Disebabkan rasa kempunan nak makan nasi lemak pandan yang dijual di lorong satu, Aisyah sanggup berjalan kaki seawal pukul sembilan pagi. Bungkusan nasi lemak yang sudah ada di tangan membuatkan hati dia terasa senang.
Lagu yang dia sedang dengar pun memang membuatkan badan terasa ringan, macam dalam drama.
"Uit! Peewitt!"
Senyuman lebarnya mati apabila dia terpandang sekumpulan orang lelaki yang sedang melepak di depan lorong masuk ke rumah sewanya.
Haih, ini yang aku tak suka! Melepak tak kira tempat, dengan asap rokoknya lagi! Aisyah merengus geram. Nak atau tak, dia terpaksa berpatah balik dan berjalan melalui lorong tengah.
Tapi lorong tengah ini adalah lorong yang paling dia tak suka dan dia akan sentiasa mengelak daripada melaluinya. Mata terus mengaktifkan radar untuk mengesan anasir-anasir ganas itu. Dia berjalan perlahan-lahan sehinggalah dia jumpa rumah berwarna coklat dan berpagar biru cair.
Fuh... dia hembuskan nafas. Lama dia perhatikan kawasan rumah itu.
"Kenapalah aku kena lalu dekat sini? Aduhai..." Aisyah mengeluh.
Dia cuba mengintai dari jauh. Kereta tak ada dekat dalam rumah, nampak macam kosong saja. Mungkin tuan dia bawa diorang pergi bersiar-siar kot. Aisyah cuba berfikiran positif.
Kakinya melangkah perlahan-lahan, dia sendiri tak pasti dimana agaknya anasir-anasir itu berada. Entah menyorok di dalam semak sebelah rumah ataupun tengah berjalan tanpa rantai kolar di leher.
Argh, bila terfikir benda macam itu, meremang bulu tangan ini!
Nasi lemak digenggam erat. Sebaik saja dia melintas di sebelah rumah itu, dia terdengar bunyi dari semak di tepi rumah. Langkah yang tadi ingin dipercepatkan terhenti sambil mata melihat ke arah semak.
"Jangan... tolonglah bukan kau..." Aisyah menelan air liur.
Dengan langkah kelam-kabut, dia berjalan tanpa menoleh ke belakang. Jantung yang berdegup tika ini terasa laju semacam.
Woof! Woof!
Langkah dia sekali lagi terhenti. Bunyi dia dah keluar dah... Dengan rasa takut, dia menoleh ke belakang. Matanya bertembung dengan mata anjing berwarna putih dan berbulu tebal.
"Anjing baik... anjing baik..." Aisyah bercakap seorang diri sambil berjalan mengundur.
Selangkah kakinya bergerak ke belakang, anjing itu turut mengikutinya.
Woof!
"Alamak!"
Anjing segala anjing dah datang! Anjing berwarna hitam dan berbadan besar mula berlari anak ke arah Aisyah yang masih kaku di tempatnya.
Apa aku nak buat ini?!
Kakinya teragak-agak untuk melarikan diri kerana kalau dia larikan diri, sudah semestinya anjing ini akan mengejar. Dia bukannya jaguh sangat bab berlari ini. Kalau tak larikan diri, nanti kena gigit pula!
Satu.. dua...
"Makkkk!!!! Tolongg!!!!"
Aisyah lari selaju yang mungkin untuk mengelak daripada dikejar oleh anjing-anjing tadi. Dia langsung tak pandang ke belakang, hanya ikutkan firasat hati yang mengatakan anjing-anjing itu sedang mengekorinya.
"Azza! Bella! Moon! Anjing! Anjing kejar aku!!" Dia menjerit seorang diri sambil berlari di tengah-tengah lorong rumah.
Lorong Sembilan.
Sebaik saja dia nampak papan tanda itu, terus dia berlari ke kiri tanpa melihat dulu samada ada kereta atau motor yang mungkin ada di jalan itu. Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah keselamatan dirinya.
YOU ARE READING
Wonderful Youth [c]
Cerita PendekKisah antara empat orang gadis, pelajar semester akhir. Setiap seorang mempunyai kisah dan rahsia tersendiri. Bak kata orang, bukan namanya kehidupan jika tiada pasang dan surutnya. Manisnya ada. Masamnya ada. Pahitnya ada. Masinnya ada. Cukup empa...