Bab 11 | Ha... hantu?

228 29 0
                                    

Beg galas yang ada di atas peha digenggam, dari tadi dia tak senang duduk. Lambat pula kereta ini nak sampai ke kedai makan Ummi. Jam di tangan Azza kerling sekali lagi. Dia memang dah lambat, bukan lima minit tapi dua puluh minit!

Azza terlupa hari ini dia kena temankan staf di pejabat untuk membuat lawatan tapak di Tambun. Selama empat jam dia berada di Tambun sehinggalah masuk azan Maghrib, baru dia boleh balik.

Azza ingatkan staf yang dia tumpang naik kereta ke Tambun itu boleh hantar sampai ke rumah tapi dia tak dapat nak hantar kerana jauh sangat. Nak atau tak, dia terpaksa tunggu selama sepuluh minit untuk dapatkan kereta Grab.

"Nak drop dekat mana?"

"Dekat depan tu, bang. Ada kedai dekat tepi simpang. Abang turunkan saya dekat situ."

Sampai saja di depan kedai, dia tergesa-gesa memberikan duit Grab dan terus keluar daripada kereta. Muka lega Suraya, rakan sekerjanya membuatkan dia rasa bersalah. Telefon habis bateri, powerbank pula tak bawa tadi.

"Kenapa lambat, Za?"

"Aku ada site visit dekat Tambun tadi, itu yang lambat sampai sini. Sorry..."

Dia memakai apron paras pinggang dan meneguk air masak yang dia bawa dari rumah pagi tadi. Hari ini dia hanya sempat makan tengahari saja. Makan malam pula...

Memang tak sempat. Biskut pun tak sempat nak dijamah semasa dalam perjalanan ke kedai Ummi tadi.

"Ummi dah datang ke?"

"Ummi tak masuk, Kak Lin yang handle kedai harini. Tadi dia tanya pasal kau, mesti dia nak buli kau lagi, Za." Suraya berbisik.

Azza mengeluh. Dah seminggu dia bekerja di kedai Ummi, orang yang selalu bagi masalah dekat dia hanya seorang dan orang itu memang cukup tak suka dengan diri Azza. Siapa lagi kalau bukan Kak Lin?

Asal nampak muka Azza, mesti dia akan arah macam-macam. Hari ini mereka tak bertembung lagi, bolehlah Azza rileks sikit. Pelanggan pun tak ramai, maklumlah baru lepas azan Isyak.

Selalunya kedai akan mula penuh dengan pelanggan bermula dari pukul sembilan malam ke atas. Masa itu, ramai pelajar universiti yang menyewa di luar datang makan di kedai ini.

"Ha, baru nak sampai tuan puteri?" Kak Lin menegur dari belakang dapur.

Wanita itu menghampirinya dengan postur cekak pinggang. Dia pandang Azza atas bawah sebelum dia julingkan mata ke atas. Meluat tengok muka polos Azza.

"Sorry, Kak Lin. Tadi saya buat kerja luar, saya sampai ofis tadi pun lambat."

"Ah, alasan! Mentang-mentang hari ini Ummi tak ada, kau saja nak datang lambat kan? Orang dah bagi peluang kerja, siap dapat upah setiap hari, itupun masih berlemak. Buat ikut kepala sendiri nak datang kerja lambat." Kak Lin mula membebel.

Suraya dan Azza masing-masing menundukkan kepala.

Sebelum Azza kerja di sini, Suraya yang selalu menjadi mangsa dera Kak Lin. Disebabkan rasa kesian dekat Azza, dia selalu ada di sisi Azza supaya kawannya tak terlampau rasa malu dimarah depan orang awam.

"Aku tak kira, malam ini kau balik paling lambat. Pastikan meja dengan kerusi semua susun dekat dalam, lap meja sampai bersih. Kau kira sekali stok masakan dekat belakang, esok aku nak tahu apa lagi benda yang tak cukup. Faham?"

Azza anggukkan kepala.

"Faham, kak.."

Kak Lin menjeling. Puas hati dia dapat luahkan rasa marah kepada Azza.

Wonderful Youth [c]Where stories live. Discover now