Dua hari berlalu semenjak Aisyah dan Bella bergaduh, masing-masing masih ego tak mahu bertegur sapa walaupun duduk sebilik. Rumah yang dulunya ceria dan bingit dengan suara Aisyah kini jadi sunyi walaupun tuan empunya badan ada di rumah.
Aisyah dengan aura dinginnya, Bella pula buat tak tahu saja.
Bella hanya berbual dengan Azza dan Moon saja. Aisyah pun lakukan perkara yang sama. Bila Aisyah ada di ruang tamu, Bella duduk di dalam bilik. Masing-masing mengelak daripada bertembung.
Cornflakes dituang ke dalam mangkuk diikuti dengan susu Dutch Lady. Moon menyuap sesudu cornflake ke dalam mulut dan kunyah dengan lambat.
"Morning, Moon!" Aisyah menegur.
Dia tersenyum lebar memandang Moon. Moon pun turut tersenyum tapi tak selebar Aisyah. Dia tahu Aisyah berpura-pura saja di depannya.
Kau nak orang kesiankan kau sebab mak ayah kau bercerai kan?
Sungguh Moon terkejut apabila dia dapat tahu yang keluarga Aisyah bercerai. Dia tak sangka Aisyah yang selalu ketawa dan gembira itu mempunyai memori pahit dalam hidupnya.
Sekarang baru dia terasa mata dia seperti terbuka luas apabila mengetahui hal sebenar yang Aisyah sorok selama ini.
Dia perhatikan setiap gerak geri Aisyah yang ada di depannya. Kalau Moon ada di tempat Aisyah sekarang, boleh ke Moon tersenyum lebar macam Aisyah?
Dia kagum, tak semua orang mampu bangkit semula selepas keluarga mereka bercerai. Kebanyakan orang yang ada masalah ibu bapa bercerai ini akan tertekan dan cuba untuk mencederakan diri sendiri.
Atau mereka mula menjadi orang yang jahat, yang inginkan perhatian tapi akhirnya terjerat dalam perangkap sendiri. Tapi, Aisyah lain. Dia nampak okay, macam orang yang tak ada masalah.
"Kenapa kau tengok aku macam itu? Ada apa-apa ke dekat muka aku?"
Moon gelengkan kepala.
Dia sambung menikmati sarapan paginya. Dia tak nak terbuka mulut bertanya tentang keluarga Aisyah. Takut kawan itu terasa pula. Selagi Aisyah tak ceritakan tentang keluarganya, selagi itulah mereka yang ada di dalam rumah mengunci mulut.
Bunyi telefon berdering membuatkan Moon dan Aisyah sama-sama memandang telefon. Aisyah berlari mencapai tudung di tempat gantung tepi tangga dan duduk di luar rumah dengan telefon.
"Hello, ayah."
Jantungnya berdebar-debar. Walaupun nada suaranya masih sama seperti biasa, dia tahu ayahnya telefon bersebab.
"Along tengah buat apa?"
Aisyah menoleh ke arah rumah. Dia memanjangkan leher, cuba melihat rakan-rakannya dari tingkap rumah.
"Tak ada buat apa-apa, baru nak siapkan laporan. Kenapa ayah call?"
Terdengar keluhan suara ayahnya di hujung panggilan. Mesti Mak Uda mengadu pasal kes haritu, Aisyah mengagak. Dia tahu yang ayahnya akan dengar pasal pertengkaran antara dia dan Mak Uda tanpa perlu dia yang bagitahu sendiri.
Di sekeliling ayahnya, dah ada ramai penyampai berita tak berbayar untuk melaporkan semua perkara kepadanya. Jadi untuk apa lagi Aisyah nak bagitahu tentang kes itu?
"Along gaduh dengan Mak Uda ke?" Ayah bertanya.
Aisyah duduk di depan rumah, bersila di atas jalan tar. Dia menguis batu-batu kecil ke tengah jalan.
"Along..." Ayah memanggil. Kali ini lebih lembut suaranya.
"Ya, along gaduh dengan dia." Aisyah mengalah.
YOU ARE READING
Wonderful Youth [c]
Cerita PendekKisah antara empat orang gadis, pelajar semester akhir. Setiap seorang mempunyai kisah dan rahsia tersendiri. Bak kata orang, bukan namanya kehidupan jika tiada pasang dan surutnya. Manisnya ada. Masamnya ada. Pahitnya ada. Masinnya ada. Cukup empa...