Bab 18 | Sweet Bitter Life

209 25 1
                                    

Telefon di tangan dia baling tepat ke badan Zaeem. Lelaki itu berdiri dan mencerlung memandang Bella. Dadanya turun naik menahan marah di dalam hati.

"Perempuan ini!" Zaeem terus menerpa ke arah Bella.

Tapi gadis itu tak berganjak dari tempatnya walau seinci.

Zaeem ingat dia macam Bella yang dulu ke? Bella yang tak berani menyuarakan apa yang dia ingin katakan? Huh, lelaki ini silap besar!

Mata mereka berlaga, lama. Masing-masing dengan perasaan marah yang dah lama dipendam.

"Bella!"

Terkocoh-kocoh tiga sekawan berlari dan menarik Bella untuk berdiri di belakang mereka. Bella terkejut, dia tak sangka mereka akan datang.

"Jantan ni ada buat apa-apa dekat kau ke?" Aisyah tanya.

"Kau okay tak?" Moon membelek depan dan belakang Bella. Lega dia bila tengok Bella tak kena apa-apa.

"Dah, jom balik. Tak payah bazir masa dekat sini." Azza mengetuai kumpulan empat sekawan keluar dari kafe.

Bella hanya ikut saja, memang dari tadi dia nak keluar dari tempat ini. Dia tak mahu duduk lama-lama di depan mereka semua, buat sakit hati je!

Zaeem mengetap bibir, geram.

Senang-senang saja perempuan itu pergi, ibarat macam dia yang dimalukan tanpa sedar.

"Kau nak aku bagitahu semua orang ke pasal rahsia kau?"

Langkah mereka terhenti betul-betul di depan pintu kafe. Orang pertama yang menoleh ke belakang semula adalah Aisyah. Matanya mencerlung tajam ke arah Zaeem, sedia nak menerkam.

Tak habis-habis lagi jantan ni!

"Buat tak tahu je, Bi. Orang macam itu tak patut dilayan."

Azza mengusap bahu Bella.

"Kalau kau keluar dari kafe ini, ikut kawan-kawan bodoh kau itu, Bella... Aku tak berani jamin masa depan kau lepasni. Kau kena ingat, aku masih pegang rahsia kau." Zaeem mengugut lagi.

Bella masih berdiri teguh di depan pintu kafe. Otaknya giat berfikir, rahsia apa yang dia pernah kongsikan dengan Zaeem? Tak pernah pula dia buka mulut menceritakan masalah dia dekat Zaeem.

Kenapa pula dia nak kena ikut telunjuk Zaeem? Ini hidup dia, ikut suka dialah nak buat apa, nak berkawan dengan siapa.

Dia tak boleh berdiam diri lagi. Bella dah janji dengan diri sendiri, walau takut macam mana pun dia dengan Zaeem, dia tetap akan lawan untuk kebaikan dirinya juga.

"Korang tunggu sini, biar aku cakap dengan dia kejap. Okay?"

"Tapi, Bi..."

Bella melangkah ke arah Zaeem yang dah tayang muka kemenangan. Tangannya terasa ringan saja untuk menampar Zaeem tapi dia hanya tayang senyuman nipis.

"See? Bukannya susah pun nak dapatkan kau balik. Aku tahu kau tak boleh hidup tanpa aku kan?"

Saat Zaeem menundukkan badan dan mendekati Bella dengan senyuman yang penuh menggelikan untuk dia melihat, saat itu juga tangan kecilnya ringan menampar muka lelaki itu.

Pang!

Berdesing telinga lelaki itu apabila ditampar dengan kuat. Bukan hanya Zaeem yang terkejut malah orang yang turut menyaksikan detik bersejarah itu turut terkejut sama. Zaeem terpempan apabila melihat senyuman palsu Bella di depannya.

"Aku boleh hidup tanpa kau. Tapi kau.."

Bella melirikkan pandangan ke arah kawan-kawan Zaeem yang terkaku di meja.

Wonderful Youth [c]Where stories live. Discover now