Fail yang telah ditandatangan oleh penyelia, Aisyah bawa ke bahagian IT. Laju dia bergerak ke hujung bangunan dimana bahagian IT ditempatkan. Dia lemparkan senyuman kepada staf yang terserempak dengannya.
Tapi itu hanya luaran. Dalaman dia, tengah bergelut dengan kain kurungnya yang labuh dan agak ketat disebabkan stail kain yang dijahit menggunakan stail ala-ala duyung.
"Lain kali aku tak akan pakai baju duyung ini. Menyusahkan betul!" Aisyah mengangkat sedikit kainnya supaya tak terpijak dengan kasutnya.
Tersilap langkah, dia juga yang akan tersungkur jatuh.
Pintu depan bahagian IT diketuk tiga kali sebelum dia masuk ke dalam. Walaupun syarikat dimana dia menjalani internship dah berikan kad akses untuk memudahkannya pergi ke mana-mana bahagian dalam syarikat, dia tetap terbiasa mengetuk pintu dulu.
"Kak Izyan." Aisyah memanggil.
Seorang wanita bertudung lilit dan bergincu pink muda menyambut kedatangan Aisyah dengan gembira. Dia siap peluk dan laga pipi dengan Aisyah.
"Aisyah buat apa datang sini? Nak jumpa dengan mamat hensem ke?"
Mamat hensem yang Kak Izyan maksudkan adalah Khairan. Aisyah gelengkan kepala. Kalau saja Kak Izyan tahu, Khairan itu jiran dan kawan kepada kawannya, mesti dia terkejut. Paling teruk pun, pengsan ala-ala puteri dalam filem.
Kak Izyan kan suka berdrama sikit. Sebab itu kalau Aisyah tunjuk saja muka di depannya, masa itu juga wanita ini akan berubah jadi Fazura.
"Saya datang ni sebab nak bagi fail yang staf bahagian IT hantar haritu. Fail ini dah disain. Kak Izyan nak saya letak fail ini dekat mana?" Matanya mencari mana-mana tempat untuk meletakkan fail yang ada di tangan.
Tanpa kata, Kak Izyan mengambil fail tersebut dari Aisyah. Dia baca tajuk depan fail tersebut sebelum memberitahu Aisyah untuk hantar kepada Khairan.
Aisyah turutkan saja. Dia mengetuk pintu satu bilik yang menempatkan pekerja di bahagian data syarikat. Matanya melihat sekeliling, hanya ada Khairan seorang di dalam bilik. Dengan headphone di kepala, mata pula khusyuk melihat skrin komputer.
"Khairan." Aisyah panggil. Tapi lelaki itu tak menyahut.
Dia berdiri di depan meja lelaki itu dan mengetuk meja dengan kuat.
"Weh, pekak ke?" Aisyah memandang Khairan.
Lelaki itu tersentak sebelum dia kelam-kabut menanggalkan headphone dan tayang sengihan. Fail yang ada di tangan bertukar tuan.
"Fail ni dah disain. Aku nak hantar fail ini je." Aisyah berkata sebelum dia mengorak langkah untuk keluar.
"Eh, Aisyah. Tunggu kejap!"
"Ya, nak apa?" Aisyah tanya dengan intonasi macam pekerja yang menyambut tetamu di bahagian lobby.
"Muni masih tak nak bercakap dengan aku ke? Kau ada tanya apa-apa tak dekat dia?" tanya Khairan. Fail itu dia letak di tepi komputer. Dia berjalan mendekati Aisyah yang dah pegang tombol pintu, bersedia untuk keluar.
Aisyah diam sekejap. Dua hari lepas, mereka berempat dah adakan forum perbincangan pasal topik cinta yang awalnya berpunca dari Moon dan Khairan. Takkan Moon tak buka langkah lagi?
Dia garu dagunya sebelum memandang Khairan atas bawah.
"Kau ni, harap je hensem tapi benda macam ini pun nak kena minta tolong aku. Ish!"
Khairan tayang senyuman malu.
Betul juga, dia kenal dengan Aisyah baru masuk tiga bulan tapi disebabkan dia terdesak sangat nak tahu kenapa Moon berubah, dia sanggup ketepikan perangai introvert dengan orang asing demi Moon.
YOU ARE READING
Wonderful Youth [c]
Cerita PendekKisah antara empat orang gadis, pelajar semester akhir. Setiap seorang mempunyai kisah dan rahsia tersendiri. Bak kata orang, bukan namanya kehidupan jika tiada pasang dan surutnya. Manisnya ada. Masamnya ada. Pahitnya ada. Masinnya ada. Cukup empa...