeem, bekas teman lelakinya. Lelaki itu yang beria-ria nak putuskan hubungan tapi tak sampai dua tahun lagi, dia dah ajak berjumpa.

Siap panggil sayang lagi. Dia ingat Bella ini jenis yang mudah terpujuk ke?

Bella segera melipat telekungnya dan terbaring letih di atas katil. Lama dia termenung melihat siling putih, macam-macam perkara terbayang di minda saat ini. Dua tahun sudah perkara itu berlalu, tak ada angin, tak ada ribut, Zaeem datang semula.

Badannya dipusing menghadap ke katil Aisyah di sebelah kanan. Dia teringat kata-kata Aisyah semasa berbual dengan Moon.

'Tak mainlah block-block ex hanya sebab hubungan as couple tu dah putus. Tak logik bagi aku.'

Tak logik bagi dia tapi logik bagi Bella. Kalau bekas kekasih sendiri yang minta putus, untuk apa lagi kita menunggu? Peratus untuk berbaik semula negatif, perasaan suka itu pun akan berganti dengan perasaan marah dan benci.

Haih...

Kadang-kadang dia cemburu melihat gaya hidup Aisyah yang sangat care-free. Dia tak pernah tengok Aisyah tertekan dengan masalah melainkan ketika menghadapi final exams.

Azza pula... Untungnya dia! Tak pernah bercinta dengan sesiapa, hati pun tak rasa sakit! Hidup lagi gembira rasanya kalau kita tak kenal tentang bercinta di zaman muda ini.

Bella mengeluh sendirian.

Susah untuk dia bangkit daripada kisah lama tapi semudah itu saja Zaeem datang semula kepadanya tanpa ada rasa malu.

Ping!

Bella membuka semula telefonnya. Matanya dijulingkan ke atas apabila membaca mesej daripada bekas teman lelakinya.

Bella, jangan ignore saya.

Saya tahu awak tengah online sekarang ni.

Please... Bella...

Ugh!

Dia membenamkan kepala ke dalam bantal. Hati ini mahu saja menjerit sekuat mungkin, melepaskan segala rasa amarah yang terbuku lama. Dia nekad mahu hentikan semua benda dengan Zaeem.

Kali ini dia tak akan bagi muka dekat Zaeem lagi!

-------------

Mesej yang mereka baca membuatkan muka masing-masing ketat, siap dengan nada tak puas hati lagi. Aisyah dengan muka serius, Moon pula mengeluh geram dan Azza mendecit.

"Apa kena dengan mamat ni?" Aisyah bertanya dengan kasar.

"Aku rasa kan, lelaki ni psiko lah..."

Bella tidak memberi respons, dia hanya mahu mendengar pendapat dari rakan-rakannya dahulu sebelum dia sendiri membuat keputusan tentang Zaeem.

"Budak kelas kau ke, Bi?"

"Tak, dia ni..."

"Budak ofis kau?" Aisyah meneka.

Bella masih diam. Dia tak tahu bagaimana nak terangkan kepada mereka bertiga tentang Zaeem walaupun saat ini dia perlukan pertolongan dari rakan-rakannya.

"Ya Allah, tak padan dengan dah kerja... Kalau kerja, mestilah dah kahwin. Eee, gatal meghela!" Aisyah mengepal penumbuk tangan.

"Weh, tempat kerja kau je semua staf dah kahwin. Ada je tempat kerja yang scout pekerja muda. Kau ingat semua sama ke?" Azza menggelengkan kepala.

Wonderful Youth [c]Where stories live. Discover now