Muni, buat apa tu?
Ting!
Tak ada buat apa pun. Kenapa?
Khairan mengetuk meja belajarnya, memikirkan apa yang nak dijawab bila Moon bertanya kepadanya. Kenapa eh?
Dalam banyak-banyak soalan, kenapa juga yang Moon pilih. Dia tak tahu ke soalan kenapa itu boleh membuatkan Khairan jadi lembap tiba-tiba.
Saja, nak kacau Muni hehe..
Pelik sangat ke kalau dia balas macam itu? Seminit... dua minit... Mesejnya tak dibalas lagi. Dia jadi serba tak kena pula apabila Moon biarkan saja mesej itu tak berbalas.
Sambil menunggu Moon membalas mesej, dia membuka laptop dan mencari maklumat di Google. Ini kalau tak jadi juga, dia dah tak tahu nak buat apa.
"How to confess to your crush."
Kepala Khairan terangguk-angguk mengikut suara yang ada di belakangnya. Sesaat dua baru dia perasan yang Izham sebenarnya berdiri di belakangnya sambil melihat laptop Khairan.
"Weh, Iz! Bila masa kau ada dekat sini?" marah Khairan. Cepat-cepat dia menutup skrin laptopnya dan berpusing memandang Izham yang duduk di hujung katil Khairan.
Izham buat muka selamba. Dia bawa bersama laptopnya dan diletakkan di hujung meja belajar Khairan.
"Aku panggil kau dari bawah, sampai depan bilik pun kau tak menyahut. Rupa-rupanya tengah khusyuk belajar ilmu baru." Izham memerli.
"Mana adalah. Ni nak apa masuk bilik aku?"
"Laptop aku ini buat hal. Aku nak kena hantar assignment tapi entah kenapa Word aku tak boleh buka. Kau kan budak IT, kot la kau boleh tolong."
Izham menyerahkan laptopnya kepada Khairan dan lelaki itu terus menekan butang on di laptop. Lagi cepat dia siapkan laptop Izham, lagi cepat Izham akan keluar dari biliknya. Rasa berbahang pula bila terkantoi dengan kawan sendiri.
Adeh!
"Kau nak upah tak?" Kening Izham jongket berkali-kali.
"Sejak bila pula kau bagi upah lepas aku tolong kau, Iz? Merepek lah."
"Ala, upah aku ini limited tau. Kau tak nak tahu ke upah apa yang aku nak bagi dekat kau?" Izham masih dengan mod nakal.
Khairan menghelakan nafas perlahan. Ini mesti ada benda pelik-pelik yang dia nak buat sebenarnya. Mentang-mentang Haris tak balik rumah malam ini, macam-macam benda si Izham nak buat.
"Apa dia?"
"Upahnya... aku belanja kau tips nak mengorat awek versi Izham Arsyad. Amacam?"
Pfft... Hahahaha!
Bergema ketawa Khairan di dalam rumah mereka. Dia mengelap air mata yang ada di hujung mata. Adoi, Izham ini buat lawak ke apa?
"Weh, aku serius ini!" Izham tak puas hati.
"Boleh guna pakai ke tips kau?"
"Eh, si Mawi itu sekarang ada girlfriend disebabkan tips aku tau! Ha, jangan pandang sebelah mata dengan kebolehan Izham Arsyad ini."
Kepala Khairan dari tadi tergeleng-geleng. Masih ada sisa tawa yang keluar dari mulutnya.
"Okay, apa tips kau?" Khairan sengaja melayan. Dia nak tahu juga, betul ke tips dari Izham itu semuanya menjadi.
"Sebelum nak tahu tips aku, aku kena tahu siapa crush kau. Tips aku ini depends dengan orang yang kau suka. Tak semua perempuan itu sama, Khai."
YOU ARE READING
Wonderful Youth [c]
Short StoryKisah antara empat orang gadis, pelajar semester akhir. Setiap seorang mempunyai kisah dan rahsia tersendiri. Bak kata orang, bukan namanya kehidupan jika tiada pasang dan surutnya. Manisnya ada. Masamnya ada. Pahitnya ada. Masinnya ada. Cukup empa...