Bab 13 | The New You

199 23 0
                                    

Telefon yang berbunyi dari tadi membuatkan Bella terjaga dari tidur. Dia menggeliat di atas katil sebelum mencapai telefon di bawah bantal. Dengan mata yang masih layu, dia membaca mesej daripada Zaeem.

Hi, Bella. Morning!

Saya ada dekat depan rumah awak ni. Jom keluar makan?

Depan rumah?! Badan Bella terus duduk menegak. Dia terkocoh-kocoh turun ke bawah dan melihat melalui tingkap.

Ya, memang betul Zaeem ada di depan rumah. Siap tunggu di luar kereta lagi. Aduh, masalah betul dia ini! Nasib baik mereka yang lain masih enak dibuai mimpi. Bella segera mengambil tuala dan membersihkan diri.

Dalam sepuluh minit macam itu, dia membuka pintu rumah secara berhati-hati. Tak nak kawan serumahnya yang lain terjaga dan tahu yang dia keluar dengan Zaeem. Kalau mereka tahu, habis dia kena bebel.

Zaeem mempamerkan senyuman lebar kepada Bella. Pintu di sebelah pemandu dibuka untuk Bella. Gadis itu masuk tanpa banyak bicara, dia malas nak berlama-lama di depan rumah ini.

Kalau tak mereka yang ada di dalam rumah, Uncle Lim atau jiran lelaki di tepi rumah boleh tahu tentang dia dan Zaeem. Lagi-lagi Izham, si mulut murai.

"Kita nak pergi mana?" Zaeem bertanya.

"Awak yang muncul tiba-tiba depan rumah saya, then awak tanya saya kita nak pergi mana? Kenapa awak datang tak bagitahu awal-awal? Kalau kawan-kawan saya nampak nanti, macam mana?" marah Bella.

"Kawan-kawan awak itu bukannya boleh buat apa-apa pun dekat saya, awak itu yang takut sangat dengan diorang." Balas Zaeem semula.

Masing-masing diam. Bella dengan telefonnya, Zaeem pula hanya fokus memandu. Bella tersenyum melihat gambar kawannya yang ada di Instagram, tapi tak semena-mena Zaeem merampas telefon tersebut.

"Eh, Zaeem! Apa kena dengan awak ini?"

"Saya ada tepi awak kan, awak senyum sorang-sorang kenapa? Mesej dengan lelaki lain?" tanya Zaeem kemudian dia meletakkan telefon Bella ke dalam poket seluarnya.

"Zaeem, bagi balik telefon saya. Kalau mak saya call, macam mana?"

"Biar jelah! Sekarang ni awak ada dengan saya, tak ada sesiapa patut kacau kita sekarang ini, faham?"

Bella tersentak.

Dia betul-betul tak faham dengan perangai Zaeem. Kejap-kejap dia okay, kejap-kejap dia jadi panas baran. Lelaki itu layan Bella ikut angin kepala sendiri. Dia yang jadi takut apabila Zaeem selalu datang ke rumah.

Kalau Azza atau Moon yang berselisih dengan mereka berdua, mungkin mereka hanya akan menegur saja. Tapi kalau Aisyah yang nampak dia dan Zaeem, teruk Zaeem kena dengan Aisyah nanti. Tak sempat nak terangkan apa-apa, Bella tahu Aisyah akan terus naik tangan dekat Zaeem.

Sampai saja di kedai makan, Zaeem memberikan semula telefon kepada Bella. Bella makan sesuap dua saja nasi, dia tak berselera nak makan selepas kena tengking dengan Zaeem di dalam kereta tadi.

"Bella, saya nak minta tolong awak boleh?"

"Apa dia?"

Muka lelaki itu terus berubah menjadi risau. Tangannya diletakkan di dahi, memikirkan masalah yang tiada pengakhiran.

"Mak saya masuk hospital, sakit buah pinggang. Tapi kos rawatan itu banyak gila, hampir RM10 ribu. Saya tengah risau sekarang ini, saya tak ada duit yang banyak nak bayar kos itu. Tapi... mak saya..."

Bella tekun mendengar luahan masalah Zaeem. Kesian pun ada juga, mak Zaeem itu baik orangnya. Tak sangka pula yang dia menghidap penyakit buah pinggang.

Wonderful Youth [c]Where stories live. Discover now