Bab 10 | Life is A Mess

224 29 1
                                    

Telefon yang ada di tangan digenggam kuat. Kalau saja orang itu ada di depan mata, memang dah lama dia maki hamun sepuas-puasnya. Mesej dari adik perempuannya dia baca berkali-kali.

Along, kau tengok ni.

Status WhatsApp milik mak tirinya, Mak Uda dibaca.

Kita tak buat apa-apa pun still ada yang nak mengata. Kalau bagus sangat orang tu, tak payah lah duduk dekat sini lagi. We are way happier without you guys.

Aisyah menahan geram. Dia tak ada di rumah, macam-macam benda jadi. Nombor Humaira dia dail dan menunggu adik perempuannya menjawab panggilan. Hatinya jadi tak senang apabila adik dia perlu menghadapi semua ini seorang diri.

"Hello, angah? Apa dah jadi sebenarnya?"

"Pagi tadi, angah bagi Inara tengok kartun dekat telefon angah. Angah pergilah mandi, kemas dapur dengan basuh baju. Bila angah masuk rumah balik, telefon angah ada dekat Mak Uda." Humaira menerangkan situasi yang berlaku semalam.

Ikutkan hati dia, dia tak nak bagitahu kakaknya kerana dia tahu Aisyah tak akan duduk diam. Tapi apabila mak tiri mereka melampaui batas, dia tak ada sesiapa lagi selain kakaknya untuk mengadu nasib.

"Apehal dia update status macam tu?"

"Angah rasa... dia baca mesej kita dalam grup Mama."

Aisyah mengetap bibirnya. Wah, memang dah melampau betul Mak Uda ni!

"Macam mana dia boleh baca mesej dalam grup Mama pula?" Suara Aisyah naik satu oktaf. Tangannya menjadi sejuk kerana rasa panas di dalam hati tengah menggelegak saat ini.

"Angah tak tahu, along. Malam semalam, dia tak bercakap dengan angah. Bila angah tanya dia apa-apa, dia buat bodoh je. Masa tu angah tak tengok lagi status dia. Lepas Asar tu, angah saja buka WhatsApp, tengok-tengok dia update status dia macam tu." Adu Humaira lagi.

"Kau pun satu, kenapa tak letak password? Dengan along, kau reti nak sorok bagai."

"Along..." Suara Humaira tiba-tiba menjadi perlahan.

Aisyah terdiam. Dia berikan ruang untuk adik dia meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hatinya. Dia tahu Humaira banyak pendam masalah seorang diri dan selalu sangat biar orang lain kawal dia.

"Angah tak tahan duduk sini... Angah nak balik duduk dengan mama..." rintih Humaira di hujung panggilan.

"Lepas dia update macam tu, dia buat angah ini macam orang luar dalam keluarga sampai ayah ingat angah cari masalah dengan dia."

Langkah Aisyah terhenti di tengah jalan. Dia tak boleh balik ke rumah sewa dalam keadaan macam ini atau nanti mereka yang ada di rumah akan bertanya. Dia tak nak sesiapa pun tahu masalah keluarganya.

Dia berpatah balik dan menuju ke taman.

"Kau bagitahu ayah tak?"

"Tak, angah takut ayah marah."

Aisyah mengeluh. Dalam grup Mama itu, mereka bukannya ada mengata Mak Uda. Mak dia nak tanya pasal khabar anak sendiri pun tak boleh ke? Masalah betullah perempuan ni!

Tapi Mak Uda yang buat macam mereka semua mengata diri dia. Nak berlakon jadi mangsa keadaan la katakan. Tak apa, nanti aku bagi kau jadi mangsa keadaan yang sebenar. Aisyah mencemuh di dalam hati.

"Kenapa along tak boleh tengok satu pun status dia?"

"Mungkin dia hide dari along? Tapi angah boleh baca semua status dia."

"Dia kata apa lagi?" Aisyah duduk di pondok berdekatan dengan parit.

Humaira membuka semula aplikasi WhatsApp dan dia baca setiap status kepada Aisyah. Banyak yang Mak Uda update tapi Humaira tak berani nak beritahu kepada Aisyah, dia hanya pilih mana yang alongnya patut tahu saja.

Wonderful Youth [c]Where stories live. Discover now