Bab 34 | Our Wonderful Youth

616 40 1
                                    

Terminal Amanjaya.

Keadaan sesak di dalam terminal memaksa Cairo untuk memarkirkan keretanya di depan Mydin. Tak apalah, jauh sikit dari terminal. Jalan kaki tiga minit, mereka masuk ke dalam terminal.

Waktu kemuncak iaitu waktu tengahari ini memang sesak. Ramai orang yang berada di sini menunggu bas tiba.

"Ada lagi dua puluh minit sebelum bas aku sampai."

Aisyah menyelitkan semula tiket basnya ke dalam poket seluar. Dia angkat saja muka, dia tengok Bella dah menangis. Laju dia pergi memeluk Bella, teman sebilik selama tiga tahun.

"Jangan nangis, Bi. Nanti aku pun nangis. Tak ada siapa tau nak pujuk aku dalam bas. Aku ambik single seat." Aisyah cuba melawak.

Padahal hati ini sebak sejak kereta Cairo keluar dari taman perumahan mereka lagi. Moon dan Azza ikut berpelukan.

"Sedihlah nak tengok korang pergi. Memanglah boleh sembang dalam grup WhatsApp tapi... hm tak tahulah weh. Sedih gila ini." Bella mengelap air mata dengan tisu yang Moon berikan.

"Yang, kau cepat-cepat ambil lesen tau. Lepas itu, kalau ada duit itu, jangan boros. Kita kumpul duit sama-sama, kita pergi Langkawi."

"Kenapa Langkawi?"

"Sebab aku tak pernah pergi sana lagi."

Mereka menangis lagi. Cairo yang melihat tergelak.

"Kita pergi Melaka lah." Aisyah mengajak.

"Kenapa Melaka?"

"Sebab aku tak pergi sana lagi."

Sekali lagi mereka menangis. Air mata tak ada pun, suara saja melebih-lebih.

"Melaka itu kan kampung tok aku. Tempat lainlah."

"Moon ada cadangan tak?"

"Cadangan apanya, Tambun yang dekat itu pun kita tak pergi sepanjang duduk Ipoh."

Lama mereka terdiam. Mata terkebil-kebil. Pelukan dileraikan dan masing-masing berwajah serius.

"Betullah, kita tak pergi Tambun." Aisyah menongkat dagu.

"Bukan Tambun je, MEPS yang dekat ini pun tak pergi."

Mereka sama-sama gelengkan kepala. Teruk betul memori mereka ini, hari itu ada mereka bercadang nak pergi ke sana ke sini dalam Ipoh. Siap buat senarai lagi tempat menarik di Ipoh, tapi haramm!

Tak pergi mana-mana pun!

"Tak apa, lain kali kita pergi. Dah pukul berapa ini? Nanti terlepas bas pula."

Muka yang serius tadi berubah masam semula. Disebabkan waktu bas mereka bertiga hampir sama, jadi mereka kena tunggu sama-sama di tempat duduk sana.

Moon ke Kelantan. Azza ke Johor. Aisyah ke Kedah. Manakala Bella ke Selangor.

Utara, Selatan, Timur dan Barat. Eloklah itu.

"Jaga diri elok-elok. Kalau rindu, jangan lupa WhatsApp ada video call sekarang. Kalau aku tak angkat call, adik aku main telefon aku." Aisyah berpesan.

Bella lambaikan tangan melihat rakan-rakannya pergi.

"Cairo, bawa kereta elok-elok. Bella itu kitorang punya. Jangan buka lagu kuat-kuat dalam kereta. Kalau mengantuk, berhenti dekat R&R." Azza nasihat kepada Cairo.

Terangguk-angguk kepala lelaki itu.

"Korang.." Moon tiba-tiba menangis. Bella berlari mendapatkan Moon.

Wonderful Youth [c]Where stories live. Discover now